.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, October 14, 2010

Kem Insaniah Perguruan DPLI UPM 2010/2011

Semalam tepat pukul 4.30 petang selamat sampai ke bilik htel tercinta setelah tiga malam bermalam di Pusat Penyelidikan Marin UPM, Telok Kemang, Port Dickson.

Badan sakit-sakit, tapi hati gembira. Gembira dapat menamatkan Kem Insaniah Perguruan yang begitu menggoncang iman, menguji mental dan fizikal. Juga cabaran paling kuat adalah cabaran makanan di sana....

Tapi serius aku cakap, ni kem paling worst dari segi pengurusan dari pihak coordinator dan catering. Beribu-ribu syukur kepada ALLAH sebab semua trainers berjaya cover segala kekurangan tersebut dengan provided us with all the best activities and challenging ever....

Pasal makanan, bukan tak bersyukur. Tapi kalau kita bayar RM 80 untuk makanan sahaja dan disediakan nasi mentah dan ayam sebesar ibu kaki, tak tau nak cakap apa la kan... Air teh pula, portion untuk seorang, suku gelas. Supper and minum petang pulak, kek pisang segera yang dihiris senipis 1cm, dikerat dua. Itu lah portion diet paling best untuk sape-sape yang berhajat nak turunkan berat badan setelah mengumpul berat sepanjang minggu exam.

Rasa nak menangis bila ita penat dan lapar setelah buat aktiviti fizikal, tunggu makanan yang datangnya lewat sejam tapi dapat pinggan berisi nasi mentah, kubis masak lemak 4 hiris dan ayam sebesar ibu kaki. Kalau sape yang dapat part leher ayam tu, isap la sampai habis rasa untuk habiskan nasi tu.... Series rasa nak nangis.

Padahal dia cakap tukang masak tu chef kat sheraton hotel. Aku rasa, masa kitorang join program survival laut dan penghayatan warisan di pulau bidong dulu, xde pun merungut pasal makanan camni. walaupun lauk biasa-biasa saja, tapi portion adalah cukup. Padahal tu orang biasa-biasa saje yang masak, tapi boleh bajet prtion untuk 100 orang makan....

Tapi aktiviti air seperti rafting, canoeing, latihan asas renang memang the best. LDK, corporate game, pertandingan masak, and malam kebudayaan are the best.

GAGAKians are the best.... Suhaimi, Kak Rozie, As, Lala, Jie, Egie, Ija, Kak Ila, Sue, Aishah, Along, sape lagi 2 orang eh??

Tapi pengisian untuk insaniah perguruan tu, kureng sikit la...

Apapun, banyak pengalaman baru yang diperolehi...

Thanks to all....

No comments: