.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, October 27, 2010

My idols...

Gatal betul tangan kalau sehari tak post entry...

Malam ni aku nak share 3 bloggers favourite aku... Sebelum ni, dua je. Tapi hari ni dah jadi tiga...

Pertama: Chika

Ni blog yang mula-mula sekali aku addicted to. Masa ni aku tak ada blog lagi. Masa di UMT kot. Termasuk dalam blog Chika from blog Cik Dieyla comel. Life Chika sangat interesting for me untuk selalu aku ikuti perkembangannya. Dan cara penulisannya sangat senang untuk dibaca. Aku rasa salah satu ciri untuk jadi blogger yang baik, bahasa Melayu nya harus baik. Chika menulis dengan bahasa Melayu yang skema. Sangat jarang untuk dia menyingkatkan ejaan dan juga menggunakan perkataan pasar. Her life flows amazingly and very adorable. Just like film story. Bertemu jodoh melalui penulisan blog, seawal usia 22 tahun saat baru menamatkan pengajian peringkat ijazah muda. Dengan seorang doktor dari Malaysia yang bertugas di Australia... Sounds interesting, rite? Dan sekarang ini, menjadi arkitek rumahtangga dengan baby comel bernama Nur Medina.

Sehari tak masuk blog Chika, hidup rasa tak lengkap. Sehari Cika tak update blog dia, aku yang menggelupur tak tentu arah.... Bukan jaga tepi kain orang, tapi cara penulisan beliau seolah-olah setiap saat dalam hidup berumahtangga adalah BAHAGIA.

Ok, then we move on my 2nd idol.

Sape lagi kalau bukan Kak Diana Ishak. Cara Kak Di menulis lain sikit dengan Chika. Kak Di ni, kalau menulis, kalau dia tengah marah pun, boleh buat kita gelak. Apatah lagi kalau dia buat lawak. Seolah-olah setiap apa yang berlaku dalam hidup dia, she just take it easy. Tak peduli apa yang orang kata. Yang paling penting restu suami dan keluarga. Yang paling aku respect adalah sikap workaholic dia, committed dan how strong she is when facing the hardest period in her life. Kak Di banyak mengajar aku untuk jadi stronger. Mungkin ada yang tak suka bila dia bercerita terlalu open, tapi dalam kelantangan beliau bersuara, ada betulnya setiap point yang dia tekankan. Tapi dah lumrah Melayu, selalu gelisah tak tenteram dengan kesenangan orang lain. Begitu kuat Kak Di menelan setiap komen dari pengkomen yang tak reti nak tinggal jejak dan pakai ID anonymous. Bangsa Melayu yang kaki pendengki, memang tak habis kalau nak melayan mereka dan bercerita tentang mereka. So, abaikan je mereka.

Teringat pula tentang cerita ketam yang aku dengar dari seorang trainer masa kat kursus mana ntah. Dalam ceritanya beliau bercerita, di sebuah pasar, terdapat tiga bakul ketam. Bakul pertama berisi ketam melayu, bakul kedua berisi ketam cina dan bakul ketiga berisi ketam india. Aku lupa cerita tentang ketam india, tapi yang aku ingat, bakul yang berisi ketam melayu tidak diletakkan penutup sedangkan bakul berisi ketam cina perlu ditutup kemas. Bila ditanya kepada menjual ketam tersebut, dia berkata, "Bakul ketam melayu tak perlu ditutup kerana ketam melayu takkan dapat keluar dari bakul kerana bila ada ketam melayu yang berjaya memanjat hingga ke permukaan, ketam melayu lain akan menarik ketam yang berjaya agar jatuh. Manakala bakul berisi ketam cina perlu ditutup sebab kitam cina akan berusaha memanjat hingga ke permukaan dan akan menarik ketam cina lain yang lemah agar sama-sama berjaya keluar.

See! Dalam keperitan, aku akui, itu persepsi tentang Melayu. Ya, tak semua. Tapi golongan sebegitu memang terdapat dalam masyarakat kita. Hidup di universiti pun, boleh dilihat golongan sebegitu bermaharajalela. Golongan yang tidak mahu berkongsi nota, tak mahu berkongsi ilmu sesama sendiri. Itulah Melayu. Aku pun hairan. Nota, kalau dibagi kawan fotostat, takkan hilang sebahagian ilmu. Tapi masih ada yang bersikap sebegini. Begitu juga jika sekiranya mendapat tahu topik-topik yang bakal masuk exam, ada yang mengunci mulut tidak mengkhabarkan kepada kawan. Padahal, belum tentu mereka boleh score that topic. Tapi tak apalah, Allah Maha Adil dan Allah Maha Tahu.

Nauzubillah, mintak dijauhkan. Mintak dijauhkan bertemu rakan sebegitu dan mintak dijauhkan aku bersikap begitu. Aminnnn...

Ok, lets move on the next idol.

Dan blogger ketiga yang aku sangat admire bout her writings is Fida Aishah. Yang ni aku baru masuk blog dia hari ni setelah terbaca dalam blog si gadis manis, Qis Sahara. Fida ni partly Malay. Tapi bahasa penulisannya sangat halus. Rasa tenang bila baca tulisan hati beliau. She's very artful... Berjiwa seni, dan berjiwa halus.

~~~

Ketiga-tiga blog ini memberi rentak yang berbeza kepada aku. Ada yang menenangkan jiwa, ada yang membakar semangat dan ada yang buat aku rasa tak sabar nak kawen. Huhuhu... Gatai naa... Tak adalah... Kawen tu kan fitrah setiap insan. Jodoh dah tertulis di Loh Mahfuz. Cuma kita je yang tak tahu bila dan dengan siapa. Allah akan anugerahkan bila Dia rasa kita dah cukup bersedia. Buat yang belum kawen dan belum bertemu jodoh, bawak-bawaklah bersabar dan bermuhasabah diri. Mungkin tika ini, kita perlu memperbaiki diri. Mungkin tika ini kita belum cukup kuat untuk menggalas tanggungjawab berumahtangga dan mungkin juga tika ini kita belum pun bersedia untuk menjadi seorang isteri. Jangan dirungsing umur yang meningkat. Apa ada pada umur. Cuma nombor semata. Tak mampu dijadikan batu ukuran kematangan... Belum tentu mereka yang lebih berusia itu matang. Dan jangan disangka yang baru setahun jagung itu pendek akalnya.

Kalau aku perhatikan teman-teman yang dah berumahtangga pun, aku rasa bezanya dengan kami yang belum berkahwin. Kematangan mereka, cara pembawakan diri, cara mengawal diri, cara mengurus masalah. Sangat adorable they are... Patutla rezeki kahwin mereka cepat sampai.

Hopefully, kalau dah cukup bersedia, cukup kuat, cukup matang, cukup rezeki.... Masanya akan sampai... InsyaALLAH.

2 comments:

aveo757 said...

Tq baca blog akak

Izyan Alias said...

Allah kak! Melompat tgk my idol komen... Tq for droppping by kak di...