.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, October 24, 2010

Semalam

Ini cerita semalam.

Hari sebelum hari ini.

Semalam 23 Oktober.

Ya Allah, apa aku dah buat ni?

Aku bukan seorang manusia yang semudahnya berkata TIDAK kepada permintaan rakan-rakan, apatah lagi sahabat-sahabat yang dekat di hati. Dan bila kali ini aku perlu berkata TIDAK, hati rasa sakit. Rasa terkilan. Rasa tak senang.

Sumpah, aku rasa tak tenteram.

Bukan niat aku nak mengecewakan. Tidak sekali-kali. Bukan mempermainkan. Kita merancang, tapi restu Allah tak kesampaian.

Kalaulah kau tahu apa yang terbuku di hati.

Kalaulah kau boleh baca apa yang tertulis di dada.

Setiap manusia ada kehendak. Ada keinginan. Tapi bila kewarasan membatasi, ada yang tak dapat kukatakan YA.

Kerana di dunia ini bukan hanya ada KAU dan AKU, aku pasrah.

Tuduhlah aku mempergunakan kau.

Tuduhlah aku mempermainkan kau.

Tuduhlah apa saja.

Apa yang tersirat di hati, cuma aku dan ALLAH yang tahu.

Kerana kadangkala kita memerlukan alasan untuk membenci, inilah alasannya.

Bencilah aku untuk lupakan aku....

Apapun, yang berlalu akan diam di lipatan kenangan.

Thanks for everything.

Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa dan kebaikanmu...

Thanks my friend deary...

No comments: