.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, October 20, 2010

Surat cinta untuk my readers

Eceh, bajet readers ramai... Hehehe.... Tapi kalau dah rajin sangat keluar masuk blog aku, rajin buat lalu lintas dalam blog aku, rajin pulak korek-korek cerita lama dalam blog aku tu... kira readers tegar la kan... Walaupun aku tau dalam hati ko tu, sumpah tak tenteram baca tulisan aku.... Well, nak buat cemana, aku tulis benda realiti... Pahit ke manis, aku tetap tulis. Kalau ada yang aku buat silap, aku tulis secara mengaku kesilapan. Kalau datang mood aku nak tulis pasal salah orang pun, aku tulis aje. Aku yang alami, aku yang rasa, sukati aku la kan. Blog aku lak tu... Dah memang itu fungsi blog. Kalau rasa tak puas hati, buat la blog sendiri. Tapi jangan harap la aku nak buat lalu lintas dalam blog ko tu. Tak kuasa nak ambik tau hal orang. Bukan kenyang pun...

Yang ko rajin sangat kelebet blog aku tapi tak senang ati dengan aku tu, pe hal? Dah takde kerja sangat... Camni la nak cakap.... Tak yah la hipokrit gitau orang ko pakai jeans saiz 25 sebab aku dah tau sangat saiz spender ko.... Siyes, tak yah hipokrit. Baik la ko muhasabah diri, berubah jadi lebih baik dari aku. Aku ni, memang dah sedar diri tak berapa baik mana pun. Tapi tak nak la hipokrit. Be ourselves...

Yang, i know u tak suka i menulis camni, tapi ni entry untuk readers tegar i yang lain, bukan u.... Ok?

2 comments:

Anonymous said...

Firman Allah, surah Al Hasyar : ayat 18, bermaksud “Hendaklah sesaorang itu memikirkan apa yang hendak dikerjakan untuk bekal pada esok harinya(hari Qiamat) dan takutlah kamu pada Allah. Sesungguhnya Allah melihat (sangat waspada) kepada apa yang kamu kerjakan)”

Anonymous said...

Firman Allah s.w.t.:
"Siapa pun selagi masih hidup di dunia ini tetap di dalam kebutaan, maka di akhirat kelak dia akan lebih buta dan sesat jalan."
Firman Allah s.w.t:
"Kepunyaan Allah Barat dan Timur, kemana pun hadapmu disanalah Zat Allah.(Al-Baqarah:115).
"Dia (Allah) bersama kamu, kemanapun/dimanapun kamu berada"
Jadilah manusia yang membuang sifat keAkuan. Jadilah manusia bersifat tunduk didalam muka bumi ini. Tiada makhluk yang kuat,berkuasa,pandai,penyembuh, agung melainkan Dia. Ingatlah bahawa manusia dapat mendekatkan diri dengan penciptanya melalui tafakur ingat kepada Allah. Matikan dirimu sebelum kamu dimatikan.....(matikan sifat sombong,riak,ujub,dengki dan sumaah).
Firman Allah s.w.t:
"Apa yang ada padamu akan hancur, dan apa yang ada pada Allah kekal abadi"(An-Nahl:96)

Nafsu itulah menjadi tunggangan kepada iblis dan syaitan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Ingatlah!Sesungguhnya di dalam jasad terdapat segumpal darah, apabila ia berada di dalam keadaan baik, maka seluruh tubuh menjadi baik, tetapi apabila ia berada di dalam keadaan buruk, maka seluruh tubuh menjadi buruk. Darah yang dimaksudkan adalah hati"(Hadis Riwayat Bukhari)"

Dalam Al-Quran Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan, kecuali yang diberi rahmat oleh Tuhanku"(Surah Yusuf:53)