.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, November 27, 2010

Aku diet!!!!

Ye, aku sedang diet.

Pagi:
Seketul muffin coklat dengan sekotak susu Dutchlady low fat.

Tengahari:
Maggi goreng Mamee - goreng sendiri dalam rice cooker -G I G I H, am i....

Malam:
Yes!2 slices of Pizza Hut Extreme Cheesy 6 with pepperoni

anddd.....

With additional cheese powder and tabasco sauce....

Ummmm, yummy!!!!!

Muka bengkerk kena paksa makan pizza sampaikan nak sumbat 2 slices pun dia tak larat. He only ate 1 and half slices... Very the eastern my sayang, kannn?????



Ehhhh??? Diet kah hakuuuu?????




Friday, November 26, 2010

Taktik baru tipu kredit handset

Tadi aku dapat sms.

Ni p'cik guna kad orng, tolng isikan p'cik top up RM30 di number baru p'cik ni nom dia 01789_1279, pasal p'cik ada kes di balai polis, Boleh tak cepat sikit beli


Wahh, gigih pak cik tu taip mesej siap guna capital letter bagai... No pengirim tu adalah +628523_102908...

Ni, pak cik.. Saya nak tanya sikit, kad boleh pakai buat anta sms ehhh?? Lagi satu, kes apa kat balai polis tu sampai kena topup RM 30? Kalau betul in emergency, mintak share RM 1 sudah la... Sempat tu buat call family nak inform.... Lagipun, pak cik boleh pinjam telefon kat balai polis tu. Polis mesti allow punya kalau betul in emergency. Tak pun, tunggu aje la pihak polis sndiri yang informkan kepada keluarga pakcik...

Pak cik jangan risau ya....

Saya doakan kes pak cik cepat selesai....


Kawan-kawan, be careful ya. Jangan terpedaya dan tersimpati kepada orang-orang sebegitu. Aku rasa bukan orang tempatan la... Kannnn???

kecekguan

Belum lagi jadi cikgu, dah merungut... Tak la, bukan merungut pun. Tapi beban kerja cikgu memang banyak pun secara realitinya. Sebab tu agaknya penyarah-pensyarah di sini melambakkan assignment secara pukal kepada pelajar-pelajar perguruan agar bila memasuki bidang perguruan secara tetap nanti tak adalah terkena kejutan budaya ke segala apa.. kan...

Ni pun, bertimbun-timbun assignment tak siap lagi... Meh nak senarai sket...

1. Kajian Tindakan - Grup - Submit 5 Jan 2011
2. Kajian Tindakan - Individu - Submit 1 Disember 2010
3. Kaedah Mengajar - Grup 1 - Submit draf 30 November 2010
4. Kaedah Mengajar - Grup 2 - Submit draf 30 November 2010
5. Penaksiran Pembelajaran - Grup - Submit 30 November 2010
6. Test Kajian Tindakan - 8 Disember 2010
7. Rancangan Pengajaran dan ABM - Present 2 Disember 2010.


Fuhh, fuhhh, fuhhh.. Banyak gilerrr.. Dah la sekarang ni sibuk dok angkat barang sebab kena pindah blok. Sebabnya renovation will be done at our current block.... Hmm, pindah je la.. Keselamatan itu lagi pentingkan.. Dah la dua hari lepas, aku baru siap mandi, sedang berjalan dari toilet ke bilik, pekerja-pekerja lelaki selamba aje berbincang di tangga blok. Sakit betul hati. Dah engkau letak notis nak start 29 November, boleh tak kau datang buat check up 29 November??? Tak reti fikir ke privacy penghuni blok perempuan nih??? Kalau di universiti dulu, kalau ada orang maintenance lelaki yang akan masuk ke blok, pak guard akan buat pengumuman supaya semua penghuni wanita aware. Dan lebih berjaga-jaga dari segi aurat. Owh, lupa.. itu pengurusan universiti. Ini pengurusan swasta.. Arggghhh, stress...

Nak buat assignment pun rasa terbantut mood bila tengok bilik yang bersusun barang berbungkus-bungkus ni.. Petang nanti la nak pindah barang sikit2... Tak nak bawak semua pun...


Kembara hidup bakal berlabuh sementara di sana

Cukup cantik ALLAH aturkan kehidupan hamba-hambaNya... Aku yang tidak pernah menjalani kehidupan di rantau orang sejak dari zaman persekolahan hingga zaman universiti ini ditempatkan di merata tempat sebaik sahaja tamat pembeljaran ijazah untuk menguatkan tekad diri, menguatkan semangat, mengenali ragam manusia, memperbaiki diri dan juga menguatkan iman.

Bermula dengan program GEMS di Suria Resort, Cherating, aku meneruskan pengalaman hidup di CCM Fertilizers, Shah Alam dan kemudiannya di UPM Serdang. Dan semalam, baru mendapat perkhbaran, kembara hidup ini akan berlabuh sementara di SMK Bukit Naning, Muar. Terasa jugak bimbang kerana ditempatkan bersama coursemate yang berjantina lelaki. Tapi kerana dalam hati kuat terpahat ingatan bahawasanya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita sedangkan kita tidak, aku cuba menguatkan tekad. Semoga dipermudahkan segala urusan....

Harap-harap ada cekgu-cekgu bujang wanita yang berlapang dada menumpangkan aku dalam tempoh 12 minggu di sana... OMG, sangat la cuak dalam hati sebenarnya... Tapi sebab aku tahu ada orang yang mendoakan aku dari jauh, aku rasa lebih secure.... Thanks sayang.... Juga buat family tercinta... Abah pun dah mula cuak anak dara yang tak pernah berenggang dengan dia ni bakal tercampak di Muar selama 3 bulan keseorangan... Apa lagi bah, bak la keta sebijik... HUHUHU....

Sunday, November 21, 2010

Aidiladha tahun ni...

First of all,

Salam Aidiladha... Walaupun terlewat 5 hari, butttt... better late than never.

Secondly,

Happy belated birthday to Nik Auzany Adha yang dilahirkan pada 10 Zulhijjah 26 tahun yang lalu... Cehh, macam la Abang Nik baca blog aku... Do i care????


Abe nik, kalau ikut kalendar islam, kita tua setahun kannnn????

Thirdly,

Aidiladha tahun ni sangat tak meriah. Sedara mara semua tak balik sebab Aidiladha ni turn dorang beraya di rumah mertua. Makanya, tak ada sepupu sepapat memeriahkan suasana. Sangat la boring.

Pagi, bangun santap nasik minyak, tak mandi pun. Pastu sambung tido. Pastu bangun pukul 12 tengahari sebab adik call suruh pergi makan sate di rumah nenek. Then, bangun, mandi, pakai tracksuit n tshirt, gi rumah nenek. Balik, tido lagi. Lepas Asar, pick up Ellen then lepak di Pantai Bukit Keluang. Pukul 7 bertolak balik, then kena bebel dengan my sayang sebab balik lewat...

Lupa nak cakap, aku sesat masa cari rumah Ellen padahal dah berapa belas kali dah pergi rumah dia. Hehehe.... Sebenarnya aku dah masuk lorong yang betul sebanyak tiga kali, tapi tak jumpa-jumpa jugak rumahnya. Sampaikan berapa kali aku tanya Ellen, adakah dia dah renovate rumah sampaikan aku tak kenal rumahnya.... The truth is, aku tak masuk sampai ke penghujung jalan. Baru sekerat rupanya... Then, Ellen pulak kena keluar ambil aku.

Sorry Ellen... Nyusahkan ko pulakz. Heheh...

Pastu on the second day, gerak balik Setiu sebab my paternal auntie will be getting married.

Tetiba takde idea nak menulis... Nak stop la.... Nanti sambung balik. Buleh????

Wednesday, November 17, 2010

Rezeki jatuh dari langit Kuala Krai...

Semalam menikmati perjalanan selama 10 jam bersama Dayang, a friend of mine. Sebenarnya dah beli tiket. Tapi gedik nak balik dengan kereta sebab lagi selesa. Lagipun my sayang tak balik kampung. So tak best balik sorang-sorang. Then i ended up balik dengan Dayang.

Kitorang just had brunch at McD. Then lepas mangrib tu lapar giler. Nak stop untuk makan, malas. Sebab malas buang masa. Lagipun jalan sesak.

Masa di Kuala Krai, jammed teruk. Kereta bergerak macam semut. Sape yang drive manual car, rasa la urat betis cane.. Huhuhu... Then teringat ketua darjah masa degree tinggal kat area situ.

"Kt Krai ni.. Jem gileee.."

"Kat mana sekarang?"

"Ntah." -Then aku sebut 1 signboard which i forgot rite now.

"Dah dekat dengan rumah tu..."

"Ooo, nak singgah makan nasik la. Lapar giler nih." - Mode:Joking.

"Nasik xde, lemang ada. Stop la kedai makan, nnt org gi."

"Takmo la... Nak nasik dengan budu."

"Naik kereta apa tu?"

"Gen2. Why?"

"Xde apa, saje. Plat?"

"XYZ. Why?"

"Xde apa."

"K la.. Daa~"

Lepas tu sambung sembang dengan Dayang. Dah la bila jem aje, kami main teka teki. Contoh, "agaknya xcident kot..." tak pun, "ada road-block kot.." Then sampai abis jem, "Ehh, mana xcident nya????" or "Ehhh, mana roadblocknya???"

Tetiba dalam kesesakan jalanraya, seorang lelaki berkepala botak, berbadan besar dan tinggi, berjubah putih menghampiri kereta. Aku dan Dayang, diam. Cuakkkk!!!!

Dia ketuk cermin kereta....


Aku bukak.


"Nah, lemang n kuih."

"Follow motor, nak bawak ikut jalan shortcut."

Kata ketua darjah aku masa degree....


Rezeki jatuh dari langit dowh!!!! Alhamdulillah....

To Papa Teh, thank you.... Lemang dan kuih adalah sangat sedap. Tapi kalau ada rendang lagi sedap. Hahahhah!!!!


Sunday, November 14, 2010

Aku laksana bulannn.....

Aku rasa aku tak cantik mana punnn,

Tak pandai mana pun,

Tak kaya mana pun,

Tak bertuah mana pun,

Tak baik mana pun,

Tapi ada jugak yang dengki dengan aku....

Tapi apa pun, terima kasihlah. Kerana ia membuatkan aku sedar, betapa diriku amat berharga....

Wallahuallam.

Orang tamak selalu rugi

Ye, orang tamak selalu rugi.

Dan orang tamak dan rugi itu adalah aku dan secara langsung mengheret sama my sayang ke lembah kerugian. Hahahha! Sorie lalingggg....

Tadi pergi PKNS Bangi dengan my sayang sebab nak beli Al-Quran untuk hantaran tunang nanti dan juga hantaran kahwin my auntie. So, kena beli tiga.

Sampai je PKNS Bangi, terus menggelupur cari stall jual Quran. Then nampak la satu kedai buku islamic. Dia buka juga meja kat luar untuk display Quran dan tafsir. Terus je aku pilih. Comel-comel je saiz Qurannya. Berharga lebih kurang 48-50 untuk Quran bersaiz tapak tangan.

My sayang: Ye ke harga macam ni? Macam mahal je.

Aku: Ye la ni. Cuba tengok kat meja ni, ni je kan yang ada.

Then terus pilih 3 Quran dan masuk ke dalam kedai untuk bayar di kaunter. After 20% less, we got to pay RM 116.80 for 3 Quran. Then, pusing je ke belakang, lepas bayar, terus terpaku pada rak-rak yang bersusun Quran dengan pilihan yang lagi banyak. Terus my sayang gi belek-belek harga. 'Yannggg!!!" Aku rasa time tu my sayang nak telan aku kot. Hehehe...

Perlahan-lahan aku mendekati dia dan belek harga yang terpapar di situ. Hehehehe... Tobat rasa nak gelak. Cuma RM 29 untuk al-Quran beserta tafsir yang bersaiz besar macam saiz standard Quran yang kita bawak gi mengaji rumah tok guru dulu tuuuuu....

Tetiba rasa aku sangat la tamak haloba tak menyempat-nyempat masuk survey dalam kedai dulu before beli. Terus aku cakap dengan my sayang " Tak pe la yang, habiskan duit untuk beli Quran, bukan rugi." Padahal dalam hati.... Sedang cuba tenangkan diri sendiri... Hehehehe...

Pastu, keluar la ayat seorang diktator, "Baju yang kita tengok tadi tu, takyah beli lahhh."

Aku anggukkan aje kepala. Pasrahhhh.... Melepaaasssss.....

Kesimpulannya, aku rasa strategi perniagaan dengan meletakkan meja display di luar kedai adalah berjaya menarik perhatian pembeli yang pemalas dan gelojoh macam aku niii!!!

Saturday, November 13, 2010

Happy Birthday in advance to Cikgu Amiratul



Align Center


Birthday girl...

Hari ni ke Mines untuk menyambut birthday Cekgu Amiratul yang ke 25 in advance. The fact is, birthday dia falls on 17 November ni which is hari raya Aidiladha. So, macam dah tak ada masa nak belanja dia makan, so belanja la hari ni walaupun terpaksa mengikis sisa-sisa yang ada dalam bank BERSAMA. hehehe... sorry yang!!!\

Tapi sebab San Francisco baik hati, dia bagi potongan 20% untuk spaghetti hari tu... Tuah birthday girl kot...

Pastu, ni je yang termampu aku bagi...


HAPPY 25TH BIRTHDAY AMIRATUL AZILA
MAY ALLAH BLESS YOU....

ALL THE BEST.


Friday, November 12, 2010

Cikgu Izyan in da house!!!!

Wahh, cantek nama cmtu ehhh...

Ni mood feeling cikgu-cikgu tengah membara..

Selepas dua sesi micro-teaching, aku rasa aku dah suka jadi cikgu. Dah ada rasa minat. InsyaALLAH... Cuma banyak lagi yang perlu diperbaiki... Normal la tu kan... Aku kan novice teacher. Nervous tu dah tak berapa nak ada, cuma kefasihan bila menerangkan sesuatu tu, agak kurang sikit. Tadi pun, maca micro-teaching 15 minit, ada la dalam 5 kali aku asyik dok ulang, 'Apa ni?' bila aku hilang idea masa nak fikir suitable vocab to explain something.

Alhamdulilah, mood kembali ada. Dan juga rasa kembali bersemangat. Masalah-masalah yang membelenggu hari tu dah hilang tanpa aku sedari atau pun aku telah dihadapkan dengan beberapa pilihan untuk mengatasinya. Alhamdulillah, ALLAH Maha Kaya.

Tapi minggu depan, kena review balik tape masa micro-teaching tu. Sumpah tak sanggup nak tengok. Malu weii... Dan juga tak sanggup nak tengok betapa 'besar'nya aku dalam rakaman tu... Fuhh, sempat tak nak diet dalam masa sebulan ni? Takut jugakkan aku nampak bersaiz double my sayang dalam picture nanti. Urghh, ngeri nak fikir. Tapi bila hadap nasi lemak lauk rendang daging dan tempe goreng, tak rasa ngeri pulak nak makan. Hehehe...

Thanks to whom it may concern.. I know u would never stop praying for my success and happiness. N plz bear this in your mind, so do i.... [wide smileeee]

Hmm, currently i am suffering ulcer in my throat. i thought,it was tonsil at first, but when i check it out, it was ulcer instead. So hard to swallow food and water as well. Then i just take chicken or prawn porridge made by a master student dat lives just in front of my room for dinner. And i would rather skip lunch for i think it is so horrible to swallow the hard thingy. Those porridge are delicious, you.. Seriously, i am not pulling your leg. [Kak Na, nanti nak resipi!!!!]

Btw, the date of today is so beautiful, rite? 12/11/10. And fortunately i have storing the nice memory for today. Micro-teaching it is. Yes, absolutely. Thanks to Allah for giving me the strength and motivation to face it. Alhamdulillah... Every moment is arranged greatly by ALLAH. Appreciate it!!!



Regards,
Cikgu Izyan.
(Gedix ahhh tulis ceni)

Thursday, November 11, 2010

Mandat besarr!!!!

Hari ni my sayang dah keluarkan statement ngeri. Lembut je ayat. Tapi menusuk kalbuku... Huhuhuhu... Sangat horrible mendengarnya.

My Sayang: Duit dah banyak guna untuk beli hantaran. Bulan ni jimat cermat la sikit.

Me: Ok...

My Sayang: Stop makan fastfood bulan ni... Makan kat kedai biasa2 sudahhhh... Makan fastfood bukan kenyang punnnn. (Ayat dituju stret kepada aku sebab aku je yang selalu request nk makan McD la, San Francisco la, Pizza Hut la, Big Apple la... )

Me: Bulan ni je, kannn???

My sayang: Hmmm, sampai abang dapat gaji 22hb nanti... (Keluar tak keluar je suara... Penuh kepasrahan)- Mesti dalam hati my sayang cakap, cane la nak kurus gefren aku nihhh????

Me: (Dalam hati; syukur alhamdulillahhhhh)

Wedding ceremony to attend

Ramai betul kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang tahun ni... Berderet-deret kad jemputan. Tapi satu pun aku tak dapat attend. Ada-ada je halangan. Kecewa... Takut dorang pulak yang tak dapat attend wedding aku, lagi la aku kecewa...

1. Azimah + Fakhrul
Tarikh: 7 November 2010
Tempat: KL

Masa ni aku balik kampung. Ada urusan peribadi dan juga urusan keluarga yang tak dapat dielakkan. Rugi tak dapat tengok Azimah kawen... Cantik gila dia. Berseri-seri...

2. Muslihati + Fahmi
Tarikh: 20 November 2010
Tempat: Johor

Mus ni, ex-coursemate masa kat UMT dulu. Muka cantik macam Fazura. Hehehe... 20 November ni lepas raya haji. Dan pagi 20 November tu aku sedang berada di dalam bas menikmati perjalanan pulang ke UPM...

3. Hidayah + Rashdan
Tarikh: 21 November 2010
Tempat: Pekan, Pahang

Ni x-classmate masa Modul English Communication for Bussiness masa kat GEMS, SRC02 dulu. 21 November, insyaALLAH aku dah selamat bertapa di UPM. Aku rasa Jaja boleh attend kot. Rumah dorang dekat je...

4. Tarmizi + Wahida
Tarikh: 25 November 2010
Tempat: Terengganu

Yang ni, tuan yang empunya diri tak tau lagi aku tak dapat attend. Kalau tahu, sure marah. Tarmizi ni, bekas jiran. Rakan sepermainan sejak dulu. Dan masih rapat hingga sekarang. Sekarang kerja di Hospital Serdang. Yang ni, aku tak dapat attend sebab 26 November tu ada test. Takkan la aku nak balik, kan.. Takutnya nak bagitau dia aku tak dapat attend... Huhuhu...

5. Afiq + Syahirah
Tarikh: 27 November 2010
Tempat: Terengganu

Afiq, ex-schoolmate masa kat Tengku Mahmud dulu... Ehhh, kalau dah ex-schoolmate, for sure la Tg. Mahmud je sekolah aku.7 tahun tuuu bertapa kat Tengku Mahmud... Ni pun tak dapat datang. Sebabnya aku kat UPM and tak dapat balik. Juga atas sebab yang sama, 26 November ada test.

6. Tasha + Riduan
Tarikh: 5 Disember 2010
Tempat: Klang

Tasha ni sepupu bff aku, Ayuni. Rapat jugak la dengan dia. Sebab senang nak get along. Senang nak masuk gu, orang kelantan kata... Hehehe... Ni, tak dapat pergi sebab ketiadaan transport. Tapi tak sure lagi sebab, kalau Ayuni and her hubby datang jemput, boleh la pergi... Tapi instinct cakap tak dapat pergi... Tak tau la. Wallahuallam...

Rasanya tu je kot setakat ni...

Walaupun aku tak dapat attend, aku sentiasa doakan;

SEMOGA BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT DALAM LIMPAHAN RAHMAT ALLAH S.W.T

dan juga dikesempatan ini, aku ucapakan;

SELAMAT PENGANTIN BARU

Wednesday, November 10, 2010

Takkan pernah jauh...

Ya Allah, lamanya tak menulis di blog. Rindu nak menulis. Banyak yang nak ditulis, tapi masa selalu cemburu dengan aku...

Ya Allah, serius, semester ni aku tak bersemangat. Risau betul...

Wehhh, otak aku serabut. Tak tahu nak menulis tentang apa sebab banyak sangat idea yang berebut-rebut nak keluar. So rasanya aku akan menulis secara random sahaja.

Semester ini
Tak pernah walau sekali sepanjang aku hidup, aku mengisi ruangan cita-cita dengan perkataan GURU. Tak pernah sekali terlintas di fikiran, ini jalan yang aku lalui. Tapi ini ketentuan ALLAH. Begitu cantik sekali ALLAH mengatur setiap perjalanan hambaNya. Kerana hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Satu masa nanti, mungkin bukan sekarang, kita akan bersyukur dengan apa yang telah ALLAH tetapkan untuk kita. Aku di sini dengan iringan doa umi abah, ayah tok and wan, mak dan arwah ayah.... Juga insan tersayang dan insan kecintaan. Besar harapan mereka terhadapku. Ya ALLAH, tunjukkanlah aku petunjuk dan hidayahMu, amin... InsyaALLAH, aku akan buat yang terbaik.

Insan kecintaan
Adalah mereka yang setiap kali kita diselubungi masalah, cukup hanya dengan menatap wajah mereka dan mendengar suara mereka, hati akan tenang. Mereka yang tak pernah berhenti mengasihi dan tak jemu memberi semangat dan dorongan. Aku bersyukur kerana aku mempunyai ramai insan kecintaan. Umi, abah, dan juga insan kecintaanku itu. Alhamdulillah, kerana Allah mengaturkan perjalanan mereka selari denganku membuatkan kami bertembung dalam perjalanan hayat ini. InsyaALLAH, dunia akhirat, itulah insan kecintaanku selamanya.

Mereka di sekeliling kita
Kita sering dilingkungi oleh manusia-manusia aneh, pelik dan istimewa. Setiap satu dari mereka punya ciri dan tingkahlaku tersendiri. Kadangkala kita lupa, mereka boleh menyumbang dosa dan pahala dalam akaun akhirat kita. Allah aturkan yang terbaik untuk setiap hambanya. Kalau kita lalui jalan yang berduri, jangan disoal kenapa begitu dan kenapa begini. Jika kita dihadapkan dengan insan-insan yang menguji kesabaran hati kita, ingatlah, kita ini sedang diuji ALLAH.

Ujian ALLAH mempunyai banyak konstruknya. Ujian untuk meningkatkan kesabaran, meningkatkan tahap keimanan dan mungkin juga untuk menguatkan semangat kita. Mungkin kesannya bukan dapat kita nikmati sekarang, tapi masa depan, siapa yang tahu kan... Ujian dan penilaian ALLAH bersifat formatif. Iaitu penilaian yang berterusan. Supaya kita sentiasa dapat bersedia menghadapi segala kemungkinan. Dan juga supaya kita tak alpa. Sedikit sahaja DIA menduga, barulah kita tahu langit itu tinggi rendah. Barulah kita tahu setakat mana kemampuan diri. Barulah kita tahu bahagian mana lagi dalam diri kita yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Kerana manusia ini mudah lupa.... Dan kerana ALLAH itu sayangkan kita. Sepatutnya kita bersyukur bila diuji, kerana dengannya kita kembali kepada fitrah, kembali bersujud kepada ALLAH.

Setiap kali berdoa, janganlah berdoa semoga diringankan beban, tapi berdoalah agar dikuatkan iman mengahdapi setiap cabaranNya. Kerana ALLAH takkan sekali-kali membebankan hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Sematkan dalam hati, ALLAH berikan aku ujian ini kerana ALLAH yakin aku mampu melaluinya. Maka, kuatkanlah iman dan semangat. Kerana mungkin di laluan masa depan, dengan kekuatan semangat dan keimanan yang terbina hasil ujianNya, insyaAllalh, kita mampu melalui cabaran yang lebih hebat lagi.

Last word
Sekadar coretan untuk peringatan kepada diri sendiri dan semua tetamu blog ini. Tulisan aplikasi dari pengetahuan Pentaksiran Pembelajaran dan bacaan kerohanian... Mana yang betul jadikan pegangan, mana yang salah mohon diperbetulkan dan dimaafkan.

Salam ukhwah.

Sunday, November 7, 2010

Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah, the event went so well...

InsyaALLAH, better things ahead...

InsyaALLAH, the good intention will lead to the better consequences and the best ending. InsyaALLAH...


Tuesday, November 2, 2010

JPI???? Apakah????

Malam pertama di semester dua cuba menyengkang mata untuk membuat assigment. Dan hasilnya sungguh mengecewakan. Pukul 10 mata dah layu. Sungguh tidak produktif... Nasib baik ada peneman... Thanks Abang Radix... Ehhhhh???

Sedang bertungkus-lumus menyiapkan Jadual Penentu Instrumen untuk subjek cekgu ensem... Wahhh, menggelitis tiba-tiba... Tapi stillll... Tak paham apakah JPI nihhh...

Kitorang berempat. Group aku punya konstruk yang diberi adalah formatif. Dan formatif merangkumi 4 trait: Tak formal, tujuan penilaian, waktu penilaian dan aktiviti pengayaan. Aku pilih aktiviti pengayaan... Lagi tiga tu, groupmates aku yang buat. Boys. Cehh, nak jugak mention... Setiap trait dia nak 8-10 item... Tapi kannn, tahap kestressan nak buat 8 item tu macam kan kena buat 80 item... Huh!!! Nasib baik rumetku cekgu. She and her friends cooperates so well... Thanks cekgu-cekgu Moral.... Semoga cepat dapat posting. Aminnn!!!!!

Tapi siyes aku cakap.... Semester ni, aku tak rasa well spirited. Rasa down je... Tak ada rasa nak study bersungguh-sungguh ke apa... Balik kelas, sampai bilik, rehat. Malam, tak rasa langsung nak belek balik nota lecturers... Tak macam semester lepas. At least aku revised la jugak. Terutama subjek Psikologi Pendidikan, Sains Pertanian dan Sekolah dan Masyarakat.
Tapi, semester niii??? Muharrammm....

Kenapakahhh??? Adakah sebab kepala otak dah tune ke benda-benda lain seperti menggeletis nak kawen? Atau menggeletis nak beli kereta? Atau menggeletis nak kerja, pegang duit secara banyak??? Cehh, banyak la sangat. Padahal makin besar periuk, makin besar kerak. Atau subjek semester ni tak menarik?? Full of 'ceramah'? Atau sebab aku sedar aku dah hilang orang yang rajin bagi aku semangat dan strength? Ntah la...

Rasanya kena korek balik semangat yang hilang nih. Ataupun cari masa baca balik buku 'Law of Attraction'. Tak pun set the target and plan well to hit the target. Wahh, kena buat rancangan baeekk punya untuk mencapai objektif nih.

Sebenarnya aku taip entry ni sambil buat JPI... Dan sekarang, 2.00 am, 3 Nov 2010, dah siap. Kita tengoklah nanti esok cemana. Di reject atau di approve to proceed... Hopefully better things ahead. InsyaALLAH. Aminn...

Monday, November 1, 2010

Luka parah...

Aku rasa la kannnn....

Ada orang tu dah transfer kan virus dia to me....

Sebab aku ada sorang kawan yang hobby dia menderita cracked lips.

Sekarang aku luka parah.....

Sakit sangat....

Nak makan pun seksa...

Tak makan lagi seksa....

I just noticed that i often got cracked lips lately.....

Maybe sebab malas minum air masak.

Or maybe sebab malas bawak botol air ke kelas lately....


Sesape yang berkenaan, sila bertanggungjawab... Hohohoho....

FYI, virus tak disebarkan melalui sentuhan. Harap maklum. Dont you ever get me wrong.

Allah Maha Tahu...

Kemarau....

Heh, gile cakap kemarau padahal kampung halaman dah banjir dah... Ni yang rasa tak nak balik ni... Tak suka sangat basah-basah lembap nih... Tapi kat Serdang panas yang amat. Habis hitam... Cehhh, macam kan kulit tu putih sangat...

Aku kemarau... Sebab tadi TERspent RM 700 in split second... Huhuhu...

Camni rupanya buat persiapan...

Takpe la yang... bukan selalu... kan...

Tapi tadi my sayang agak angin jugak sket sebab aku terbeli benda yang tak perlu. Mahal lak tu... Tetibanya RM 200 bertukar tangan dengan tokei kedai....

Penat kaki berjalan tawaf shopping mall seharian. Sanggup tu buat dua trip. First trip pergi JJ Cheras Selatan. Pastu balik, lunch, solat, tidur then lepas Asar keluar lagi. Balik pukul 9.30 malam gi tawaf Mines pulak... Tetiba sakit kepala yang aku alami selama 2 hari kat bilik hilang... Uih, magic... Shopping is a great medicine... I know then...