.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, November 2, 2010

JPI???? Apakah????

Malam pertama di semester dua cuba menyengkang mata untuk membuat assigment. Dan hasilnya sungguh mengecewakan. Pukul 10 mata dah layu. Sungguh tidak produktif... Nasib baik ada peneman... Thanks Abang Radix... Ehhhhh???

Sedang bertungkus-lumus menyiapkan Jadual Penentu Instrumen untuk subjek cekgu ensem... Wahhh, menggelitis tiba-tiba... Tapi stillll... Tak paham apakah JPI nihhh...

Kitorang berempat. Group aku punya konstruk yang diberi adalah formatif. Dan formatif merangkumi 4 trait: Tak formal, tujuan penilaian, waktu penilaian dan aktiviti pengayaan. Aku pilih aktiviti pengayaan... Lagi tiga tu, groupmates aku yang buat. Boys. Cehh, nak jugak mention... Setiap trait dia nak 8-10 item... Tapi kannn, tahap kestressan nak buat 8 item tu macam kan kena buat 80 item... Huh!!! Nasib baik rumetku cekgu. She and her friends cooperates so well... Thanks cekgu-cekgu Moral.... Semoga cepat dapat posting. Aminnn!!!!!

Tapi siyes aku cakap.... Semester ni, aku tak rasa well spirited. Rasa down je... Tak ada rasa nak study bersungguh-sungguh ke apa... Balik kelas, sampai bilik, rehat. Malam, tak rasa langsung nak belek balik nota lecturers... Tak macam semester lepas. At least aku revised la jugak. Terutama subjek Psikologi Pendidikan, Sains Pertanian dan Sekolah dan Masyarakat.
Tapi, semester niii??? Muharrammm....

Kenapakahhh??? Adakah sebab kepala otak dah tune ke benda-benda lain seperti menggeletis nak kawen? Atau menggeletis nak beli kereta? Atau menggeletis nak kerja, pegang duit secara banyak??? Cehh, banyak la sangat. Padahal makin besar periuk, makin besar kerak. Atau subjek semester ni tak menarik?? Full of 'ceramah'? Atau sebab aku sedar aku dah hilang orang yang rajin bagi aku semangat dan strength? Ntah la...

Rasanya kena korek balik semangat yang hilang nih. Ataupun cari masa baca balik buku 'Law of Attraction'. Tak pun set the target and plan well to hit the target. Wahh, kena buat rancangan baeekk punya untuk mencapai objektif nih.

Sebenarnya aku taip entry ni sambil buat JPI... Dan sekarang, 2.00 am, 3 Nov 2010, dah siap. Kita tengoklah nanti esok cemana. Di reject atau di approve to proceed... Hopefully better things ahead. InsyaALLAH. Aminn...

No comments: