.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, November 26, 2010

kecekguan

Belum lagi jadi cikgu, dah merungut... Tak la, bukan merungut pun. Tapi beban kerja cikgu memang banyak pun secara realitinya. Sebab tu agaknya penyarah-pensyarah di sini melambakkan assignment secara pukal kepada pelajar-pelajar perguruan agar bila memasuki bidang perguruan secara tetap nanti tak adalah terkena kejutan budaya ke segala apa.. kan...

Ni pun, bertimbun-timbun assignment tak siap lagi... Meh nak senarai sket...

1. Kajian Tindakan - Grup - Submit 5 Jan 2011
2. Kajian Tindakan - Individu - Submit 1 Disember 2010
3. Kaedah Mengajar - Grup 1 - Submit draf 30 November 2010
4. Kaedah Mengajar - Grup 2 - Submit draf 30 November 2010
5. Penaksiran Pembelajaran - Grup - Submit 30 November 2010
6. Test Kajian Tindakan - 8 Disember 2010
7. Rancangan Pengajaran dan ABM - Present 2 Disember 2010.


Fuhh, fuhhh, fuhhh.. Banyak gilerrr.. Dah la sekarang ni sibuk dok angkat barang sebab kena pindah blok. Sebabnya renovation will be done at our current block.... Hmm, pindah je la.. Keselamatan itu lagi pentingkan.. Dah la dua hari lepas, aku baru siap mandi, sedang berjalan dari toilet ke bilik, pekerja-pekerja lelaki selamba aje berbincang di tangga blok. Sakit betul hati. Dah engkau letak notis nak start 29 November, boleh tak kau datang buat check up 29 November??? Tak reti fikir ke privacy penghuni blok perempuan nih??? Kalau di universiti dulu, kalau ada orang maintenance lelaki yang akan masuk ke blok, pak guard akan buat pengumuman supaya semua penghuni wanita aware. Dan lebih berjaga-jaga dari segi aurat. Owh, lupa.. itu pengurusan universiti. Ini pengurusan swasta.. Arggghhh, stress...

Nak buat assignment pun rasa terbantut mood bila tengok bilik yang bersusun barang berbungkus-bungkus ni.. Petang nanti la nak pindah barang sikit2... Tak nak bawak semua pun...


No comments: