.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, November 26, 2010

Kembara hidup bakal berlabuh sementara di sana

Cukup cantik ALLAH aturkan kehidupan hamba-hambaNya... Aku yang tidak pernah menjalani kehidupan di rantau orang sejak dari zaman persekolahan hingga zaman universiti ini ditempatkan di merata tempat sebaik sahaja tamat pembeljaran ijazah untuk menguatkan tekad diri, menguatkan semangat, mengenali ragam manusia, memperbaiki diri dan juga menguatkan iman.

Bermula dengan program GEMS di Suria Resort, Cherating, aku meneruskan pengalaman hidup di CCM Fertilizers, Shah Alam dan kemudiannya di UPM Serdang. Dan semalam, baru mendapat perkhbaran, kembara hidup ini akan berlabuh sementara di SMK Bukit Naning, Muar. Terasa jugak bimbang kerana ditempatkan bersama coursemate yang berjantina lelaki. Tapi kerana dalam hati kuat terpahat ingatan bahawasanya ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita sedangkan kita tidak, aku cuba menguatkan tekad. Semoga dipermudahkan segala urusan....

Harap-harap ada cekgu-cekgu bujang wanita yang berlapang dada menumpangkan aku dalam tempoh 12 minggu di sana... OMG, sangat la cuak dalam hati sebenarnya... Tapi sebab aku tahu ada orang yang mendoakan aku dari jauh, aku rasa lebih secure.... Thanks sayang.... Juga buat family tercinta... Abah pun dah mula cuak anak dara yang tak pernah berenggang dengan dia ni bakal tercampak di Muar selama 3 bulan keseorangan... Apa lagi bah, bak la keta sebijik... HUHUHU....

No comments: