.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, November 14, 2010

Orang tamak selalu rugi

Ye, orang tamak selalu rugi.

Dan orang tamak dan rugi itu adalah aku dan secara langsung mengheret sama my sayang ke lembah kerugian. Hahahha! Sorie lalingggg....

Tadi pergi PKNS Bangi dengan my sayang sebab nak beli Al-Quran untuk hantaran tunang nanti dan juga hantaran kahwin my auntie. So, kena beli tiga.

Sampai je PKNS Bangi, terus menggelupur cari stall jual Quran. Then nampak la satu kedai buku islamic. Dia buka juga meja kat luar untuk display Quran dan tafsir. Terus je aku pilih. Comel-comel je saiz Qurannya. Berharga lebih kurang 48-50 untuk Quran bersaiz tapak tangan.

My sayang: Ye ke harga macam ni? Macam mahal je.

Aku: Ye la ni. Cuba tengok kat meja ni, ni je kan yang ada.

Then terus pilih 3 Quran dan masuk ke dalam kedai untuk bayar di kaunter. After 20% less, we got to pay RM 116.80 for 3 Quran. Then, pusing je ke belakang, lepas bayar, terus terpaku pada rak-rak yang bersusun Quran dengan pilihan yang lagi banyak. Terus my sayang gi belek-belek harga. 'Yannggg!!!" Aku rasa time tu my sayang nak telan aku kot. Hehehe...

Perlahan-lahan aku mendekati dia dan belek harga yang terpapar di situ. Hehehehe... Tobat rasa nak gelak. Cuma RM 29 untuk al-Quran beserta tafsir yang bersaiz besar macam saiz standard Quran yang kita bawak gi mengaji rumah tok guru dulu tuuuuu....

Tetiba rasa aku sangat la tamak haloba tak menyempat-nyempat masuk survey dalam kedai dulu before beli. Terus aku cakap dengan my sayang " Tak pe la yang, habiskan duit untuk beli Quran, bukan rugi." Padahal dalam hati.... Sedang cuba tenangkan diri sendiri... Hehehehe...

Pastu, keluar la ayat seorang diktator, "Baju yang kita tengok tadi tu, takyah beli lahhh."

Aku anggukkan aje kepala. Pasrahhhh.... Melepaaasssss.....

Kesimpulannya, aku rasa strategi perniagaan dengan meletakkan meja display di luar kedai adalah berjaya menarik perhatian pembeli yang pemalas dan gelojoh macam aku niii!!!

No comments: