.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, November 10, 2010

Takkan pernah jauh...

Ya Allah, lamanya tak menulis di blog. Rindu nak menulis. Banyak yang nak ditulis, tapi masa selalu cemburu dengan aku...

Ya Allah, serius, semester ni aku tak bersemangat. Risau betul...

Wehhh, otak aku serabut. Tak tahu nak menulis tentang apa sebab banyak sangat idea yang berebut-rebut nak keluar. So rasanya aku akan menulis secara random sahaja.

Semester ini
Tak pernah walau sekali sepanjang aku hidup, aku mengisi ruangan cita-cita dengan perkataan GURU. Tak pernah sekali terlintas di fikiran, ini jalan yang aku lalui. Tapi ini ketentuan ALLAH. Begitu cantik sekali ALLAH mengatur setiap perjalanan hambaNya. Kerana hanya ALLAH yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Satu masa nanti, mungkin bukan sekarang, kita akan bersyukur dengan apa yang telah ALLAH tetapkan untuk kita. Aku di sini dengan iringan doa umi abah, ayah tok and wan, mak dan arwah ayah.... Juga insan tersayang dan insan kecintaan. Besar harapan mereka terhadapku. Ya ALLAH, tunjukkanlah aku petunjuk dan hidayahMu, amin... InsyaALLAH, aku akan buat yang terbaik.

Insan kecintaan
Adalah mereka yang setiap kali kita diselubungi masalah, cukup hanya dengan menatap wajah mereka dan mendengar suara mereka, hati akan tenang. Mereka yang tak pernah berhenti mengasihi dan tak jemu memberi semangat dan dorongan. Aku bersyukur kerana aku mempunyai ramai insan kecintaan. Umi, abah, dan juga insan kecintaanku itu. Alhamdulillah, kerana Allah mengaturkan perjalanan mereka selari denganku membuatkan kami bertembung dalam perjalanan hayat ini. InsyaALLAH, dunia akhirat, itulah insan kecintaanku selamanya.

Mereka di sekeliling kita
Kita sering dilingkungi oleh manusia-manusia aneh, pelik dan istimewa. Setiap satu dari mereka punya ciri dan tingkahlaku tersendiri. Kadangkala kita lupa, mereka boleh menyumbang dosa dan pahala dalam akaun akhirat kita. Allah aturkan yang terbaik untuk setiap hambanya. Kalau kita lalui jalan yang berduri, jangan disoal kenapa begitu dan kenapa begini. Jika kita dihadapkan dengan insan-insan yang menguji kesabaran hati kita, ingatlah, kita ini sedang diuji ALLAH.

Ujian ALLAH mempunyai banyak konstruknya. Ujian untuk meningkatkan kesabaran, meningkatkan tahap keimanan dan mungkin juga untuk menguatkan semangat kita. Mungkin kesannya bukan dapat kita nikmati sekarang, tapi masa depan, siapa yang tahu kan... Ujian dan penilaian ALLAH bersifat formatif. Iaitu penilaian yang berterusan. Supaya kita sentiasa dapat bersedia menghadapi segala kemungkinan. Dan juga supaya kita tak alpa. Sedikit sahaja DIA menduga, barulah kita tahu langit itu tinggi rendah. Barulah kita tahu setakat mana kemampuan diri. Barulah kita tahu bahagian mana lagi dalam diri kita yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Kerana manusia ini mudah lupa.... Dan kerana ALLAH itu sayangkan kita. Sepatutnya kita bersyukur bila diuji, kerana dengannya kita kembali kepada fitrah, kembali bersujud kepada ALLAH.

Setiap kali berdoa, janganlah berdoa semoga diringankan beban, tapi berdoalah agar dikuatkan iman mengahdapi setiap cabaranNya. Kerana ALLAH takkan sekali-kali membebankan hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Sematkan dalam hati, ALLAH berikan aku ujian ini kerana ALLAH yakin aku mampu melaluinya. Maka, kuatkanlah iman dan semangat. Kerana mungkin di laluan masa depan, dengan kekuatan semangat dan keimanan yang terbina hasil ujianNya, insyaAllalh, kita mampu melalui cabaran yang lebih hebat lagi.

Last word
Sekadar coretan untuk peringatan kepada diri sendiri dan semua tetamu blog ini. Tulisan aplikasi dari pengetahuan Pentaksiran Pembelajaran dan bacaan kerohanian... Mana yang betul jadikan pegangan, mana yang salah mohon diperbetulkan dan dimaafkan.

Salam ukhwah.

No comments: