.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, November 11, 2010

Wedding ceremony to attend

Ramai betul kawan-kawan yang menamatkan zaman bujang tahun ni... Berderet-deret kad jemputan. Tapi satu pun aku tak dapat attend. Ada-ada je halangan. Kecewa... Takut dorang pulak yang tak dapat attend wedding aku, lagi la aku kecewa...

1. Azimah + Fakhrul
Tarikh: 7 November 2010
Tempat: KL

Masa ni aku balik kampung. Ada urusan peribadi dan juga urusan keluarga yang tak dapat dielakkan. Rugi tak dapat tengok Azimah kawen... Cantik gila dia. Berseri-seri...

2. Muslihati + Fahmi
Tarikh: 20 November 2010
Tempat: Johor

Mus ni, ex-coursemate masa kat UMT dulu. Muka cantik macam Fazura. Hehehe... 20 November ni lepas raya haji. Dan pagi 20 November tu aku sedang berada di dalam bas menikmati perjalanan pulang ke UPM...

3. Hidayah + Rashdan
Tarikh: 21 November 2010
Tempat: Pekan, Pahang

Ni x-classmate masa Modul English Communication for Bussiness masa kat GEMS, SRC02 dulu. 21 November, insyaALLAH aku dah selamat bertapa di UPM. Aku rasa Jaja boleh attend kot. Rumah dorang dekat je...

4. Tarmizi + Wahida
Tarikh: 25 November 2010
Tempat: Terengganu

Yang ni, tuan yang empunya diri tak tau lagi aku tak dapat attend. Kalau tahu, sure marah. Tarmizi ni, bekas jiran. Rakan sepermainan sejak dulu. Dan masih rapat hingga sekarang. Sekarang kerja di Hospital Serdang. Yang ni, aku tak dapat attend sebab 26 November tu ada test. Takkan la aku nak balik, kan.. Takutnya nak bagitau dia aku tak dapat attend... Huhuhu...

5. Afiq + Syahirah
Tarikh: 27 November 2010
Tempat: Terengganu

Afiq, ex-schoolmate masa kat Tengku Mahmud dulu... Ehhh, kalau dah ex-schoolmate, for sure la Tg. Mahmud je sekolah aku.7 tahun tuuu bertapa kat Tengku Mahmud... Ni pun tak dapat datang. Sebabnya aku kat UPM and tak dapat balik. Juga atas sebab yang sama, 26 November ada test.

6. Tasha + Riduan
Tarikh: 5 Disember 2010
Tempat: Klang

Tasha ni sepupu bff aku, Ayuni. Rapat jugak la dengan dia. Sebab senang nak get along. Senang nak masuk gu, orang kelantan kata... Hehehe... Ni, tak dapat pergi sebab ketiadaan transport. Tapi tak sure lagi sebab, kalau Ayuni and her hubby datang jemput, boleh la pergi... Tapi instinct cakap tak dapat pergi... Tak tau la. Wallahuallam...

Rasanya tu je kot setakat ni...

Walaupun aku tak dapat attend, aku sentiasa doakan;

SEMOGA BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT DALAM LIMPAHAN RAHMAT ALLAH S.W.T

dan juga dikesempatan ini, aku ucapakan;

SELAMAT PENGANTIN BARU

No comments: