.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, December 12, 2010

Brunch, alhamdulillah...


Pagi ni, pagi-pagi lagi celik mata, rumet ajak masak.

Nasi lemak dengan sambal telur...

Eyh jap!!!! Aku cakap 'pagi-pagi' ke tadi? Sebenarnya sedar pun dah pukul 10 pagi. Tu lah bahananya tidur lepas subuh. Bertuah punya anak dara, kan? Tu pun nasib baik my sayang call. Kalau tak, tak tau la nasi lemak tu siap pukul berapa.

Tapi aku tolong kupaskan bawang dan basuhkan telur je. Nasi lemak, rumet yang buatkan. Guna serbuk santan segera je. Yang penting ada halia. Tapi kannnn, kalau ada bawang hiris, serai titik and daun pandan lagi wangi kan. Tapi nak buat cemana, barang yang xde xyah la dikenang. Sedar la diri tu duduk asrama je... ~

Untuk sambal pulak, kitorang mayangkan bawang merah, halia dan bawang putih, tumis, letak cili giling (beli ye, kat hstel xde batu giling~cehh, macam la kat rumah ada). Pastu sebab xde asam macam cuka or asam jawa or asam keping, kitorang masukkan je sos cili sikit. Pastu rasa.... Oihh, sedap woit. Macam masak kat rumah jugak. Walaupun kurang bahan.

Pastu, untuk sayur, kitorang celurkan brokoli yang dah hampir nak kuning tu. Dari dia kuning, aku tak lalu nak makan, baik makan dengan nasi lemak hari ni, kan?

So, here it is. Nasi lemak sambal telur. Alhamdulillah, kenyang.

No comments: