.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, December 11, 2010

Food paradise

Malas sebenarnya nak post entry baru sebab the last 2 entries, font size and color xleh tukar. Dia ikut setting theme. Menyampah ok! Macam tak berseri je blog haku dengan color font camtu. Dah la besar gedabak. Masalah apa la pulak budak blogspot ni. Kang aku tukar pakai wordpress kang!!!

Tapi lately aku rajin masak. Ehehe... Nak kata jimat, tak jugak. Sebabnya sekali berhabis untuk beli barang dapur, lagi tinggi dari kos makan kat kedai. Tapi hilang tension bila masak. Dah la ingediant mewah tak macam kat kedai.

Kesian pulak tengook rice cooker aku yang cenonet tu. Semua aku main masak je dalam tu. Siap letak cellophane tape tu nak suruh dia kekal dengan mode 'COOK'.

Jom tengok hasil masakan budak hostel yang tak ade multicooker nih!

1. Cucur pisang


Dah lama teringin nak makan cucur yang banyak pisang bukan banyak tepung. Dah order dengan my sayang, tapi dia asyik keje balik lewat je kan, so aku masak la sendiri. Puas hati weh... Ni rasa nak makan lepas pisang lak. Pisang beli kat pasar malam tak sentuh lagi. Tapi tak ada steamer la pulak. Aku ingat nak beli bekas besi comel-comel dan jugak bekas berlubang tu. Nak masak dalam rice cooker je. Jadi tak jadi, aku telan je nanti.

2. Spagetti


Baru dua tiga sudu aku makan, sambil hadap pc, baca jurnal halal, sekali aku tengok ada cop halal yang tak leh di consider as halal ada kat packaging ni. Terus sume selamat masuk tong sampah. Lagipun xde la sedap mana pun... Rasa dia macam masin pahit-pahit sikit. Kalau betul pun halal, rasanya aku tak mampu nak habiskan juga. Sebab tak sedap. Ingat hari tu nak beli jenama San Remo. Yang jenis dia dah sediakan bahan untuk sos tu. Tapi tengok tak de cop halal pulak. Tu yang pilih yang ni. Sekali, diragui pulak!!!!

3. Nasi goreng


Ni yang paling kerap aku masak kot. Biasanya guna perencah Seri Aji je. Sebabnya perencah Adabi mahal 20 sen... Hahaha! Kedekut nak mam~. Tapi ingredients dia biasanya vary la kan. Kadang-kadang letak sosej. Kadang-kadang letak tauhu goreng. Kalau hari pertama beli barang dapur, merasa la letak cherry tomatoes or kucai or daun sup (tapi hari tu aku tersilap amek daun ketumbar~hmm, campak jugak lah dalam nasik goreng) Cara-cara masak nasik goreng orang malas adalah:

Pertama tumis bawang putih, bawang merah and halia sampai perang. Pastu masukkan sosej kejap. Pastu masukkan beras. Ya, beras ya puan-puan. Bukan nasik. Pastu masukkan air ikut jenis beras korang. Pastu masukkan perencah dan kacau. Cili padi jangan dilupa ya. Baguis untuk peghidap gastrik macam aku nih!!!! Tutup rice cooker sampai masak. Pastu dah nak dekat kering, kacau-kacau nasik dalam tu supaya sebati dan masukkan sayur. Pastu off kan suis rice cooker dan biarkan periuk still bertutup dengan lid dia tu. Supaya wap tak terbebas dan nescaya, kerak takkan melekat di periuk. Pastu sila la makan...

Nexttttt!!!!!!

4. Cucur bawang

Ehh, aku tak jumpa pulak gambarnya. Tapi aku hari tu aku letak bawang hiris, kucai, sosej and cili padi di cincang paling halus dalam tu... Sedap wohh!!! Walaupun keras sebab aku takde telur nak humban dalam adunan. Tapi tetap selamat masuk perut aku.

5. Petola Ular Fritters


Sedap giler ni, ok. Manis-manis je rasa petola ular tu. Hiris nipis, celup dlam tepung serbaguna cap apa tah. Yang rumet aku dapat dalm bag cabutan bertuah masa kat MAHA hari tu. Aku rasa yang membuatkan petola ular goreng celup tepung ni sedap adalah sebabnya bukan aku yang masak, Ahmad Albab yang masak!!!! Hehe... Aku amek shift yang round paling last tu je untuk goreng. Tu pun sebab Ahmad Albab nak semayang maghrib... Sedap ni, betul!

6. Bubur Abang Sayang



Ni kot yang paling latest. Semalam my sayang demam tiga serangkai. Demam + selsema + batuk. So, kebetulan rumet ajak teman dia servis kereta then singgah pasar malam, aku belikan barang untuk buatkan bubur ayam ni. Sepatutnya ingredient dia mengikut kata rumetku yang berpengalaman menjual bubur ayam kat P5, cuma letak halia, ayam, garam, kiub pati ayam je. Tapi aku dah rambang mata tengok sayur murah and segar kat pasar malam, terus beli kentang, lobak, brokoli. Tapi lobak beli sebiji je, kentang pun sebiji je.... Macam nak kena lempang je kan?

Ok, mula-mula kita rebus dada ayam yang dikerat empat oleh peniaga tu. Kalau ikut kata rumet, kena hiris halus-halus. Maap la yer, fobia aku nak sentuh ayam daging mentah tak ilang lagi. Lalu kita rebus je 4 ketul macam tu dengan halia yang banyak gile. Untuk hilangkan bau hanyir ayam. Tapi aku menderhaka sikit dengan resipi sebab aku gi tumis dulu bawang putih and halia sampai naik bau, baru letak air. Dah mendidih, kita keluarkan la isi ayam tu.

Lepas tu baru kita masukkan beras. Sikit aje ya. Jangan tamak sebab beras ni akan mengembang berganda-ganda. Aku letak beras 1 pot kecik ikut pot periuk letrik yang paling kecik tu la. Ayam tu kita carikkan isi dia pakai garfu. Pastu bila beras dah kembang, masukkan la segala bahan macam kiub pati ayam, kentang, carrot, ayam. Pastu tunggu la semua tu lembut. Makan masa sejam jugak ko.

Masa nak makan tu tabur daun sup, bawang goreng and lada sulah.

Tu tupperware yang aku bagi kat my sayang. Aku sendukkan untuk 3 orang makan.

Malam tu, pukul 9 my sayang datang bawak aku ke kedai, teman di makan. Sebab dia demam, aku suruh dia makan sup daging and nasik putih. Bubur tu makan pagi esok which is pagi ni sebab hari ni cuti. So tak yah masak breakfast lagi dah. My sayang tu rajin, every pagi masak breakfast. Bukan roti telur okkkk, siap nasi goreng bagai!

Pastu dah siap hantar aku balik. Sejam lepas tu kot dia call.

'Yang, sedap la bubur.'

"Ye ke? Dah panaskan dah? Takut pagi esok basi.'

"Tak panaskan pun. Dah habis dah.'

"La, makan dengan Pojie and Yusman ke?'

"Tak la, abang makan sorang."

"Ehh??? Biar betul? Kan abang baru lepas nasik je tadi."

"Betul. Ingat tadi nak try je. Pastu rasa sedap la pulak. Tengok-tengok dah tinggal sikit. Serba salah nak simpan untuk esok. Abang habiskan terus."



Wahhhh, kembang ati i ok... Hehe... Tu kalau demam tak baik-baik lagi tu, tak tau la...

Hari ni nak dia nak gi dinner company dia. Tema kemain lagi, 'Pakaian tradisional'. Tengok dalam tentatif. Pukul 10.30 pm - Disco.

Cam hampehhh... Tau la company Jepun. Tapi agak-agak la nak match kan tema baju dengan aturcara majlis.

"Yang, kul 10.30 nanti, terus balik!!!!! Kalau tak jangan jumpa esok!

No comments: