.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, December 14, 2010

Mihun goreng~ Makan petang

Niat asal nak goreng mihun ni pagi tadi as breakfast. Tapi sebab pagi tadi kelas pukul 8.00 pagi, tak sempat la kan... So, makan je lepat pisang yang aku buat malam tadi tu...

Tengahari, balik bilik, rumet dah masak nasi dah. Dah goreng sayur and belikan additonal lauk. Ayam masak sambal dan ikan kering goreng. Sedap betul makan nasik panas baru masak nih... Tapi sebab nakA jaga badan (kononnya~) aku makan setengah senduk je nasi.

Pastu tido jap, bangun pukul 2.30 petang. Sebab nanti ada kelas pukul 5-9pm. So, goreng la mihun untuk makan sebelum pergi kelas. Sebab takut gastrik datang balik. Kebelakangan ni, pantang lambat sikit makan, terus gastrik.

Goreng mihun pun cikai-cikai je. Guna resipi Tok Wan. Tumis bilis and udang kering yang ditumbuk dengan bawang merah, bawang putih and cili padi tumbuk. Pastu dah garing sikit, masukkan cili giling. Dah pecah minyak, masukkan air sikit, garam gula secukup rasa, bolehlah letak mihun dan sayur.



Jemput la makan...

No comments: