.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, December 18, 2010

once in a blue moon

Ni masa baru lepas breakfast tepi tasik SS [abaikan je Black Suede deodorant tu-baru beli]


Yes, after knowing him for about 5 years and 3 months, for the first time today he said, "Jom makan KFC, dah lama tak makan KFC."

Aku like, "Hah? Nak makan apa? KFC? Kan baru je kejap tadi makan nasi ayam mushroom claypot."

"Teringin la, dah lama tak makan KFC kan."

Memang pun. Sejak aku duduk Serdang ni, baru sekali je kot kami makan KFC. Selebihnya aku yang pilih nak makan McD. Tapi yang aku heran tuh, cane la datuk ni boleh teringin nak makan fastfood. Padahal, dia punya perut melayu gilerr.... Selama dia dia la yang sebok dok membebel, "Buat apa la nak makan fastfud, mahal je lebih. Kenyang sekejap aje."

Tapi banyak betul dia makan hari ni. Pagi tadi aku gorengkan nasi, dia makan 3/4, aku makan 1/4. Pastu gi beli tiket kat Putra, balik tu gi Mines. After solat Zohor and beli cincin dia terus aku ajak dia makan Chicken Rice Mushroom Claypot di fudcot Mines. Hari tu masa keluar dengan my new rumet, dia la yang recommend makan claypot tu. Sedap sangat. Tambah lagi makan dengan cili potong and kicap tu. Berasap2. Panas campur pedas. Tapi agak big portion la. Hari tu aku makan tak habis pun. Tadi pun share je dengan my sayang.

Tapi boleh pulak dia sumbat lagi ayam goreng seketul. Agak tak syok la kot makan ayam KFC sekarang. Sebab dia promote ayam goreng baru. Apatah nama dia. Aku prefer spicy yang lama dulu. Biasanya kalau KFC keluarkan ayam goreng baru, aku takkkan makan ayam kat situ. Tak berapa gemar. Dan sejak kenal ayam goreng McD, terus aku jatuh cinta. Be it regular or spicy, i love them both..

Bercakap tentang tahun baru, dah tinggal berapa hari je lagi kan nak melangkah ke tahun baru... Apa je pencapaian tahun ni... Azam tahun lepas, apa yang tercapai? Azam baru pulak, cane? Hmm, kita cakap tentang topik ni di entry baru la ye...

Lagi 6 hari.... Nervous nye...

Takut pulak rasanya nak hadapi cabaran alam pertunangan. Orang kata dugaan musim bertunang ni hebat. Sebagai persediaan menempuh alam rumahtangga. Kalau berjaya hadapi segala onak duri dunia pertunangan, maka insyaALLAH, bahagia dunia akhirat bila dah berkahwin kelak.

Bila dah bertunang ni, dah lain statusnya. Nak buat pape pun kena fikir tentang kedua belah keluarga. Nak bertindak pun kena mintak izin dan pendapat dia dulu... Mampukah aku???? InsyaALLAH, doakan ye... Semoga dipermudahkan segalanya oleh ALLAH SWT.

Align Center
Bukti di KFC

2 comments:

Hafidzah Hafidz said...

nyum2! sedapnye KFC! fieza baru je lepas pekena KFC heee..fieza doakan segala urusan akak mudah..okai akak..btw, betul tu, lagi bape hari je nak tahun baru, nak wish awl boleh? hehe..selamat tahun baru ye akak, 2011! yeay ;)

Miss Polaris said...

tq adeq comel... smlt thun bru jgk for fieza... smga dipermudahkan segala urusan fieza jugak...