.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, December 13, 2010

Selagi sendamu mengundang tawaku~

Cehh, jiwang lak.

Tadi sebenarnya my sayang ajak pergi JOm Heboh. First time pergi Jom Heboh. Jakunz gilers. Tapi aku tengok biasa je Jom Heboh ni. Cam karnival biasa-biasanya. Bezanya cuma sebab ada artis kot. Tapi, kalau tak pergi pun, xpe kot. Sebab aku alah sikit tempat yang crowded and panas ni. Nanti mula la migrain.

Dah ladi tak pasal2 dua kali aku sentap. Kesian betul kat buah hati pengarang jantung tuh. Cekal giler layan aku. Aku rasa, seminggu sebelum bulan mengambang, aku memang takleh jumpa dengan my sayang. Bukan apa, kesian kat dia. Ye la, sentap tak agak2. Macam mintak kena lempang je kan?? Hehe.. Ehh, ke memang aku jenis yang mmg sentap tak agak2 tak kira masa??? Uit orang di sana, sila la jawab... Huhu..

Tapi puas hati jugak la sebab dapat beli sleeveless cardigan. Dah lama cari. Susah nak jumpa. Ye la, dah nak jadi bini orang ni, kena pakai baju sopan-sopan gitu. Tadi tu pun, kali pertama aku sentap sebab my sayang tak bagi aku buka jacket hitam yang aku pakai tu sebab dia cakap baju aku seksis... Ye ye je nak jimat. Ngahaha~ Terus la aku sentap. Dah la kat dalam jaket tu aku pakai longsleeves dari material tebal giler. Macam sweater Schwazenbach tu... Ada lak nak aku pakai dua lapis. Tengahari yang oiii, panas. Tapi nasib baik my sayang tak jawab, "Kat akhirat nanti nun, lagi panas yang oi,.." hehe... Disebabkan itulah aku cari jugak sleeveless cardigan tu. Yang labuh sikit tu la.. Sebab banyak t-shirt long sleeves aku yang agak ketat and singkat. Bukan agak, memang ketat and singkat. So nanti boleh la pakai dengan sleeveless cardigan labuh tu tanpa ragu. Tadi pun, dia yang pilih kan.. Nak sangat aku pakai baju labuh kann, nah pilih lahh...

Dalam sentap tu, sempat gak la aku tanya, "Tak sayang sayang ke?"

Balas dia, " Sebab sayang la abang buat camni."

OK, tq dear. Got it...

Tapi, sentap tak lama pun... Dapat je jumpa ubat kat bawah ni, terus senyum.....


Lapar rupanya.... Macam budak-budak. Lapar aje, buat prangai~

Sedap weh Roti Impit ni rupanya. RM 2.50 je. Tadi my sayang pilih mushroom sausage. Sedap. Alah, kalau dah lapar, semua sedapppp. Padahal boleh masak sendiri aje hidangan ni... Tapi malam tu pulak, dia jual lelong, RM3 for 2. Lagi la sedap kannn. Sebab murah. So makan lagi for 2nd round. Terus cancel nak makan Prosperity Burger di McD.... Masing-masing dah kenyang.

See, dia tak bagi aku buka jacket... Tapi kekasih ini sedang cuba mengubat hati, tetap senyum~

Pastu,


Terus senyum ikhlas-ikhlas sebab dah dapat buka jacket. Tapi muka kekasih hati haku lak yang tak berapa redha kan...

Bajet nak nampak kurus la tu ambil gambar, duduk belakang. Tapi tetappp jugak lengan tu nampak macam Malek Nor. Stress!!! Tapi makan tak pantang~ Blah la...

Kat konsert Jom Heboh tu, sempat dengar 1st song je. Ana Raffali, Black and Altimet. Suhaimi Mior Hassan tak dapat datang. Tu yang Black ganti tu. Best jugak lagu tu... 1st time kot aku dengar de whole song. Nampak sangat la aku ni tak suka dengar lagu sampai tak tahu lagu-lagu baru kat Mesia nia..

Ase nak upload lak videonya...

No comments: