.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, January 31, 2011

setelah seminggu

seminggu di sekolah, aku hadir dengan perspektif berbeza. tiap ucapan salam murid seolah memberi aku semangat baru. bayangkanlah betapa banyaknya semangat yang aku dapat setiap hari....

insyaALLAH, semoga dipermudahkan...

namun begitu, masih banyak yang perlu diperbaiki, dipelajari...

seminggu di bumi Muar, aku belajar mengurus paelajar lelaki kelas hujung dan juga penyejuk hati pelajar perempuan kelas 1 A... Heheh.. tapi 2C dan 2D memberi aku pengalaman yang berbeza dan mahal harganya... terima kasih students cikgu...

semoga semuanya berjalan lancar... amin...

Wednesday, January 26, 2011

SIAPA KAUUU???

Tag dari Ellen. Sebab baru hari ni aku dapat nyawa, hari ni baru aku jawab....

1. SIAPA KAU SEMALAM?

Semalam aku seorang guru praktikal yang cuak memikirkan macamana nak mulakan P&P and tackle student kelas terakhir dan kedua akhir. Boys form 2... Sebab aku mengajar KH pilihan Sains Pertanian.

2. SIAPA KAU TAHUN LEPAS?

Tahun lepas aku adalah student UPM bagi Diploma Pendidkan Sains Petanian. Setelah setahun menganggur...

3. SIAPA KAU 5 TAHUN LEPAS?

5 Tahun lepas, aku merupakan kekasih pertama dalam hidup my prince. dan masih lagi kekasih pertama my prince. Tahun ni ulang tahun kelima kami. Ehh, jawapan terpesong... Ok, 5 tahun lepas aku di SMKTM buat tahun ke-7nya dan sedang strugle gile2 untuk amek STPM Science Stream. Dan kau salah seorang dari 9 calon sains yang mendaftar dan akan menduduki SPTM di Besut.

4. SIAPA KAU 10 TAHUN LEPAS?

Cuak nak tulis ni, tapi sebab Ellen paksa jawab tag ni, aku tulis jugak. 10 tahun lepas, aku calon PMR SMKTM. Tahun di mana cinta pertama berputik tapi tak sempat bebrbuah... Huahuahua.. Wehh Serim, kalau ikut janji kau dulu, tahun ni kau nak kawen dengan aku!!! Haha... Tak sangka aku begitu gedik sekali bermain cinta di usia 15 tahun. Tak kemananya... Dan aku ditinggalkan selepas 4 tahun couple.. Sebab serim berubah hati kepada Nurul Athirah Mohamed. Tapi cinta dia dan Athirah pun tak ke mana jugak.. padan muka!! Hahaha... Kena sekali sorang okey... So, 0-0. hehe..

5. SIAPA KAU DI KALANGAN KAWAN2?

Kaki mechok sampai dapat gelaran Queen of Mechok. Emo kalau nak sampai masa bulan mengambang. Pendiam kalau aku tak kenal orang. Tak reti stop bercakap kalau dah lama kenal. Keras kepala. Aku rasa yang ni, aku tak tulis pun takpe. Kawan-kawan aku dah cukup kenal dah... Kannnn?

6. SIAPA KAU DI RUMAH?

Kakak no. 2 yang garang. Tapi tu dulu... Sekarang aku dah baik dah... Tak caya, tanya adik2 aku....

7. SIAPA KAU KALAU BERCINTA?
Manja, kuat cemburu, tak pikir panjang, kalau dah tak suka aku cakap je.

8. SIAPA KAU KALAU MARAH?
Aku lupa diri tapi sekarang bila dah tua, aku ingat Allah bila marah. Muhasabah diri... Kalau dulu, aku laser aje orang tak kira sape. Cikgu pun pernah kena. 3 cikgu kalau tak silap. Buat cikgu-cikgu semua, saya bakal jadi cikgu, maafkan saya, doakan saya... (Tau takuttt!!!)

9. SIAPA KAU 5 TAHUN AKAN DATANG?
InsyaAllah, bakal jadi guru, ibu dan isteri... Kan, yangg!!!

10. SIAPA KAU TAG LEPAS NI??
Hafidza dan sape2 saja yang follow aku..


Sorry, Ellen. AKu jawab simple2 je. AKu tercampak di ceruk dunia yang takde line GPRS, xde cab and takde bas lalu lalang. Nanti kalau dapat nyawa lagi aku improve.. hehe.

Dapat nyawa...

Hmm, setelah 6 hari di bumi Muar, baru hari ni jumpa internet. Sungguh sadis. Tu pun sebab mengajar student KH dalam lab komputer. Usai kelas, cikgu pun... apa lagi... Huhuhu....

Kesimpulannya,

1) sekolah ni best.
2) student sekolah ni, best.
3) cikgu sekolah ni, best.
4) makanan kat sekolah ni tak berapa best.. Hehehe...

Hari ni hari kedua masuk kelas dan hari pertama mengajar. Semalam masuk kelas buat pertama kalinya dan berkenalan dengan student. Sangat banyak yang perlu diimprove dan dipelajari dari senior-senior...

Doakan aku...

Sangat rindukan my prince... Dah lama tak jumpa. Kalau UPM dulu, sakan kauu.. Tiap dua malam jumpa. Sekarang rasa lah... Hahaha! Takpe, kita savings untuk kawen. Cehh, gedik...

Friday, January 21, 2011

Muar, here i come....

Hari ni bertolak ke Muar untuk menjalani praktikal selama 3 bulan. Macamana la nak mangajar student sekolah menengah ni... sangat cuak... dah la takde pengalaman....

Friday, January 14, 2011

Blog update

Blog takkan di update untuk jangka masa yang lama kot....

Sebab aku akan mula praktikal di Muar.

Dan tak sure lagi akan guna broadband atau tidak...

Mesti rindu nak baca blog2 yang aku follow tu...

Sedihnya...

Friday, January 7, 2011

takde tajuk

  1. Syukur alhamdulillah, i have you as my friend. A friend that i shouldn't say anything but understand everything bout me...Thank you very much. Cuma ALLAH SWT yang mampu membalas segala jasa kamu. Maafkan aku, aku tak mampu membalasnya kerana aku tak ada apa-apa... Jazakallah hukhairan
  2. Rasa gembira kerana refleksi aku terpilih menjadi refleksi ke-5 yang diletakkan di dalam blog Dr. Shaffe iaitu pensyarah Kajian Tindakan kami, deriakacamata. Bukti??? Here you are... (klik untuk pembesaran maksima)
Untuk renungan bersama dan peringatan untuk diri sendiri

Tuesday, January 4, 2011

E'day Pics Update

Malas nak cakap banyak. Aku demam dan selsema. Puncanya cuma satu. Dua malam lepas keluar makan dengan my Prince, then gedik nak makan kuetiaw kungfu. Kan dalam dia ada udang n sotong. My Prince memang tak makan seafud sebab dia memang pantang. Tapi aku ni je yang nak tunjuk ganas. Heheh.. Padahal dua-dua memang ada resdung.

Pagi esoknya, terus selesema. Then malam tu, rasa nak demam. Tapi tak boleh nak buat apa dah. Sebab dah terlanjur makan.. Pastu baru kenal erti serik. Tapi serik aku ni biasanya tahan seminggu je.. Hehehe...

Maghrib semalam, my BFF aka photographer datang hantarkan pic tunang. Tapi dia tak sempat nak edit pun sebab external hardisc dia got problem n petang tu baru dapat recover balik.

So, layan je la...

The photog aka besties ~ Dayang

Ijea (mak andam comel) with Yaa, Wa aka besties and Adek

Orang kuat majlis. Che Da (tolong siapkan kain aku masa aku tgh mekap...hehe), Uteh (reka pelamin and hantaran), Kak Long (kemas rumah), Che Jah (teman aku gi topup barang yang tak cukup untuk majlis)

Luv dis pic

Besties (tq darling sebab sanggup balik dari Sintok for my big day)

Adinda dan cuzzy

Me yang demokz..

Umi and abah (additional tu, adik ex-jiran)

Orang sebelah aku tu baru ilang gigil. Tu yang baru leh senyum tu.. hehe...

Us

Both parents

From me to him strawberry choc cake tak sampai lagi time ni)

From him to me (The bluberry cheese tart di sponsor oleh my Great Teacher Zubaidah)

My Prince tengah cuak

Me with future mom in law

The prime time

My prince masa baru sampai.. (Owh, melting)

Besties Ilah and Erah (and kawan ilah yang kt depan tu)


Tu je... doakan semuanya berjalan lancar dan diredhai ALLAH... Amin...

Monday, January 3, 2011

Assignments Update

Alhamdulillah, berjaya menyiapkan 3 assignments untuk subjek Kaedah Mengajar. Ehhh, ke subjek Pengajaran Mikro??? Haku confuseddddddd~

Tapi takpe, asal siap.

Assignments yang telah siap:
  1. Sumber pengajaran Sains Pertanian (Pengairan Titis - Ni part aku je. Tapi pastu combine dengan my groupmate punya part - Pengairan Percikan)
  2. Rancangan Pengajaran Sains Pertanian 40 minit.
  3. Rancangan Pengajaran Pengajian Agroteknologi 80 minit (Amali)
Assignment left (Can u see there's no 's' at the end of assignment word???? Hohoho~ I like):
  1. Proposal Kajian Tindakan (Sempat tak aku siapkan dalam masa 3/4 hari? InsyaALLAH, sempat. My groupmates, dont worry...)

Tinggal lagi dua minggu untuk menghabiskan sisa-sisa masa di bumi UPM. 10-14th Jan 2011 akan menduduki peperiksaan akhir semester terakhir. Dan 15 Jan 2011, insyaALLAH akan berangkat pulang ke tanah air... Cesssss! Ferasaaaannnn... Tapi my coursemate kawen on 16th Jan. Caneeee???? Niat memang nak attend... Tapi, tengok la cane.

Sigh~ Tetiba sebak.

Banyak yang aku belajar di sini. Erti kehidupan, erti setiakawan, erti persahabatan, erti berdikari, erti cinta sejati. Terima kasih kepada semua yang menjadi guru dalam kehidupanku... Hanya ALLAH yang mampu membalasa jasa kalian. Jauh atau dekat jarak fizikal dan hati kita, ia takkan mengubah kasih sayangku terhadap kalian. I love you all. I really mean it.

Sunday, January 2, 2011

Fawwaz Pics

Hmmm, baru je balik dari tengok Fawwaz di Hospital Pusrawi Kota Damansara. Puas makan langsat baru jumpa... Adohai Yunie, kenapa la ko pilih hospital yang susah sangat nak pergi... Hehehe...

Tadi pergi dengan Syid and Kak Nis. So comel they are... Humble i seketika... Hehe..

Cik Syid with Fawwaz


Cik Egie With Fawwaz


Me with new eyeliner and blusher....

Comel kan Fawwaz. Kecik je. 2.7kg... Hmmm, tak sangka my BFF dah ada baby dah. Muda-mudalagi dah ada anak... Best betul.

Btw, cantik tak aku mekap? Best tau pakai Elianto poducts. Hahaha... Ase nak gelak la pulak. Sebabnya aku mekap beria tu adalah...

Jeng! Jeng! Jeng!

Haku tak mandiiiii!!!!

Hampeh betul la hostel. Tetiba takde air pukul 11 pagi tadi. Semua blok plak tu. Kul 12 tgh Syid sms gitau dah nak sampai. Makanya, lap aje la badan dengan tuala lembab. Nasib baik ada mineral water botol besar. Boleh jugak la cuci muka. Gigi dah berus pagi-pagi lagi.

Takde la nampak sangat aku tak mandi kannn??? Heheh...

Kesian Fawwaz bau Cik Egie yang marvelous nih.. Segelen aku sembur Imari Silk. Huhu~

Gambar mama Fawwaz? Sorry, gambar mama Fawwaz adalah exclusive. Takleh ditayang di mata umum...

My Prince, kita punya turn, bila????

The warmest welcome to Muhammad Fawwaz Arsyad

My bff dah selamat melahirkan baby boy pada 3.50 pagi, 02/01/2010 iaitu hari ni... Wahh, patut pun Fawwaz postpone 2 hari nak tengok Auntie Egie, rupanya sebab nak dapat birth date cantik... Gedik ahh Fawwaz.. Hehehe...

A big congratulation to Nurul Ayuni dan Mohd Firdhaus for becoming a mommy and daddy....

Gambar akan di update later sebab aku akan pergi melawat Fawwaz and his mommy tengahari atau petang nanti bersama Mursyidah. InsyaALLAH.

Ni yang tetiba rasa gedik nak kawen cepat ni... Hehe... My prince sila take note ya... NAK KAHWIN CEPAT!!!!

Buat Muhammad Fawwaz Arsyad bin Mohd Firdhaus, be a good son ya....

Saturday, January 1, 2011

salam tahun baru.... 1/1/11

Tasik tempat kitorang selalu breakfast and dinner. Cantik, kannnn?? Tapi kalau dinner makan kat kedai la...

Bajet artis. Tak mau langsung kalau nak ambik gambar. Tu yang photographer time tunang ase nak cubit-cubit je dia supaya tak stiff masa posing.

See! Tak yah stiff-stiff depan kamera. Bukan luak punnn. Kannn???

Our breakfast. Nasi goreng bakar. Ngeee!

Salam 1 Januari 2011... Date cantik lagik. Kalau kawen on this date ni, best ni... Tapi, such a long way to go.

Sempena 1 Januari ni, aku tak de buat pape pun.... Cuma keluar berpoya-poya dengan my Prince di Mines jek... Tak de tempat lain dah. Kalau tak Mines, pergi JJ Balakong. Sesekali je pergi Sogo and The Mall. Tak pe la, duit bukan ada banyak pun....

Awal pagi lagi my Prince dah request nak makan nasik goreng. Nasib nasik dah masak awal. Lepas subuh je terus kupas bawang, bersihkan ikan bilis, potong sayur... Dah siap semua bahan, DAMNNNN!!! Baru perasan minyak dah habis. Aduhai!!!!

Tapi sebab bawang dah tumbuk, bilis dah tumbuk, takkan tak masak kan... So, aku buat nasik bakar... Lalalala~ Siyes... Tak tipu. Memula aku masukkan bawang and bilis tumbuk dalam rice cooker. Biar air dia kering. Bila dah perang sikit, masukkan nasik dan kacau rata. Pastu masukkan serbuk perencah nasik goreng. Memang kering kontang. Tapi takpe, jadi suri rumah ni kena kreatif.. Huhuuhu... So, masukkan air sikit biar perencah tu sebati dengan nasik. Pastu, masukkan gula sikit. Garam tak payah. Then, masukkan sayur... Pastu letak bawang goreng segera banyak-banyak, then tutup dengan lid. Biar wap nasi melembutkan bawang goreng dan rasa dia akan sebati dengan nasik sebab bawang tumbuk tadi tak memberi apa-apa effect sedap.

Pastu, selawat tiga kali dan rasa.

Alhamdulillah, sedap jugak.

Ni nasik goreng versi paling sihat kot. Kehkehkeh... Padahallllll!!!!

Dah siap breakfast, terus pergi Mines.

Shopping la, apa lagi kannnn...

My Prince nak beli t-shirt and kemeja. Tapi ended up dengan aku dapat 2 helai baju... Hahaha! Tapi dia beli jugak baju dia. Mahal wehh baju lelaki nihhh... My Prince tu, memang jarang beli pakaian, tapi sesekali beli tu... Tak nak pandang dahhh baju longgok depan kedai yang ada less 70%, terus je menonong masuk dalam kedai pilih baju yang tergantung tinggi-tinggi... Telan liur kejap aku tengok harga baju yang dia pilih. Aku jugak la yang dapat t-shirt Giant RM 9.80 and singlet Reject Shop RM 4.50. RM 4.50 kauuuu!!!! Dia belanja, okehhh... Takpe, as long as cantik dan kualiti kain dia baik, aku redha... Hehehe... Aku memang cheapskate pun...

Tapi sebelum tuuu, aku dah beli eyeliner and blusher Elianto dah.... Dah lama nak try guna Elianto products sebab masa kat CCMF, tengok kak Nadia pakai products Elianto, macam cantik jugak. Then my 1-month-rumet pun pakai products Elianto gak. Pastu apa lagi, tengok Elianto ada sale, terus je rembat. Niat di hati nak beli BB Cream, tapi tak mampu... Takpe, nanti bulan depan, insyaALLAH... Untuk mekap masa praktikal nanti, tinggal lagi kena beli compact powder and lipstick ZA Lip Vibrante L6. Tu fave lipstick tuh. Dah dekat 4 tahun dah pakai. Color dia so nice. Nampak tak nampak je bila pakai. Tapi untuk compact powder, tengah wondering which compact powder to choose. Either Miyami or just like my old Maybelline Clear Smooth Extra. Advantage memang ada kat Maybelline la sebab dia ada SPF 20 dan Miyami takde SPF. Tapi, powder texture, Miyami lagi best kot... Aduhh, penin... Susah jugak jadi cheapskate nih... Kalau tak, dah lama rembat BB Cream and Miyami. Boleh combine... Takpe, kita save it as azam tahun baru... Ngeeee~

Lunch tadi, makan Chicken Rice with mushroom claypot again. Sedap jugak makan panas-panas dengan cili potong. Tapi kena share dua orang la. Kalau makan sorang, muak. And quite big portion. Tapi, asik lupa nak snap the pic.

Pastu, ceritera cinta dah berakhir dah untuk hari ni... Assignments berlambak menanti. Isnin ni dah kena submit. 3 assigments to submit on Monday. And another 1 is Action Research proposal to be submitted on Wed or Thurs.

Btw, salam takziah buat keluarga arwah FaizaL Yusop (ex-hubby Siti Nordiana) yang meninggal dunia kerana sakit jantung tengahari tadi. Alfatihah.

Makin ramai artis yang meninggal di usia muda kan.... Beringat-ingat lah... Pesanan untuk diri sendiri juga.

Wallahuallam.

Sedih nak tulis, tapi tulis jugak la... Lagi 15 hari masa untuk bersama dengan my Prince. 15 Jan, aku dah balik kampung. Then 24 Jan dan start praktikal kat Muar. 3 bulannnn.... Pastu, aku balik kampung lagi tunggu posting. Nanti tak de masa la nak kua sama-sama. Takde masa lagi nak masak untuk dia. Tak de masa lagi nak teman dia dinner. Tak de masa lagi nak bergurau cubit-cubit MANJA... Manja la sangatttt.... Sampai lebam member tu kena cubitan 'manja' aku.. Hehehe.. Nanti tinggal la my Prince sorang-sorang kat Balakong ni...

Hopefully, aku dapat posting awal. Nanti boleh kawen awal. InsyaALLAH...

Doakan tau...