.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, January 1, 2011

salam tahun baru.... 1/1/11

Tasik tempat kitorang selalu breakfast and dinner. Cantik, kannnn?? Tapi kalau dinner makan kat kedai la...

Bajet artis. Tak mau langsung kalau nak ambik gambar. Tu yang photographer time tunang ase nak cubit-cubit je dia supaya tak stiff masa posing.

See! Tak yah stiff-stiff depan kamera. Bukan luak punnn. Kannn???

Our breakfast. Nasi goreng bakar. Ngeee!

Salam 1 Januari 2011... Date cantik lagik. Kalau kawen on this date ni, best ni... Tapi, such a long way to go.

Sempena 1 Januari ni, aku tak de buat pape pun.... Cuma keluar berpoya-poya dengan my Prince di Mines jek... Tak de tempat lain dah. Kalau tak Mines, pergi JJ Balakong. Sesekali je pergi Sogo and The Mall. Tak pe la, duit bukan ada banyak pun....

Awal pagi lagi my Prince dah request nak makan nasik goreng. Nasib nasik dah masak awal. Lepas subuh je terus kupas bawang, bersihkan ikan bilis, potong sayur... Dah siap semua bahan, DAMNNNN!!! Baru perasan minyak dah habis. Aduhai!!!!

Tapi sebab bawang dah tumbuk, bilis dah tumbuk, takkan tak masak kan... So, aku buat nasik bakar... Lalalala~ Siyes... Tak tipu. Memula aku masukkan bawang and bilis tumbuk dalam rice cooker. Biar air dia kering. Bila dah perang sikit, masukkan nasik dan kacau rata. Pastu masukkan serbuk perencah nasik goreng. Memang kering kontang. Tapi takpe, jadi suri rumah ni kena kreatif.. Huhuuhu... So, masukkan air sikit biar perencah tu sebati dengan nasik. Pastu, masukkan gula sikit. Garam tak payah. Then, masukkan sayur... Pastu letak bawang goreng segera banyak-banyak, then tutup dengan lid. Biar wap nasi melembutkan bawang goreng dan rasa dia akan sebati dengan nasik sebab bawang tumbuk tadi tak memberi apa-apa effect sedap.

Pastu, selawat tiga kali dan rasa.

Alhamdulillah, sedap jugak.

Ni nasik goreng versi paling sihat kot. Kehkehkeh... Padahallllll!!!!

Dah siap breakfast, terus pergi Mines.

Shopping la, apa lagi kannnn...

My Prince nak beli t-shirt and kemeja. Tapi ended up dengan aku dapat 2 helai baju... Hahaha! Tapi dia beli jugak baju dia. Mahal wehh baju lelaki nihhh... My Prince tu, memang jarang beli pakaian, tapi sesekali beli tu... Tak nak pandang dahhh baju longgok depan kedai yang ada less 70%, terus je menonong masuk dalam kedai pilih baju yang tergantung tinggi-tinggi... Telan liur kejap aku tengok harga baju yang dia pilih. Aku jugak la yang dapat t-shirt Giant RM 9.80 and singlet Reject Shop RM 4.50. RM 4.50 kauuuu!!!! Dia belanja, okehhh... Takpe, as long as cantik dan kualiti kain dia baik, aku redha... Hehehe... Aku memang cheapskate pun...

Tapi sebelum tuuu, aku dah beli eyeliner and blusher Elianto dah.... Dah lama nak try guna Elianto products sebab masa kat CCMF, tengok kak Nadia pakai products Elianto, macam cantik jugak. Then my 1-month-rumet pun pakai products Elianto gak. Pastu apa lagi, tengok Elianto ada sale, terus je rembat. Niat di hati nak beli BB Cream, tapi tak mampu... Takpe, nanti bulan depan, insyaALLAH... Untuk mekap masa praktikal nanti, tinggal lagi kena beli compact powder and lipstick ZA Lip Vibrante L6. Tu fave lipstick tuh. Dah dekat 4 tahun dah pakai. Color dia so nice. Nampak tak nampak je bila pakai. Tapi untuk compact powder, tengah wondering which compact powder to choose. Either Miyami or just like my old Maybelline Clear Smooth Extra. Advantage memang ada kat Maybelline la sebab dia ada SPF 20 dan Miyami takde SPF. Tapi, powder texture, Miyami lagi best kot... Aduhh, penin... Susah jugak jadi cheapskate nih... Kalau tak, dah lama rembat BB Cream and Miyami. Boleh combine... Takpe, kita save it as azam tahun baru... Ngeeee~

Lunch tadi, makan Chicken Rice with mushroom claypot again. Sedap jugak makan panas-panas dengan cili potong. Tapi kena share dua orang la. Kalau makan sorang, muak. And quite big portion. Tapi, asik lupa nak snap the pic.

Pastu, ceritera cinta dah berakhir dah untuk hari ni... Assignments berlambak menanti. Isnin ni dah kena submit. 3 assigments to submit on Monday. And another 1 is Action Research proposal to be submitted on Wed or Thurs.

Btw, salam takziah buat keluarga arwah FaizaL Yusop (ex-hubby Siti Nordiana) yang meninggal dunia kerana sakit jantung tengahari tadi. Alfatihah.

Makin ramai artis yang meninggal di usia muda kan.... Beringat-ingat lah... Pesanan untuk diri sendiri juga.

Wallahuallam.

Sedih nak tulis, tapi tulis jugak la... Lagi 15 hari masa untuk bersama dengan my Prince. 15 Jan, aku dah balik kampung. Then 24 Jan dan start praktikal kat Muar. 3 bulannnn.... Pastu, aku balik kampung lagi tunggu posting. Nanti tak de masa la nak kua sama-sama. Takde masa lagi nak masak untuk dia. Tak de masa lagi nak teman dia dinner. Tak de masa lagi nak bergurau cubit-cubit MANJA... Manja la sangatttt.... Sampai lebam member tu kena cubitan 'manja' aku.. Hehehe.. Nanti tinggal la my Prince sorang-sorang kat Balakong ni...

Hopefully, aku dapat posting awal. Nanti boleh kawen awal. InsyaALLAH...

Doakan tau...

No comments: