.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Wednesday, January 26, 2011

SIAPA KAUUU???

Tag dari Ellen. Sebab baru hari ni aku dapat nyawa, hari ni baru aku jawab....

1. SIAPA KAU SEMALAM?

Semalam aku seorang guru praktikal yang cuak memikirkan macamana nak mulakan P&P and tackle student kelas terakhir dan kedua akhir. Boys form 2... Sebab aku mengajar KH pilihan Sains Pertanian.

2. SIAPA KAU TAHUN LEPAS?

Tahun lepas aku adalah student UPM bagi Diploma Pendidkan Sains Petanian. Setelah setahun menganggur...

3. SIAPA KAU 5 TAHUN LEPAS?

5 Tahun lepas, aku merupakan kekasih pertama dalam hidup my prince. dan masih lagi kekasih pertama my prince. Tahun ni ulang tahun kelima kami. Ehh, jawapan terpesong... Ok, 5 tahun lepas aku di SMKTM buat tahun ke-7nya dan sedang strugle gile2 untuk amek STPM Science Stream. Dan kau salah seorang dari 9 calon sains yang mendaftar dan akan menduduki SPTM di Besut.

4. SIAPA KAU 10 TAHUN LEPAS?

Cuak nak tulis ni, tapi sebab Ellen paksa jawab tag ni, aku tulis jugak. 10 tahun lepas, aku calon PMR SMKTM. Tahun di mana cinta pertama berputik tapi tak sempat bebrbuah... Huahuahua.. Wehh Serim, kalau ikut janji kau dulu, tahun ni kau nak kawen dengan aku!!! Haha... Tak sangka aku begitu gedik sekali bermain cinta di usia 15 tahun. Tak kemananya... Dan aku ditinggalkan selepas 4 tahun couple.. Sebab serim berubah hati kepada Nurul Athirah Mohamed. Tapi cinta dia dan Athirah pun tak ke mana jugak.. padan muka!! Hahaha... Kena sekali sorang okey... So, 0-0. hehe..

5. SIAPA KAU DI KALANGAN KAWAN2?

Kaki mechok sampai dapat gelaran Queen of Mechok. Emo kalau nak sampai masa bulan mengambang. Pendiam kalau aku tak kenal orang. Tak reti stop bercakap kalau dah lama kenal. Keras kepala. Aku rasa yang ni, aku tak tulis pun takpe. Kawan-kawan aku dah cukup kenal dah... Kannnn?

6. SIAPA KAU DI RUMAH?

Kakak no. 2 yang garang. Tapi tu dulu... Sekarang aku dah baik dah... Tak caya, tanya adik2 aku....

7. SIAPA KAU KALAU BERCINTA?
Manja, kuat cemburu, tak pikir panjang, kalau dah tak suka aku cakap je.

8. SIAPA KAU KALAU MARAH?
Aku lupa diri tapi sekarang bila dah tua, aku ingat Allah bila marah. Muhasabah diri... Kalau dulu, aku laser aje orang tak kira sape. Cikgu pun pernah kena. 3 cikgu kalau tak silap. Buat cikgu-cikgu semua, saya bakal jadi cikgu, maafkan saya, doakan saya... (Tau takuttt!!!)

9. SIAPA KAU 5 TAHUN AKAN DATANG?
InsyaAllah, bakal jadi guru, ibu dan isteri... Kan, yangg!!!

10. SIAPA KAU TAG LEPAS NI??
Hafidza dan sape2 saja yang follow aku..


Sorry, Ellen. AKu jawab simple2 je. AKu tercampak di ceruk dunia yang takde line GPRS, xde cab and takde bas lalu lalang. Nanti kalau dapat nyawa lagi aku improve.. hehe.

No comments: