.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 28, 2011

'terbolas' seketika..



Kalau orang kelantan atau terengganu mungkin tahu apa yang aku maksudkan dengan 'terbolas' itu. Ya, hari tu Ahad lepas aku mengalami kejadian yang membawa kepada rasa 'terbolas'. Hehehe...

Ahad lepas, aku kan been alone kat rumah. Dah la rumah aku tu panas yang amat bila tengahari. So berangan la nak makan garden salad pizza hut. Makanya aku ke bandar. Sebelum tu singgah econsave dulu untuk membeli sedikit keperluan.

Pastu ke pizza hut and order for takeouts Garden Salad and Deli Wings.

Dah siap tu, aku menonong ke kereta.

Pastu aku tengok pintu bahagian driver tak berkunci. Pintu lain semua berkunci. Dah cuak dah masa tu... Pastu aku bukak je la tanpa guna kunci. Sekali bunyi alarm kauuuu!

Dalam hati aku, 'Aik bila masa keta aku ada alarm'. Maklum la kereta sisa orang je.. Hehehe...

Pastu aku tekan je kunci kat kereta dan tutup balik. Masa tu alarm still tak berenti berbunyi. Pastu masukkan kunci, tapi tak boleh pulas. Aku dah gelabah dah. Sekali aku perasan, 'Ehhh, apasal kereta ni kosong je? Apasal tak ada harta karun aku atas seat belakang??'

Pastu, baru aku perasan. 'Alamak, keta sape nihhhh? Mampus aku. Dah la kereta tu betul-betul depan pintu masuk pizza hut. Mesti sume orang pandang. Mesti cashier yang baru entertain aku tadi pun tengah pandang sama.... Ohhh, ketermaluan seketika.

Masa tu aku dah pandang kiri kanan dah nak cari tuan punya keta. Tapi tak de. Pastu senyap-senyap aku berjalan ke kereta aku yang berjarak 2, 3 bijik keta. Ngeheheee.. Gila la kereta tu. Dah la sebijik macam keta aku. Plat pun dekat-dekat je. Dah la aku memang tak hafal plat keta. Yang aku tahu platnya JH kat depan. Yang belakang tu, aku abaikan sajerrr... Dan malangnya kereta tu pun berplat JH~ something. Hampesssshhh!

Keterbolasan seketika tau. Dan bila masuk kereta, aku bertenang seketika sambil gelak-gelak keterbolasan, aku dengar alarm kereta tu dah senyap. Mesti tuan dia tengah makan pizza kannnn... Malu i tauuuuu!

So, moral of the story~

  • Sila hafal plat kereta kauuuu!
  • Sila ingat kat mana kau parking kereta.



Sekian untuk hari ini...








NOTA KAKI: Keterbolasan = perasaan malu akibat tersalah langkah. Tapi perkataan ni membawa banyak maksud. Lain orang, lain penggunaannya... Errrr, aku tak reti nak translate sebenarnya..

Saturday, February 26, 2011

Keboringan!



Again and again...

Being alone at home...

Walaupun banyak kerja tak siap, tapi Encik Mood tak datang-datang.

Takkan la nak kena invite dengan red carpet and card bagai kotttt....

Alahh, ngaku je la kau memang femalassshhhh..

Hehehe...

Pagi tadi, lepas subuh cuba nak tido balik. Tapi tak ngantuk pulak.

Eisyyyyhh, geram betul. Kalau weekdays, time subuh tu, macam ada orang tarik-tarik aje kelopak mata supaya tertutup. Tapi bila weekends, tak ngantuk pulakz.

Pastu bangun bersihkan rumah, mop. Rumah ni cepat berhabuk. Kalau sapu and mop pagi, petang tu dah rasa debu melekat di kaki. Mungkin sebab rumah dekat dengan jalan raya. Laluan lori pulak tu.

Ok, then masuk dapur rebus spageti. Goreng macam biasa. Favourite my family and i nih.. Ayamas Sausages Olio. Prawn ada, tapi kan aku dah cakap, aku pemalas.

Pastu my hosmet bangun, dia buatkan teh o panas. Nasib baik my spageti kena dengan her taste buds. Lepas tu dia bersiap-siap nak jumpa her hubby. Hemmmphhh, being alone lagi..

Takpe2, lepas kawen nanti, no more being alone kan yanggg.. Hehehe, gediks.

Rasa nak list down things to do la.. Kalau tak aku lupa...


  1. Annual lesson plan
  2. Self reflection
  3. Powerpoint for my student. (masalahnya aku tak suka guna bilik komputer or bilik apa-apa aje yang memerlukan my students off their shoes. Haku tak tahan dengan bau~)

Ehhh, tu je ke??? Tapi percaya la, walaupun kau nampak 3 aje, tapi banyak giler tuuuu...

Tetiba rasa nak minum Special Lime from San Francisco.. Urrrgghhh, sedapnya minum time panas-panas ni..

Hmm, semalam aku buat kije giler. Takde la gila mana pun. Semalam, lepas je abis waktu sekolah, about 11.50 am cmtu aku terus ke Econsave yang jauhnya hampir 25 minit dari rumah semata-mata nak withdraw duit dengan mesin ATM CIMB. hehe.. Padahal ada Maybank yang lagi dekat dari rumah.. Heheh.... Pastu otw balik, baru perasan aku lupa nak withdraw the amount for rent fee.... OMG... Esok kena pergi lagi la ni... Saje je kannn... Dah la masa otw balik, i stuck in traffic jam for 15 minutes. padahal biasa, xpenah pun jem. Nak test level kesabaran aku la tu..

Sekian .. idea block again..

Thursday, February 24, 2011

Oreo Pudding Recipe Requested by Nieja..

Nahh, guna nama Cik Nieja kita for the title... Kalau tak glemer lagi, tak tau la... Ok, takmo cakap banyak, meh kita tengok resipi Puding Oreo.

Ok, ni resipi sebenar yang diberi oleh my x-coursemate, Kak Atie.

1) masak 1 peket agar dgn air ( sukatan air: agak2 agr2 tu terendam) sehingga cair

2) masukkan 13 sudu milo, 8 sudu gula n 1 tin susu cair
3) bila agak2 dh masak, asingkan 1/2 campuran td dlm bekas dn msukkn biskut oreo yg telh dipatah2kn. Yg 1/2 lg panaskan dgn mggunakan api yg kecil

4) Bila agar-agar dlm bekas dh agak2 sejuk, mskkan semua campurn td ke dlm bekas tersebut..
5) Simpan dalm peti ais n boleh dimakan...sedap2..huhu..

Tapi aku telah mengoter resipi jadi camni:


20 gram agar-agar strips

1 tin susu cair = 400 ml
1.6 liter air

gula ikut tahap kemanisan yang disukai milo lebih kurang 20 sudu
2 paket oreo (buangkan intinya)


cara-caranya:

1) panaskan air hingga mendidih, masukkan agar-agar hingga larut.

2) tambah susu

3) masukkan gula dan milo.

4)bahagi dua adunan

5) adunan pertama di masukkan dalam acuan dan ditambah biskut yang dipatahkan.

6) adunan kedua dipanaskan menggunakan api kecil sambil menunggu adunan pertama sedikit beku.

7) setelah tu, curah adunan kedua ke dalam acuan adunan yang telah sedikit beku secara perlahan-lahan untuk membentuk dua lapisaN.

8) Sejukkan dalam peti, dan hasilnya walla!!!

Segan la pulak bagi resipi kat chef otai cam nieja tuhhhh... Apapun, we share as we care. Ahakz.

Aku diintip!!!!



Yes, i have been stalked by someone.

So scary... Urggghhhh.....

Eyhhhh!!! Dah,dah... Tak yah nak perasan lelebih.. Xde sape nak stalk kau la.... Huhu...

Sebenarnya i have been observe by PK 1. For 40 minutes T&L.

Banyak yang perlu di improve. Banyak ilmu yang perlu digali lagi. Yeah, i am a novice teacher to be, insyaALLAH...

Walaupun banyak perkara yang tak menyebelahi aku berlaku tadi, tapi aku tak nak salahkan orang lain. Yang penting, aku kena tambah ilmu, perbaiki diri untuk menghadapi saat-saat seperti tadi lagi...

Ya, tadi ustaz yang mengajar sebelum waktu aku, keluar lambat dari kelas, then student yang ambil KHB pilihan ERT juga ambil waktu untuk keluar dari kelas. Then, bila ada PK 1, tetiba all of my students become passive. Ohh, damn! And i just got 20 minutes to finish up my T&L (P&P) session. And it became worst when half of the class that taking KHB pilihan ERT berpusu-pusu masuk without asking for my permission and without greet me while i am struggling to make a summary for the T&L of that day at the end of the session. It was obviously showing my weaknesses in handling and controlling the students. OMG.. Give me the strenght to be a better teacher.

But fortunately, it was better to be observed first by the school teacher before my real supervisor from university come to observe my T&L. Cause i got so many comments and tips to improve my skills.

Tq for all that involved.

But my prince said, it it ok to be commented by PK1 that much coz it just a normal thing for a teacher to be and someone that just into this field for 1 month...

So, chaiyok Miss Polaris!!!

Tuesday, February 22, 2011

Hell Kitchen 1st Edition...



Hari ni buat pertama kali sebagai guru praktikal, aku mengendalikan amali masakan bagi kelas 2D. Kelas 2D ok.... Dari malam lagi aku dah rasa cuak sebab takut dorang takleh perform dalam bengkel masakan tu.

But it turned out good....

Cuma adalah masalah-masalah terpencil seperti lupa bawa bahan dan sebagainya.

Memang aku akui, aku dan my students lack of preparations for this cooking session. Mungkin kerana masa yang tak mengizinkan dan pelbagai kebetulan yang menjadi batu penghalang.

Dan juga mungkin juga kerana ini adalah pengalaman pertama buat aku mengendalikan amali.

Bukan perkara senang untuk mengendalikan pelajar-pelajar lelaki yang excited untuk memasak. Sepanjang waktu amali, penat aku menjerit sebab kalau aku cakap secara berlemah lembut, diorang ingat aku bergurau gamaknya.

Malas nak cakap banyak, mari kita tengok gambar.
Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption

Add caption


Buttttttttt!

End of the session, i was completely exhausted maybe for the non-stop shouting. Hehehe.. But seriously i was worn-out then. Hopefully the next cooking class would be more heart calming..

InsyaALLAH.

Monday, February 21, 2011

for the first time




Very love this pic sebab ilusi optik telah menampakkan my prince lagi gemok dari aku....







Penambah kalori untuk my prince yang tak sempat breakfast. So he shud take de brunch...



Semalam, buat kali pertama my prince datang ke Muar mengziarahi tunangnya ini. Ecehhh... Gedik..

Dan sangat la pathetic bila dia terkena larva gunung berapi aku yang dua tiga hari ni sering menggelegak. Bahana bulan bakal mengambang gamaknya... Huhu..


Tetiba ideo block.. nnt aku smbung lagi.. Ecehh, bajet ramai orang nak baca blog haku.. Hohoho..

Ok, ni sambungannya....

Nak tunjukkan betapa horrible-nya aku on that day, aku boleh ngamuk-ngamuk dengan my prince sebab dia tak tengok peta yang aku mintak dengan kak miza untuk ke BP tapi dia cuma tengok signboardnya.. Sudahnya kami ke BP tapi tak lalu Parit Sulong. Lalu jalan lain. Bila sampai je pusat bandar BP, aku dah tahu nak ke mana lagi dah sebab hari tu Kak Miza bawak aku ke BP lalu jalan lain. Then we ended up dengan balik semula ke Muar n tak stop kat mana-mana kat BP tu.. Gilerrr, kann?? MMembazir je drive 2 jam... Then singgah masjid solat zohor jap, pukul 3.30 bertolak ke Muar. Then we ended up pergi Wetex je. Tu pun setengah jam je sebab by 4.30 aku dah kena hantar my prince ke bus station sebab bas dia pukul 5.

Dah tu kat Wetex pulak aku menyentapkan diri bila order Beef Prosperity, si tukang ambik order tu kata tak ada curly fries pulak. Pastu dia kata akan tukar dengan fries biasa. Aku jawab, boleh la... Pastu tetiba yang aku dapat, beef prosperity je... Mana friesnya??? Pastu dia kata, tadi akak kata tak nak. Ehhh!! Bila masa aku kata??? Tapi aku cakap dalam ati je... Malas nak cakap banyak, aku bayar aje. Tapi opkos muka dah takde manisnya.. Ohhh, sungguh taufan aku 2,3 hari ni... Tak selesa dengan diri sendiri...

Tak puas hati betul la jumpa kejap je.. Silap masa my prince datang jumpa aku. Kesian dia... Pastu dah hantar dia balik, terus banjir sepanjang jalan balik ke rumah. Tau pun keras kepala, degil. Tadi depan dia nak tunjuk perangai jugak. Tau la emotionally unstable. Macam kau sorang ada perasaan. Marah betul aku dengan diri sendiri..

Pastu mula la mintak maaf macam nak mati esok dengan my prince.. Sorry ye yayang... Nanti kita pilih tarikh dating elok-elok ya...

Tapi, nasib baik dia kata my Olio Spaghetti, hot Radix and Oreo puding sedap... Sejuk ati, tauuuu... Hohoho..

Cowie ye yayang...

Love you so much...

Boleh letak gambar gedik takkk??? Here you are... Hehehe..


Friday, February 18, 2011

Tebuan Hijau...



Yeahhh, setelah sekian lama meninggalkan dunia penontonan wayang, hari ini aku kembali menjejakkan kaki ke cinema.... Movie yang bertuah adalah Green Hornet... Beshhh... Tak tau la kot-kot aku rasa best sebab dah lama tak feeling2 tengok movie nih...

Kali ni menonton di Batu Pahat... Bersama hosmet and colleague...

Dan sebelumnya menambah kalori dalam badan di Kenny Rogers Roaster.... Sedap la pulak aku rasa KRR nihh... Padahal dulu tak berapa suka.. Tapi aku rasa aku prefer KRR to Nandos...

Pastu balik la... Pe lagi kan...

Tapi tadi, masa nak bersiap ke BP, kemain aku cepat-cepat mandi. Pastu gitau hosmet;

'Akak, saya nak solat jap eh.'

'Ok, xpe2...'

Dah siap solat sume. Baru nak sarung tudung. Tetiba...

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!!!

Masjid sebelah rumah melaungkan azan....

'Akakkkkk!!!! Baru azan....'

'Hehehe... Kau solat la balik....'

Dan aku solat zohor 8 rakaat hari ni... Huuhu.. Tu la akibatnya bersiap tak tengok jam...

Tuesday, February 15, 2011

Di mata dan di hati

Kadangkala dalam hidup ini kita jarang mensyukuri nikmat Allah. Serasa kitalah yang paling malang apabila dugaan melanda. Dan kita terkadang lupa mengucapkan Alhamdulillah apabila kita bergembira dan berbahagia.

Terkadang, kita lupa. Begitu cantik Allah mengatur kehidupan kita. Dia memberikan kita peluang untuk rasa derita, dan kemudian menggantikannya dengan rasa bahagia. Supaya kita lebih menghargai kegembiraan itu.

Terkadang, kita lupa untuk dekat dengan Allah apabila terlalu asyik menghitung saat bahagia. Dan kerana ALLAH begitu menyayangi kita, Dia berikan derita. Supaya kita kembali sujud padaNya, kembali akrab denganNya, kembali mengadu kepadaNya, kembali bergantung harap padaNya. Begitu kuat cinta Allah pada hambaNya, namun terkadang kita masih juga alpa.

Kalau boleh, dalam hidup ini kita mahu semua impian kita termakbul. Namun ALLAH yang Maha Tahu hanya akan mengkabulkan permintaan kita apabila Dia merasakan itu yang terbaik untuk kita, kehidupan kita, dan pengakhiran kita. Dan bila impian kita tak tercapai, ketahuilah, Allah Maha Tahu bahawa sesuatu itu buruk untuk kita, kehidupan kita dan pengakhiran kita.

Dan bila kita berdoa, sematkan dalam hati dan ingatan. Allah menjawab doa kita dengan tiga cara. Pertama, mengkabulkan doa kita dengan segera. Kedua, menundanya ke saat yang Dia rasakan paling sesuai kita mendapatkan sesuatu itu. Dan ketiga, tidak mengkabulkan permintaan kita dan menggantikannya dengan sesuatu yang Dia tahu paling sesuai untuk kita. Allah Maha Tahu.

“BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU, DAN BOLEH JADI PULA KAMU MENYUKAI SESUATU PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU. ALLAH MENGETAHUI SEDANG KAMU TIDAK MENGETAHUI.”

SURAH AL-BAQARAH, AYAT 216.

Dan aku benar-benar mensyukuri apa yang ALLAH aturkan untuk aku selama aku bernafas di buminya ini. Derita yang Dia berikan, sentiasa diubati dengan manisnya pengalaman dan menguatkan semangat aku untuk terus hidup di bumi ini.

Biarlah ramai yang tidak mengetahui kebenarannya, tapi aku yakin, ALLAH Maha Tahu.

Manusia yang tidak sesuai untuk kita jadikan sahabat, Allah akan menjauhi kita dari mereka. Kerana ALLAH Maha Tahu. Syukur kepada ALLAH kerana memberikan aku kesempatan untuk muhasabah diri, berdikari, dan menjadikan pengalaman yang lalui sebagai sempadan hidup. Syukur kerana ALLAH berikan aku peluang untuk mengakui kesilapan diri, dan memaafkan mereka kerana aku juga bukan manusia sempurna. Alhamdulillah.

Dan semoga ALLAH berikan mereka petunjuk dan hidayahNya kepada mereka. Walaupun mereka ada segalanya dalam dunia ini di mata dunia, tapi belum tentu mereka ada segalanya saham untuk dunia selepas ini.

I love the Kak Peeja Burhan words.
"It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not." and "Being nice has nothing to do with being two-faced, cause kindness comes from the heart, not from the face."
Yeah, those are absolutely rite. Renung-renungkan..

Ye, kadang-kadang aku terdiam, tergamam, terkelu bila melihat seseorang yang membenci seseorang itu di belakangnya boleh memuji, bermanis muka, dan bermanis madah di hadapan mereka yang dibencinya. I wont call it hypocrite. But i thought, if they hate her, just leave her alone. Dont bother bout her. Dont talk bout her. Dont be curious bout their life and their achievement. And if they cant praise her for her achievement sincerely, just do nothing. It is better for you and her. And for the eyes that viewing.

Dan terkadang, aku lupa mereka yang baru aku kenali bukanlah sahabat sehidup semati yang aku kenali di zaman lampau. Rupanya kegembiraan aku hanyalah menjadi penyakit di hatinya... Maafkan aku kerana berkongsi semuanya denganmu..

Walau siapa pun dia dan pengakhiran kisah kami, dia tetap menjadi manusia pertama yang aku paling bergembira hati bila pertama kali bertemu dengannya..

Akhir kata, kita akan belajar lebih banyak tentang sesuatu perkara itu dengan melaluinya berbanding mempelajari semua peta di seluruh muka bumi ini...

Wallahuallam.

Monday, February 14, 2011

Penyejuk hati penawar jiwa

Hari ada aku mengajar satu waktu je. Pelajar ERT 1A. Sangat suka mengajar dan melayan mereka. Tak sedar masa berlalu...

Sekarang ni, asyik fikir macamana nak tackle student SPT form 2C and D...

Ya Allah, tunjukkan aku jalanMU yang lurus...

Kerja gila....

Me, my mom and the bride and groom

My mom and my drama queen sister

My little sister with de little cuzzy, Irfan

The bride nak amek aura baby...

The little pengiring... All of them are my cuzzy and my sister too...

Kelmarin dan hari sebelumnya, aku buat kerja gila... Tanpa pengalaman, dan tak pernah tahu jalan aku ke Melaka seorang diri dan seterusnya ke Gemencheh berbekalkan lakaran peta dan pesanan penaja dari my sayang n my hosmet. Semata-mata nak jumpa umi di majlis resepsi sebelah pengantin lelaki yang mengahwini my aunt pada 3 Februari lepas.

Sempat la jugak makan langsat dua kali. Hehe...

Ada perkara tak best sikit terjadi... Malam berinai besar tu, my family sume tahan nangis sebab kecik hati dan nak marah bila my auntie dipaksa buka tudung untuk pakai baju tradisional minangkabau... My auntie pun bersanding sambil kejip2 mata tahan nangis. Sikit pun dia tak senyum. Then untuk persalinan kedua, my autie pakai tudung sendiri yang tak berapa nak in dengan baju, tapi sebab tak mau tambah dosa sendiri dan dosa hubby, dia pakai jugak. Barulah berseri tersenyum atas the dais..

Mak andamnya pulak pondan. Tapi bukan macam pondan yang biasa jadi mekap pengantin macam yang aku selalu tengok tu. Yang ni nampak tak berapa kemas and bersih. Biasanya kan pondan ni, lagi kemas and bersih dari perempuan biasa.... Dah la asik dok pegang tangan my aunt, nak betulkan pose my aunt pun tak segan silu dok pegang bont~ my aunt la... Urrggh, geram betul kami sekeluarga....

Apapun, layanan dari family lelaki adalah superb for the first timer yang tak pernah berkenduri... Thanks and congratz for those who involved in that event..

Thursday, February 10, 2011

P&P yang hancussss....

P&P paling menghampakan hari ni. Walaupun cuma satu waktu (40 minit), walaupun kelas 2D. Bukan main aku tulis lesson plan siap-siap, bukan main lagi aku guna BBM yang dibeli dengan En. BBM masa kat UPM dulu, bukan main aku gi fotostat handouts untuk students aku. Bukan main lagi aku study untuk ajar students 2D cayang the simplest way to understand the lesson points.

Tapiiiiiiiiiiiiiii! Kecewa akhirnya.

Baru je aku setelkan set induksi, baru je nak start masuk points pertama, tetiba....

Segerombolan pelajar menyerbu kelas aku.

Aku macam; "Ehhh, kenapa ni?"

Si pelajar menjawab: "Cekgu tak ada."

Aku: "Ehh, kamu tak boleh masuk kelas saya. Pergi duduk bengkel la...."

Si pelajar: Cekgu XYZ suruh masuk kelas.

Then, aku terdiam. Takkan nak lawan senior kan.. Agaknya cekgu tu tak tahu aku guna kelas, tak guna bengkel or bilik komputer.

Aku: "Ok, kamu boleh masuk."

Kelas tetiba bergempita dengan campuran pelajar. Sungguh tak terkawal. Dah la handouts aku cuma ada 17 untuk students aku je. Macamana aku nak mengajar... Pastu my students yang duduk di barisan depan dan mula bangun nak bagi balik seat kat kawan dia. Memang aku suka kumpulkan pelajar di barisan depan supaya senang aku nak manage.

Then aku jerit: "Yang baru masuk, saya nak kamu duduk belakang. Students saya, duduk balik kat depan!"

Dan si lurus bendul pun berdiri sambil berbaris di belakang kelas. Adohai, 2D... Mencabar tauuu... Hehe...

"Ehh, kenapa berdiri? Kerusi ada kan? Duduk la di kerusi. Saya nak kamu diammmm!"

Makanya segala P&P tak dapat berjalan. Dan aku pun terpaksa menggunakan masa yang berbaki lagi 20 minit untuk membincangkan menu amali masakan yang sepatutnya dibincangkan setelah aku ajar teori hari ni... Tu pun, sampai nak pecah tekak aku menjerit. Mana nak kawal 2,3 orang students aku yang tak reti duduk diam tu lagi, mana nak suruh the new half students tu diam. Kuciwa...

Nasib baik PK 1 tak datang observe kelas aku walaupun dia dah bagitau awal-awal semalam. Syukur alhamdulilllah...

Kena banyak belajar lagi...

Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku...

Amin....

Petangnya aku dan Khairon diminta oleh guru pembimbingku untuk jadi empire Perlawanan Persahabatan dengan SMKPB. Rupanya sekolah classmates aku jugak. Sekolah kak Ghazi and Dat.

Memula cuak jugak bila cikgu tu suruh aku jadi pengadil. Kerja gile. Aku ni langsung tak tahu law pasal badminton nih... Elok-elok nak buat perlawanan persahabatan, kang jadi perlawanan pergaduhan sebab pengadil tak tahu law... Hehe... Pastu Cekgu Rizal datang sebagai penyelamat aku.... Hehehe... Seb baik.... Kena beli buku badmintonlah camni....

Ok, till then.

Tuesday, February 8, 2011

Refleksi minggu ke-3

Hari tu berkobar-kobar nak try kaedah baru mengajar kelas 2D yang Cekgu Zubaidah ajar, kan???? Then aku praktikkan semalam. Dan hasilnya... Yessss!!!! Berjaya. Senang sikit nak kawal kelas dan mereka lebih alert masa aku mengajar.

Nak tahu tak kaedah apa yang aku guna???

Aku taipkan nota untuk dorang tapi untuk keywords, aku buatkan ruangan kosong untuk dorang isi masa aku tengah ngajar. Dengan guna cara ni, masa untuk mereka tulis nota pun jimat dan aku dapat habiskan sukatan dan explain isi pelajaran dalam masa yang ditentukan. Ecehh, ayat skema cekgu-cekgi... Tapi, kalau tak caya, sila la cuba sendiri. InsyaALLAH, kalau anda sedang cari jalan nak handle students lelaki kelas hujung-hujung, boleh guna cara ni. Sebab Allah dah jadikan sesuatu perkara tu positif-negatif, makanya, bila pelajar anda MALAS, anda la yang kena jadi RAJIN. Hehe...


Ok, itu update untuk semalam. Apa pulak update untuk hari ni????

Untuk kelas 2C, aku mengajar seperti biasa sahaja. Tapi aku beli pemadam berbentuk smiley yang pelbagai berharga 60 sen seketul sebagai hadiah. Haruslah kan beli hati student supaya mereka tertarik dengan P&P yang kita buat...

Malangnya, ada dapat sikit pengajaran hari ni... Hari tu, sebelum cuti raya cina seminggu, aku mengajar tajuk REKABENTUK kelas 1A. Pelajar perempuan penyejuk jiwa. Then, bila aku dah habis mengajar, baru teringat dorang akan bercuti seminggu tapi aku tak ada idea nak bagi homework kat dorang. So, aku suruh dorang buat buku skrap rekabentuk. Simple je. Dan kesalahan aku hari tu adalah aku lupa nak memikirkan resources yang mereka ada untuk siapkan homework tu.

Then hari ni, cekgu subjek yang aku ambil alih tu datang bagitau aku ada students nangis2 sebab tak dapat siapkan homework tu sebab tak semua student yang berkemampuan. Yes, aku lupa rata2 student aku parents dorang bekerja biasa2 saja. Ramai yang bekerja sebagai petani, buruh, pemandu lori dsb... Ya Allah, rasa bersalahnya aku. Nasib baik cikgu tu datang tegur and bagitau. Tq akak...

Akak tu cakap, student 1A dan pulak perempuan, rasa takut kepada guru tu sangat kuat. Dan mereka kelas paling bagus, jadi keinginan mereka untuk siapkan homework tu adalah tinggi. Tapi bila dorang tak ada resources, mereka akan sedih...

Sangat guilty ok.. Takpe, esok aku akan inform pada mereka, mana-mana students yang tak dapat siapkan homeworks tu, no worries ok...

Yang lain2nya, sekolah ni sangat best. Dan aku semakin mencintai profesyen ini... Semoga tiada dugaan yang boleh mematikan rasa cinta aku terhadap kerjaya ini...

May ALLAH bless me... Amin..

Sunday, February 6, 2011

from jerteh to muar with love



Alhamdulillah, selamat sampai di Muar pada pukul 8.30 pagi setelah melalui perjalanan selama 10 jam.. Kali pertama berkongsi pengalaman bersama-sama menempuh perjalanan dengan kereta. Bergilir-gilir memandu... Such a nice journey in my life.. We wait for 5 years to experience this... Syukur alhamdulilllah, Allah Maha Pengasih...

Pukul 11 pagi, sampai di bandar Muar. Tapi tiket ke KL dah habis... Tinggal yang pukul 4 je lagi. Terpaksa la tunggu sampai petang... Tak tahu nak spend time kat mana kat bandar Muar selain Astaka tu. Tak habis explore lagi.. Tapi pukul 3 aku tinggalkan my prince with my bro kat sana, then aku balik rumah. Sebab sangat penat.... Malam tadi pun tido tiga jam je.. Tu pun tak lena. Tu yang mengantuk sangat. 45 minit menempuh perjalan balik ke rumah, tak berhenti air mata mengalir... Sangat berat hati nak lepaskan my prince balik. Sebab dah tahu dah tak boleh jumpa every 2 nites macam di Serdang dulu... Adohai... dugaan bertunang agaknya.

Apapun, hoping for better things ahead...

Amin.

Saturday, February 5, 2011

Eira Syazira's wedding...



Wah, tajuk kontroversi habis...
Padahal my last maternal auntie baru je selamat melangsungkan perkahwinan pada 3 Februari dan selamat bersanding semalam, 4 Februari. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.Gambar will be uploaded later.

Tak sabar nak kembali ke sekolah. Dah banyak ceduk ilmu dengan mak-mak sedara yang juga bergelar pendidik ni. Dan juga dari cekgu otai, Cekgu Zu. Banyak kutip tips nak handle pelajar kelas hujung. Tak sabar nak praktik. Harap-harap everything getting better.

Btw, malam ni aku bertolak ke Muar dengan my Prince and my brother. Nasib baik my friend tergerak hati nak tanya bila aku bertolak. Lepas tu dapat tau jalan yang pernah kami lalu dulu dah takleh guna sebab jambatan runtuh masa banjir few days back. Thanks dear.

Apapun, hoping for better things ahead...

Harap-harap my students siapkan homework yang aku bagi hari tu..

Aaminn....