.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 14, 2011

Kerja gila....

Me, my mom and the bride and groom

My mom and my drama queen sister

My little sister with de little cuzzy, Irfan

The bride nak amek aura baby...

The little pengiring... All of them are my cuzzy and my sister too...

Kelmarin dan hari sebelumnya, aku buat kerja gila... Tanpa pengalaman, dan tak pernah tahu jalan aku ke Melaka seorang diri dan seterusnya ke Gemencheh berbekalkan lakaran peta dan pesanan penaja dari my sayang n my hosmet. Semata-mata nak jumpa umi di majlis resepsi sebelah pengantin lelaki yang mengahwini my aunt pada 3 Februari lepas.

Sempat la jugak makan langsat dua kali. Hehe...

Ada perkara tak best sikit terjadi... Malam berinai besar tu, my family sume tahan nangis sebab kecik hati dan nak marah bila my auntie dipaksa buka tudung untuk pakai baju tradisional minangkabau... My auntie pun bersanding sambil kejip2 mata tahan nangis. Sikit pun dia tak senyum. Then untuk persalinan kedua, my autie pakai tudung sendiri yang tak berapa nak in dengan baju, tapi sebab tak mau tambah dosa sendiri dan dosa hubby, dia pakai jugak. Barulah berseri tersenyum atas the dais..

Mak andamnya pulak pondan. Tapi bukan macam pondan yang biasa jadi mekap pengantin macam yang aku selalu tengok tu. Yang ni nampak tak berapa kemas and bersih. Biasanya kan pondan ni, lagi kemas and bersih dari perempuan biasa.... Dah la asik dok pegang tangan my aunt, nak betulkan pose my aunt pun tak segan silu dok pegang bont~ my aunt la... Urrggh, geram betul kami sekeluarga....

Apapun, layanan dari family lelaki adalah superb for the first timer yang tak pernah berkenduri... Thanks and congratz for those who involved in that event..

No comments: