.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, February 10, 2011

P&P yang hancussss....

P&P paling menghampakan hari ni. Walaupun cuma satu waktu (40 minit), walaupun kelas 2D. Bukan main aku tulis lesson plan siap-siap, bukan main lagi aku guna BBM yang dibeli dengan En. BBM masa kat UPM dulu, bukan main aku gi fotostat handouts untuk students aku. Bukan main lagi aku study untuk ajar students 2D cayang the simplest way to understand the lesson points.

Tapiiiiiiiiiiiiiii! Kecewa akhirnya.

Baru je aku setelkan set induksi, baru je nak start masuk points pertama, tetiba....

Segerombolan pelajar menyerbu kelas aku.

Aku macam; "Ehhh, kenapa ni?"

Si pelajar menjawab: "Cekgu tak ada."

Aku: "Ehh, kamu tak boleh masuk kelas saya. Pergi duduk bengkel la...."

Si pelajar: Cekgu XYZ suruh masuk kelas.

Then, aku terdiam. Takkan nak lawan senior kan.. Agaknya cekgu tu tak tahu aku guna kelas, tak guna bengkel or bilik komputer.

Aku: "Ok, kamu boleh masuk."

Kelas tetiba bergempita dengan campuran pelajar. Sungguh tak terkawal. Dah la handouts aku cuma ada 17 untuk students aku je. Macamana aku nak mengajar... Pastu my students yang duduk di barisan depan dan mula bangun nak bagi balik seat kat kawan dia. Memang aku suka kumpulkan pelajar di barisan depan supaya senang aku nak manage.

Then aku jerit: "Yang baru masuk, saya nak kamu duduk belakang. Students saya, duduk balik kat depan!"

Dan si lurus bendul pun berdiri sambil berbaris di belakang kelas. Adohai, 2D... Mencabar tauuu... Hehe...

"Ehh, kenapa berdiri? Kerusi ada kan? Duduk la di kerusi. Saya nak kamu diammmm!"

Makanya segala P&P tak dapat berjalan. Dan aku pun terpaksa menggunakan masa yang berbaki lagi 20 minit untuk membincangkan menu amali masakan yang sepatutnya dibincangkan setelah aku ajar teori hari ni... Tu pun, sampai nak pecah tekak aku menjerit. Mana nak kawal 2,3 orang students aku yang tak reti duduk diam tu lagi, mana nak suruh the new half students tu diam. Kuciwa...

Nasib baik PK 1 tak datang observe kelas aku walaupun dia dah bagitau awal-awal semalam. Syukur alhamdulilllah...

Kena banyak belajar lagi...

Ya ALLAH, permudahkanlah urusanku...

Amin....

Petangnya aku dan Khairon diminta oleh guru pembimbingku untuk jadi empire Perlawanan Persahabatan dengan SMKPB. Rupanya sekolah classmates aku jugak. Sekolah kak Ghazi and Dat.

Memula cuak jugak bila cikgu tu suruh aku jadi pengadil. Kerja gile. Aku ni langsung tak tahu law pasal badminton nih... Elok-elok nak buat perlawanan persahabatan, kang jadi perlawanan pergaduhan sebab pengadil tak tahu law... Hehe... Pastu Cekgu Rizal datang sebagai penyelamat aku.... Hehehe... Seb baik.... Kena beli buku badmintonlah camni....

Ok, till then.

No comments: