.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, February 8, 2011

Refleksi minggu ke-3

Hari tu berkobar-kobar nak try kaedah baru mengajar kelas 2D yang Cekgu Zubaidah ajar, kan???? Then aku praktikkan semalam. Dan hasilnya... Yessss!!!! Berjaya. Senang sikit nak kawal kelas dan mereka lebih alert masa aku mengajar.

Nak tahu tak kaedah apa yang aku guna???

Aku taipkan nota untuk dorang tapi untuk keywords, aku buatkan ruangan kosong untuk dorang isi masa aku tengah ngajar. Dengan guna cara ni, masa untuk mereka tulis nota pun jimat dan aku dapat habiskan sukatan dan explain isi pelajaran dalam masa yang ditentukan. Ecehh, ayat skema cekgu-cekgi... Tapi, kalau tak caya, sila la cuba sendiri. InsyaALLAH, kalau anda sedang cari jalan nak handle students lelaki kelas hujung-hujung, boleh guna cara ni. Sebab Allah dah jadikan sesuatu perkara tu positif-negatif, makanya, bila pelajar anda MALAS, anda la yang kena jadi RAJIN. Hehe...


Ok, itu update untuk semalam. Apa pulak update untuk hari ni????

Untuk kelas 2C, aku mengajar seperti biasa sahaja. Tapi aku beli pemadam berbentuk smiley yang pelbagai berharga 60 sen seketul sebagai hadiah. Haruslah kan beli hati student supaya mereka tertarik dengan P&P yang kita buat...

Malangnya, ada dapat sikit pengajaran hari ni... Hari tu, sebelum cuti raya cina seminggu, aku mengajar tajuk REKABENTUK kelas 1A. Pelajar perempuan penyejuk jiwa. Then, bila aku dah habis mengajar, baru teringat dorang akan bercuti seminggu tapi aku tak ada idea nak bagi homework kat dorang. So, aku suruh dorang buat buku skrap rekabentuk. Simple je. Dan kesalahan aku hari tu adalah aku lupa nak memikirkan resources yang mereka ada untuk siapkan homework tu.

Then hari ni, cekgu subjek yang aku ambil alih tu datang bagitau aku ada students nangis2 sebab tak dapat siapkan homework tu sebab tak semua student yang berkemampuan. Yes, aku lupa rata2 student aku parents dorang bekerja biasa2 saja. Ramai yang bekerja sebagai petani, buruh, pemandu lori dsb... Ya Allah, rasa bersalahnya aku. Nasib baik cikgu tu datang tegur and bagitau. Tq akak...

Akak tu cakap, student 1A dan pulak perempuan, rasa takut kepada guru tu sangat kuat. Dan mereka kelas paling bagus, jadi keinginan mereka untuk siapkan homework tu adalah tinggi. Tapi bila dorang tak ada resources, mereka akan sedih...

Sangat guilty ok.. Takpe, esok aku akan inform pada mereka, mana-mana students yang tak dapat siapkan homeworks tu, no worries ok...

Yang lain2nya, sekolah ni sangat best. Dan aku semakin mencintai profesyen ini... Semoga tiada dugaan yang boleh mematikan rasa cinta aku terhadap kerjaya ini...

May ALLAH bless me... Amin..

No comments: