.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, February 28, 2011

'terbolas' seketika..



Kalau orang kelantan atau terengganu mungkin tahu apa yang aku maksudkan dengan 'terbolas' itu. Ya, hari tu Ahad lepas aku mengalami kejadian yang membawa kepada rasa 'terbolas'. Hehehe...

Ahad lepas, aku kan been alone kat rumah. Dah la rumah aku tu panas yang amat bila tengahari. So berangan la nak makan garden salad pizza hut. Makanya aku ke bandar. Sebelum tu singgah econsave dulu untuk membeli sedikit keperluan.

Pastu ke pizza hut and order for takeouts Garden Salad and Deli Wings.

Dah siap tu, aku menonong ke kereta.

Pastu aku tengok pintu bahagian driver tak berkunci. Pintu lain semua berkunci. Dah cuak dah masa tu... Pastu aku bukak je la tanpa guna kunci. Sekali bunyi alarm kauuuu!

Dalam hati aku, 'Aik bila masa keta aku ada alarm'. Maklum la kereta sisa orang je.. Hehehe...

Pastu aku tekan je kunci kat kereta dan tutup balik. Masa tu alarm still tak berenti berbunyi. Pastu masukkan kunci, tapi tak boleh pulas. Aku dah gelabah dah. Sekali aku perasan, 'Ehhh, apasal kereta ni kosong je? Apasal tak ada harta karun aku atas seat belakang??'

Pastu, baru aku perasan. 'Alamak, keta sape nihhhh? Mampus aku. Dah la kereta tu betul-betul depan pintu masuk pizza hut. Mesti sume orang pandang. Mesti cashier yang baru entertain aku tadi pun tengah pandang sama.... Ohhh, ketermaluan seketika.

Masa tu aku dah pandang kiri kanan dah nak cari tuan punya keta. Tapi tak de. Pastu senyap-senyap aku berjalan ke kereta aku yang berjarak 2, 3 bijik keta. Ngeheheee.. Gila la kereta tu. Dah la sebijik macam keta aku. Plat pun dekat-dekat je. Dah la aku memang tak hafal plat keta. Yang aku tahu platnya JH kat depan. Yang belakang tu, aku abaikan sajerrr... Dan malangnya kereta tu pun berplat JH~ something. Hampesssshhh!

Keterbolasan seketika tau. Dan bila masuk kereta, aku bertenang seketika sambil gelak-gelak keterbolasan, aku dengar alarm kereta tu dah senyap. Mesti tuan dia tengah makan pizza kannnn... Malu i tauuuuu!

So, moral of the story~

  • Sila hafal plat kereta kauuuu!
  • Sila ingat kat mana kau parking kereta.



Sekian untuk hari ini...








NOTA KAKI: Keterbolasan = perasaan malu akibat tersalah langkah. Tapi perkataan ni membawa banyak maksud. Lain orang, lain penggunaannya... Errrr, aku tak reti nak translate sebenarnya..

No comments: