Wednesday, March 30, 2011

Dia muncul kembali...

Setelah hampir 3 tahun, dia muncul kembali....

Menge'add' FB aku...


Sebelum ni, nampak bayang dia pun boleh buat aku rasa down... Sebelum September 2005 la.... Sebab lepas tu aku dah ada my Prince... Heheh..






Monday, March 28, 2011

Bertemu di penghujung rindu...

Telah sebulan lebih tak jumpa my fiance... Cehh, fiance tuuuuu... Dah bertunang, haruslah panggil fiance, kan??? Then, semalam my prince datang again ke Muar. Haruslah jumpakan untuk collect hadiah birthday.... Sebelum tu, wajib tackle perut dia...

From left: first row - strawberry choc, sosej, sosej, 2nd row - blueberry pie filling, sardin, sardin


 

Before


One for him and one for me... Sebab tak tau bila lagi boleh jumpa, kita bagi la hadiah in advance.. Tapi sebab my prince ni selim melim, baju saiz paling kecik pun still lagi gedabak dengan dia... Hari tu belikan dia jacket kot nama dia... Aku pun tak sure nama apa, tapi aku suka tengok dia pakai camtu. Lagipun memang dah lama niat nak belikan jaket camtu untuk dia. Cuma sebelum ni tak jumpa yang berkenan. 

Sebelum tu, haruslah mengisi perut dulu... Gigil ok aku tahan lapar nak tunggu bas dia sampai pukul 12 tengahari.. Dari pagi makan pastry tu sikit je. Sebab aku buat untuk balas bekas orang sebelah yang berikan bubur kacang sehari sebelumnya. Aku guna pastry segera KAWAN tu je. Pastu pelbagaikan inti. Buat inti sardin sikit, sosej sikit, letak blueberry jam sket, letak coklat filling and stoberi sikit... Tapi aku lagi suka yang sardin and sosej kot. Sebab yang lain tu manis... Tak kisah la, yang penting my Prince kata sedappp.. Kami makan nasik ayam chicken rice shop je. Tu pun my prince makan tak habis sebab dia kata dah kenyang makan kuih and kenyang tengok aku... 






Siapakah yang bermuka talam ini?????




See, bibir aku pucat. Sebab effect dari ubat RM 310 tu.. Habis kering menggelupas bibir...





Xpe, no pain, no beauty, riteee????





My Polaris,
No one can replace you in my heart and my life.
Thanks to ALLAH for sending me for you...
May Allah grants us happiness here and hereafter.
Yang, you are the best among people that i've known.
Thanks to ALLAH for our destiny..

Thursday, March 24, 2011

Cekgu samseng????



Pagi tadi, 6.50... aku tengah buka pintu kereta bila ada sorang student lelaki datang menegur.

"Cikgu, ni kereta cikgu ke?" Sambil tunjuk kereta satria putih adik aku.

"Kenapa?"

"Cikgu macam samseng la bawak satria macam ni pergi sekolah."



Hahahaha! Itu la padahnya bila terpaksa guna satria putih adik aku tu selepas kereta kancil yang selama ni jadi member baik aku accident hari tu...



But i was wondering, "Samseng ke perempuan yang bawak satria????"



Biasa jeee.... Kannn?????

Tuesday, March 22, 2011

Jumpa ubat!



Alhamdulillah, mood sudah kembali. Ubatnya cuma pelajar 2 Dedikasi... Aku pun tak sangka mereka boleh kembalikan mood untuk aku mengajar kembali selepas tamat cuti sekolah hari tu... Walaupun bermacam-macam kerenah, tetap menghiburkan.



Terima kasih, students...



Study rajin-rajin. Saya sentiasa doakan kejayaan kamu...



Kamu tak bodoh, cuma malas overboard.. Heheh..

Monday, March 21, 2011

Sign of flu

Hari ni sangat mengantuk di sekolah. Sikit pun tak ada motivasi nak menyumbang bakti kepada sekolah. Nasib baik minggu ni sekolah dah tukar jadual, so waktu aku mengajar bagi hari Isnin dah ditukarkan ke hari lain. Maka, bergembiralah aku bermalas-malasan di sekolah.

Balik dari sekolah tadi, niat nak ke Econsave, tapi sebab mengantuk yang terlampau my Prince suruh tidur puas-puas dulu dan postpone aktiviti hari ni ke hari esok. Dan baru aku perasan, i goT some signs of flu. Ahh, sudahhh! Banyak lagi kerja tak siap ni.. Kalau flu mesti paling kurang pun seminggu....

Ni mesti sebab badan penat sangat sebab 48 hr without any sleep.... Ye la, aku bertolak ke Muar petang Sabtu. Maknanya, last aku tidur adalah malam sebelum tu. Lepas tu, sampai ke Kemaman pukul 10 malam, rehat kat rumah my aunt jap then gerak ke Muar pukul 1 pagi. Aku ni jenis bangsa degil nak tidur kalau temankan orang drive. So, masa adik aku drive dari pukul 1 pagi sampai 4.30 pagi, aku memang tak tidur walaupun mengantuk yang amat. Nasib baik masa aku tukar turn drive mata terus segar...

Lepas tu, sampai kat Muar pukul 6.00 pagi. Lepas solat subuh, rehat jap, tapi dah tak boleh tidur sebab biological clock dalam badan ni dah tertukar setting kot. Lepas tu pukul 8 pagi bangun bersiap untuk ke bandar carikan adik aku tiket. Bas malam la pulak.... Bas siang tak ada.

Balik tu, tak leh tidur jugak sebab aku bimbang tak sedar sebab pukul 2 aku kena bertugas di sekolah untuk program motivasi. Alarm clock handset aku pulak rosak. So, nak tidur dalam keadaan berjaga-jaga tu, menyebabkan aku langsung tak boleh tidur.

Badan aku dah shivering habis dah masa tu. Plus seram sejuk pulak. Ingat nak minta tolong kawan aku tumpangkan adik aku kat rumah dia sebab aku takut hosmet aku tak selesa. Memang tak selesa pun kan sebab adik aku tu kan lelaki. Then, bila dah tumpangkan kat rumah dia, nak minta tolong dia hantarkan ke stesen bas. Sebab aku agak silau bila memandu malam. Lagipun rumah dia lagi dekat dengan stesen bas. Tambah pulak dengan badan shivering camtu, lagi aku tak berani. Tapi nan adooo sebab banyak pulak alasan dia. So, terpaksa la aku gagahkan diri drive malam tu. Tapi siyes macam orang mabuk aku drive. Hosmet yang teman aku malam tu pun cakap aku drive macam tengah belajar drive. Gila bahaya. Dia pulak tak biasa drive manual. Tapi sebab takde sape nak mintak tolong, usahakan la sendiri...

Nasib baik, malam tu dapat tidur..

Dan kesannya, aku dapat voucher sign of flu...

Terima kasih la KAWAN. Aku akan sentiasa ingat JASA-JASA kau...

Friday, March 18, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Miss Polaris...



Pejam celik, pejam celik, dah pun 25 tahun umur aku. Cepatnya masa berlalu... Cepatnya saat berdetik. Hari ini, genaplah aku 25. Rasa macam tua pulak... Ya la, kawan-kawan dah ramai yang kawin, dah ada anak, dah berkerjaya tetap. Tapi aku masih di sini. Masih dalam proses membaiki diri. InsyaALLAH, bila semuanya sudah selesai, masa aku akan sampai jua... Allah tahu bila masanya untuk Dia mengkabulkan segala permintaan aku.... Yang penting, sabar dan sentiasa muhasabah..

Hari ini, seribu syukur kuucapkan kepada ALLAH kerana menganugerahkan aku insan-insan kesayangan yang tak pernah putus-putus menyintai, menyayangi, menyokong, memberi semangat, galakan kepadaku... Juga kerana menganugerahkan insan-insan yang banyak membantu aku menjadi lebih kuat, lebih tabah, lebih kenal erti hidup walaupun dengan cara yang unik dan sakit untuk ditelan. Namun, kerana aku tahu ALLAH tahu yang terbaik untukku, aku hanya memandang mereka dengan senyuman.

Semoga di usia yang lebih matang ini, aku akan menjadi muslimah yang lebih baik, lebih taat akan suruhanNya, lebih tabah, lebih matang, lebih kuat semangat, lebih cekal, lebih baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anak, cucu, kakak, adik, ibu saudara, tunang, sahabat dan juga sebagai hamba ALLAH...

Semoga ALLAH murahkan rezekiku untuk menyenangkan umi abah, keluarga, dan bakal keluarga, insyaALLAH.

Semoga ALLAH semubuhkan penyakit umi dan diringankan beban deritanya kerana umi terlalu baik untuk menanggung derita itu...

Semoga umi, abah, My Prince and I, tok wan, ayah tok, mak dan seluruh kaum keluarga dianugerahkan kesihatan yang cemerlang dan umur yang panjang. Dijauhkan segala musibah. Dan Dipermudahkan segala urusan...

Semoga dipermudahkan perjalanan hidupku seiring dengan tuntutan agama.

Semoga dilembutkan hati untuk memaafkan salah orang dan melupakan setiap kebaikan yang ditaburkan dengan ikhlas.

Semoga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan perkahwinan dengan my only one Prince Charming dalam situasi yang diredhai ALLAH....

Semoga tiada hati yang terluka dengan kebahagiaanku, semoga mereka yang rasa tidak senang dengan kebahagiaanku akan lebih bahagia dan gembira hendaknya.

Semoga diperbaikkan tingkahlaku terhadap orang sekeliling.

Semoga lebih kuat mengawal diri saat emosi tidak stabil.

Semoga semua sahabat-sahabat sentiasa bahagia, dapat apa yang diimpikan dan hidup baik-baik.

Semoga tiap doa mereka pada hari ulang tahun kelahiranku ini akan diperkenankan ALLAH dan jua kembali kepada mereka sebagai berkat mendoakan aku dengan ikhlas... Terima kasih semua..

Aminnn...

Buat semua yang kenal aku, ketahuilah aku sangat sayang korang... Even i cant express my feelings physically...

Wednesday, March 16, 2011

1st outing



Tadi first outing selepas accident. Memula cuak juga nak drive, tapi alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dan selamat kembali semula ke rumah.



Semalam pun, dah try pusing-pusing kereta my bro kat laman rumah. Saje ambil mood. Mana la tahu dah hilang skill lepas accident. Alhamdulillah, masih seperti biasa. Cuma rasa lebih berhati-hati.



First outing tadi pergi jumpa newly wed, Irah Shahirah. Majlis akad nikah 3 Mac dan sanding 6 Mac hari tu aku tak dapat balik, kan. So, hari ni baru berpeluang keluar jumpa Erah. Nak ke luar masa mula-mula balik dulu, my mom tak benarkan sebab nak bawa aku jumpa ustaz dulu. Ya la, takut trauma accident hari tu.



Kami makan di Bahtera di Kampung Raja je. Takde tempat nak gi. So, borak-borak kat sana je. Pastu hubby dia call cakap nak bawak pergi mana tah... Dah bersuami dah kawan aku... Dah susah dah nak outing sesuka hati.. Tapi takpe la, aku gembira atas kebahagiaan mereka...



Hadiah untuk Erah pun tak sempat beli lagi. Nanti balik hujung bulan 4 nanti la.. Hmm, bercakap pasal hadiah, hadiah untuk student pun belum beli lagi.. Hadiah untuk amali masakan, untuk presentation Mesin. Nanti la...



Ok, got to go sebab nak off to rumah my aunt.. Dia baru naik rumah baru... Tak sabar nak tengok.. Huhu.. Ok. Daaa~

Sunday, March 13, 2011

My baby you...


My bad day... My baby cedera parah... 



Ya, aku accident semasa dalam perjalanan pulang ke kampung pada 12 Mac 2011. Namun syukur alhamdulillah, kami tak de pape kecuali my friend yang duduk di seat belakang pecah bibir, melecet di kepala dan bahu. Lebam di betis. Mungkin sebab tak pakai seatbelt. Mujur kami di seat depan memakai seatbelt. Tapi my friend yang duduk sebelah aku sakit badan jugak. Mungkin sebab ditarik oleh seatbelt semasa kemalangan berlaku.





Cemana boleh jadi camtu?





Ntah, aku nak cerita pun tak pandai. Sebab aku rasa aku tengah drive, then aku berkelip sekali je, pastu terus accident. Mungkin ada juga salah aku. Mungkin tak cukup berhati-hati. Namun, mungkin juga sudah tertulis kami akan mengalami pengalaman sebegini di pagi 12 Mac 2011.





Sebenarnya aku memang rasa tak sedap hati. Kawan-kawan pun tak sedap hati sebelum memulakan perjalanan. Tapi masing-masing tak menyuarakannya sebab hati bersemangat nak balik kampung.





3 buah kereta yang terlibat. Aku paling last. Depan aku Wira, depan Wira, Kembara. Nasib baik myVi depan kembara tak terlibat. Masa tu di Muadzam Shah, di kawasan Dara Teh. Kalau tak slaah aku, camtu la nama tempat tu, kot. 5 minit sebelum accident tu, memang aku rasa tak sedap hati. So, tengah hangat-hangat berborak tentang sekolah masing-masing, aku terdiam. Berselawat dalam hati. Masa tu aku tengah cuak takut timing belt putus sebab timing belt kereta memang dah patut tukar, tapi masa aku servis kereta hari tu, aku bincang dengan uncle and dia suruh tukar kat kampung je. Then dia pesan jangan drive laju-laju.





Pastu lima minit kemudian, my friend cakap, "Ehh, dorang tanam teh ke kat bawah kelapa sawit ni?"





Pastu aku cakap, "Ya ke?" Pastu aku berkelip, then accident.





Nasib baik tak speeding masa tu. And memang aku tak lebih 100 kmh pun hari tu. Paling laju pun 90. Tapi lepas tu, terus aku slower to 60-70 kmh.... Dah cukup berhati-hati dah. Tapi dah takdir.... Syukur alhamdulillah, semua tak cedera teruk.





Masa mula-mula accident tu, aku tak tahu apa yang berlaku. Aku ingat, it was totally my fault. Tapi lepas tu, my friend yang duduk di seat belakang pergi jumpa tuan-tuan kereta yang accident dan yang berhenti untuk tolong kami. Pak cik kereta myvi yang kat depan kembara cakap, dorang slow down tiba-tiba sebab ada Alphard putih yang memotong and terus masuk libne secara tiba-tiba. Tapi kami yang kat belakang tak sempat brek. Lepas dengar cerita tu baru aku teringat, Alphard tu memang dari belakang kereta aku.... Apapun, ada jugak salah aku sebab mengekor terlalu rapat kot. Entah lah, aku pun kurang ingat apa yang berlaku.





Takpelah, yang berlaku dah pun berlaku. Semoga lepas ni lebih berhati-hati. Minta perlindungan ALLAH sebelum memulakan perjalanan.. Bukan tak berdoa sebelum bertolak hati tu, tapi dah takdir kami....





Memang aku rasa tak sedap hati masa nak bertolak, call umi, umi tak jawab. Call abah pun, abah tak jawab. So, aku cuma hantar sms to my prince bagitau aku nak bertolak sebab masa tu dia tengah kerja. Then, bila lepas accident, aku bagitau my friends, memang rasa tak sedap hati sebab sebelum bertolak tak dapat call umi and abah. Then dorang balas, dorang pun lupa nak bagitau parents masing-masing sebelum bertolak. Padahal sebelum ni, sebelum bertolak memang bagitau parents.


My mom pulak bagitau, patut la abah tak dapat tidur malam tu. Kejap-kejap tersedar, pastu tak mengantuk. Aku pun camtu. Pukul 1 pagi aku tersedar. Pastu sedar lagi pukul 4 pagi, terus tak dapat tidur. Tapi peram jugak dalam selimut sebab my Prince suruh tidur cukup-cukup sebelum drive sebab aku bakal drive selama 10 jam.


Hmm, dah tersurat. Syukur alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan kami. Semoga diampunkan segala dosa-dosa kami. Aminnnn...

Friday, March 11, 2011

Darah jawa dalam aku...



Hari ni, buat pertama kali dalam hidup yang hampir mencecah suku abad ini aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa nikmatnya nasi ambang. Ehh, nasi ambang ke, ambeng??? Ok, sorry. Aku tak pasti nama sebenar. Tapi sangat sedap okek!!!


Aku punya favourite, tempe.


Makanan ruji di pagi hari raya bagi family aku, lontong.


Hari ni, aku jatuh cinta dengan nasi ambeng.


Aku pun tak pasti dari titis darah jawa mana yang ada dalam jasad aku ni.


Padahal abah and umi pure Terengganu.


Dah tersurat pulak bila dicampakkan ke Muar untuk menjalani latihan praktikal sedangkan aku memilih untuk praktikal di Melaka. Sangat heaven ok di sini. Tempe berkeliaran. Hehehe... Dasar Jawa!


Pape pun, rasa sangat lega hari ni. InsyaALLAH, pagi esok akan berangkat balik ke Terengganu. Lesson plan untuk hari Selasa 22hb dah siap, soalan ujian 1 KHB Form 1 pun dah hantar kat staff sekolah.

Cuti ini, insyaALLAH nak siapkan refleksi mingguan dan juga nota untuk Tingkatan 2 Cekap dan 2 Dedikasi. Harap-harap mereka boleh score best2 untuk first test 30 mac nanti. Urrgghhh, aku pulak yang cuak. Aku dah janji dengan mereka, kalau dapat A atau B, aku belanja KFC. Hoiiiii, kopak la kau camni.. Tapi aku betul2 janji..

Lepas tu kena fokus kepada projek sekolah. Lepas cuti, tinggal lagi 5 minggu. Harap dapat siapkan segala yang dirancang dan diarah dalam masa yang ditetapkan. InsyaAllah, amin...

Ok, kena stop sebab kena sapu rumah, mop lantai, sental bilik air, kemaskan dapur, settlekan bilik sebelum balik.... Dan jugak petang ni, kena mandikan my baby.... Esok nak jalan jauh. Kena la wangi-wangi kan.. Harap-harap dia suka kena mandi dengan shower foam Body Shop tuhhh.. Hehehe...

Ok, till then. Doakan selamat perjalanan aku pergi dan balik. Dan juga semoga my baby tak buat perangai sepanjang perjalanan sepanjang plus minus 10 jam nanti... Ari tu dah service, harap-harap tak ada masalah. Aminnn....


Thursday, March 10, 2011

Hati tidak di sini lagi...



Dah beberapa minggu aku tak ada hati. Bukan tak ada hati untuk mengajar. Tapi ini namanya siendromee Downeeee... Hohooho.. Lagi sehari kena bertahan di sini. Lepas tu, insyaALLAH, kalau tak ada aral, akan balik kampung selama 8 hari..

Ini namanya simptom-simptom sebelum coti sekolah... Alah, aku ni bukan aje masa sekolah, masa belajar di u pun camni. Kalau di u dulu, kalau final exam, paper-paper terakhir tu dah kira cukup baik kalau aku dapat go thru de whole notes for 1 time... Sebab time tu, dah tak kesah dapat bape, yang penting balik kampung... Tapi aku ase bukan aku sorang yang ada simptom-simptom sebelum coti nih...

Ingatkan berhenti sampai di u je. Rupanya bersambung lagi bila dah tua ni... Tak sabar nak habiskan hari terakhir esok. Nasib baik esok tak payah mengajar. Bila tak payah mengajar maknanya tak payah buat Lesson Plan.. Hoho.. Femalash punya cekgu.

Esok sekolah akan adakan Hari Terbuka. Ala-ala Majlis Temu Murni masa aku di SMK Tengku Mahmud dulu. Time ni la parents akan datang jumpa guru untuk tanya perkembangan anakanda-anakanda trsayang. Tapi menurut kata cekgu-cekgu di sini yang mana anakanda yang berciri anakonda tu, biasanya parents tak banyak cakap. Amek result anak, terus balik. Tak ada tanya pun macam mana anakonda-anakonda mereka di sekolah. Paling-paling pun akan cakap dengan cekgu, "Memang dorang ni malas kat rumah, cekgu. Tak boleh nak buat apa dah." So, kalau parents dah cakap camtu, cekgu pun malas la nak buat apa...

Apa aku melalut nih.. Off topic....

Ok, kesimpulannya aku nak balik kampung.

Tapi malam ni kena la stay up untuk siapkan soalan exam. Lagi 40 soalan.. Harap-harap sempat siap. Amin..

Tuesday, March 8, 2011

' Contest Resepi Pilihan ' Sinar Raudah

Ok, tadi aku bloghop blog kak Marina Hunny, then tengok dia join contest Resipi Pilihan di blog Sinar Raudhah. Maka, haruslah aku jeles dan gedik nak join jugak. Sebenarnya, sejak jadi blogger hampir setahun lebih ni, ni kali pertama aku join contest. Saje je suka-suka. Sebab aku memang suka masak.

Ok, hari ni aku nak mempertaruhkan resipi kesukaan family aku yang resipinya aku main campak-campak aje hasil dari hidangan Prawn Olio Pizza Hut.



Here you are,

Bahan-bahannya:

1 paket spageti San Remo -brand malaysia tak sedap dan tekstur spageti tak best.
3 sudu olive oil
1 sudu kecil Italian herbs McCormick
1/2 sudu corned blackpepper
5 biji cili padi (add more depends on ur taste bud)
5 biji bawang putih cincang
1 biji bawang besar dadu
1 bungkus sosej Ayamas - sosej lain tak best sebab aroma dia tak sebest Ayamas
udang dibuang kulit
1 kiub pati ayam
daun saderi dan daun bawang - hiris
garam gula

Cara-cara

1. rebus spageti dengan sedikit garam dan olive oil sampai lembut, tos.
2. sosej di hiris nipis dan digoreng sampai masak
3. tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi hiris sampai naik bau
4. masukkan udang
5. masukkan kiub pati ayam dan sedikit air
6. kemudian masukkan garam dan gula mengikut citarasa
7. pastu masukkan italian herbs
8. pastu bolehlah dimasukkan spageti
9. then, kita msukkan sosej yang telah digoreng tadi.
10. pastu kacau rata dan rasa garam gula
11. sebelum angkat bolehlah dimasukkan daun sup dan daun bawang.
12. hidangkan bersama serbuk bawang putih McCormick (optional).

p/s: kalau takde udang, guna sosej saja pun takpe. kiub pati ayam pun kalau tak letak, tetap sedap. resipi ni sesuai utk orang-orang yang diet sebab ianya sgt mengenyangkan dan perut tahan kenyang untuk tempoh yang lama.

I was officially been observed



Ok, ni baru betul-betul di observed oleh penyelia dari UPM. Petang semalam, pukul 5.00 kot prof call. Terkejut beruk aku. Nasib baik sempat prepare. Tapi tak ada la cuak sangat untuk preparation sebab aku memang dah prepare untuk di observe oleh guru pembimbing.

Tapi bila dah tahu penyelia major yang nak datang selia, haruslah kita double up the preparation kan.. Nasib baik pagi-pagi tu cikgu-cikgu kat situ semua pakat tolong aku cari bahan induksi. Aku ada dua kelas tadi. Prof tu tak cakap pulak nak observe yang mana satu. Sebab tu la aku prepare aje untuk dua-dua kelas.

Untuk 2 Cekal aku ajar tajuk Faktor Reka Bentuk aje. Nasib baik cikgu-cikgu kat situ tolong carikan disket, cd, pendrive dan external hard disc untuk set induksi. Dan untuk 2 Dedikasi pulak aku ajar tajun Bahan dan Pengikat. So, guru pembimbing tolong sediakan bahan realia untuk set induksi. Rasa syukur yang amat kerana dipermudahkan.

And everything went well. Alhamdulillah. Cuma ada la a little bit awkward feeling. Tapi abaikan je la.. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, amin..

Semoga 2nd observation nanti, everything that has been commented by my major observer could be improved. InsyaAllah.

Saturday, March 5, 2011

Permata dalam belantara

Wahh, banyak pulak aku post entry hari ni...

Tadi tengok tv 3... kena betul pengisiannya kali ni dengan profesyen aku.

SK Ulu Lubai.

Kagum aku dengan guru besar, guru-guru, ibu bapa dan juga murid-murid.

Semua bersemangat dan komited.

Amalan pendidikan pun sangat superb.

Kebersihan adalah faktor utama.

Aku rasa bagai dicaj semula.

Rasa semakin bersemangat nak jadi cikgu.

Mulai hari ni, tokoh pujaan aku adalah Guru Besar SK Ulu Lubai.. Hehehe..

Pisang dan Hati ~Satu perkongsian...


Tadi bukak FB, tengok my cuzzy ada share 1 notes. The very best content...

Here you are. Sama-sama jadikan panduan....




****************************************


Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Wallahuallam...

Pengalaman pertama...



Selesai sudah akhirnya... Walau dalam dada kebimbangan, namun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Alah, tak ada apa pun. Aku gi service keta je pun. Tapi itu pengalaman pertama. Satu yang tokey tu cakap, terus consult dengan my uncle by phone. Pastu, dia cakap lagi apa yang nak kena ganti, call my uncle lagi.... Tapi aku tengok tokey tu muka ikhlas je walaupun berlainan bangsa. Nanti boleh la ke sana lagi. Kalau ada part yang aku tak nak tukar pun, dia takde la psiko yang bukan-bukan. Dia explain elok2 je. Aku je yang paranoid takut kena tipu lebih-lebih sebab tak ada lelaki yang temankan. Tapi kalau ada pun, tapi tak tahu pape pasal keta, baik tak payahkan...

Tu pun sebab tadi ajak my student teman. Dia yang recommend bengkel tu. Kira ok la. Harap-harap tak ada apa yang berlaku semasa perjalanan balik ke kampung nanti...

Lepas service kereta, singgah pasar malam. Dekat dengan rumah my student tu. Tapi cam tak ada nafsu nak beli makanan. Aku beli kerepek pisang and buah mangga je dua biji. Untuk student tu pulak, puas aku suruh dia pilihkan makanan untuk family dia, tapi tak nak. Aku nak memandai-mandai pilih, takut tak kena dengan selera. Lepas dipaksa-paksa, akhirnya dia beli jugak la putu mayam.

Thank you tau sebab temankan cikgu...

Balik umah, tetiba baru aku perasan, something that i've been waiting for 13 days has come... Weeheee!

Mood sudah ok...

Sekian.

Friday, March 4, 2011

Sebelum dan selepas....

Pernah tak anda terfikir, manusia ni kan, kalau dia dah suka, dah sayang, setiap pertolongan yang dihulur dinamakan 'bantuan'.

Kalau dah sayang, kalau dah suka, tiap perkara yang diminta tolong itu dikatakan 'What are friends for...'

Tapi kalau dah tak suka...

Setiap bantuan yang dihulur dulu dikatakan 'ambil kesempatan'

Tiap pertolongan dikatakan 'dipergunakan'

Kemana perginya lafaz 'ikhlas' dulu?

Hilang bersama kenangan...

Bukankah bila ikhlas segalanya dibuat tanpa mengharapkan balasan?

Hmmm... aku juga muhasabah diri...

Ya, aku pun terkadang begitu.

Sebab itu aku tak salahkan mereka.

Kerana setiap perkara itu, kenalah merasa sekali seorang.

Buat pengalaman, bekalan hidup.

Sebagai panduan supaya lebih berhati-hati kelak.

Ya, aku tahu. Buat baik pun ada hadnya.

Biar berpada.

Kerna, bila dah sampai limitnya nanti, kita yang tersepit seorang.

Buat yang pernah merasa sakit dan siksa mengenali aku, maafkan aku.

Kerana aku ini insan biasa. Masih perlu membaiki diri.

Dunia, berikan aku peluang sekali lagi.

Tapi bukan bersamamu...

'Being used'

Ada orang antar msg kat aku kata aku mempergunakan dia..

Kata selama ni faham aku...

Faham kerrrr???

Ok, aku terima tuduhan kau.

Terima kasih atas semua jasa-jasa kau.

Terima kasih sebab mengingatkan aku.

Terima kasih sebab mengingatkan aku sebelum aku mintak tolong lagi buat ke sekian lagi....

Lepas ni, hidup atau mati, insyaALLAH, aku takkan mintak tolong dengan kau lagi...

Segala jasa kau, cuma ALLAH yang mampu balas.

Maaf, aku tak mampu nak balas.


Akhir kata, jazakallah hukhairan..

Kemeriahannya sampai ke sini









Malam tadi, selamatlah seorang lagi kawan baik saya menjadi isteri orang. Erah Syahirah dan Kimin.... Congratz to both of u. May ALLAH bless u. May ALLAH grant u the kids that can make your heart calm. May ALLAH gives you the prosperity... Wahhh, banyak nye aku punya wishes. Tapi kan, bila tengok gambar-gambar yang Aima upload di FB, sumpah aku rasa jeles giler dengan Aima. Sayu pun ada sebab tak dapat join sama. Walaupun dengan hanya melihat gambar, kemeriahannya seolah-olah sampai ke sini. 
 
 
Happy Wedding Day, Erah and Kimin.

Thursday, March 3, 2011

Aku hanya wanita biasa...


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..



Kepadamu yang akan memilihku kelak..



Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu..



Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..



Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..



Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..



Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..



Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..



Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya.



Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..



Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..



Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa....







Buat my prince... U know who u are..


Love you so much.






Source:http://www.facebook.com/note.php?note_id=453929366972&id=100000196816713

Wednesday, March 2, 2011

Gementar seluruh badan bila melihatnya


Semalam sekolah aku cuti... Sempena kejohanan olahraga sekolah kali ke-14.

Dan aku with hosmet and colleague ke Melaka.

Gi jumpa doktor pakar....

Ye la, aku kan muka prob sket. Jerawat berkeliaran.

So, gi la jumpa doktor pakar kulit.

My hosmet ni pun dulu jerawat banyak gak, sekarang, macam tak caya kalau dia kata dia pernah alami masalah jerawat yang super duper teruk.

So aku pun menggeletis la nak pergi jumpa jugak this doktor.

Kekadang, jeles tengok orang yang jenis-jenis muka flawless gila2 nih..

Pantang ada jerawat sebijik je, kecoh buat satu entry kat blog.

Haku???? Kalau tu je point entry aku, maunya hari-hari korang baca statement sama.

THen, dah siap consultation sume. Aku ke kaunter bayaran...

Fuuhhh, seram sejuk aku tengok bil nak bayar...

RM 310 derrr... Kalau tak cantik lagi pasni, tak tau la.. Hohoho..




Ni harta bernilai 310



Maybe bagi korang apalah aje dengan RM 310 tu kan. Tapi bagi cheapskate macam aku ni, betapa mahalnya 310 untuk muka. Tapi untuk kesihatan, aku rela. Tapi kali ni je taauuu!! My prince dah bagi warning dah. Heheh.. Ok yayang!!!

Pastu gi jalan-jalan Mahkota Parade and Dataran Pahlawan. Tapi before bakar lemak, kami telah menambah kalori di Nandos. Sebenarnya aku tak berapa suka Nandos. Aku prefer KR. Tapi pilihan bersama. Kira boleh je. Aku bukan memilih sangat.





Orang melaka yang amek gambar depan Dataran Pahlawan (Sape ntahhh....hehe)



Seb baik pak guard baik, tolong snap kan pic.



Muka-muka talam (Me especially)



See, muka aku yang jerawatnya berkeliaran dengan bebasnya...
Tapi cam tak nampak sangatkan..
Tu la fungsinya Ronasutra..
Ngahahaha, promoto, promote...






Bye-bye Melaka, semoga jumpa lagi