.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, March 11, 2011

Darah jawa dalam aku...



Hari ni, buat pertama kali dalam hidup yang hampir mencecah suku abad ini aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa nikmatnya nasi ambang. Ehh, nasi ambang ke, ambeng??? Ok, sorry. Aku tak pasti nama sebenar. Tapi sangat sedap okek!!!


Aku punya favourite, tempe.


Makanan ruji di pagi hari raya bagi family aku, lontong.


Hari ni, aku jatuh cinta dengan nasi ambeng.


Aku pun tak pasti dari titis darah jawa mana yang ada dalam jasad aku ni.


Padahal abah and umi pure Terengganu.


Dah tersurat pulak bila dicampakkan ke Muar untuk menjalani latihan praktikal sedangkan aku memilih untuk praktikal di Melaka. Sangat heaven ok di sini. Tempe berkeliaran. Hehehe... Dasar Jawa!


Pape pun, rasa sangat lega hari ni. InsyaALLAH, pagi esok akan berangkat balik ke Terengganu. Lesson plan untuk hari Selasa 22hb dah siap, soalan ujian 1 KHB Form 1 pun dah hantar kat staff sekolah.

Cuti ini, insyaALLAH nak siapkan refleksi mingguan dan juga nota untuk Tingkatan 2 Cekap dan 2 Dedikasi. Harap-harap mereka boleh score best2 untuk first test 30 mac nanti. Urrgghhh, aku pulak yang cuak. Aku dah janji dengan mereka, kalau dapat A atau B, aku belanja KFC. Hoiiiii, kopak la kau camni.. Tapi aku betul2 janji..

Lepas tu kena fokus kepada projek sekolah. Lepas cuti, tinggal lagi 5 minggu. Harap dapat siapkan segala yang dirancang dan diarah dalam masa yang ditetapkan. InsyaAllah, amin...

Ok, kena stop sebab kena sapu rumah, mop lantai, sental bilik air, kemaskan dapur, settlekan bilik sebelum balik.... Dan jugak petang ni, kena mandikan my baby.... Esok nak jalan jauh. Kena la wangi-wangi kan.. Harap-harap dia suka kena mandi dengan shower foam Body Shop tuhhh.. Hehehe...

Ok, till then. Doakan selamat perjalanan aku pergi dan balik. Dan juga semoga my baby tak buat perangai sepanjang perjalanan sepanjang plus minus 10 jam nanti... Ari tu dah service, harap-harap tak ada masalah. Aminnn....


No comments: