.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, March 10, 2011

Hati tidak di sini lagi...



Dah beberapa minggu aku tak ada hati. Bukan tak ada hati untuk mengajar. Tapi ini namanya siendromee Downeeee... Hohooho.. Lagi sehari kena bertahan di sini. Lepas tu, insyaALLAH, kalau tak ada aral, akan balik kampung selama 8 hari..

Ini namanya simptom-simptom sebelum coti sekolah... Alah, aku ni bukan aje masa sekolah, masa belajar di u pun camni. Kalau di u dulu, kalau final exam, paper-paper terakhir tu dah kira cukup baik kalau aku dapat go thru de whole notes for 1 time... Sebab time tu, dah tak kesah dapat bape, yang penting balik kampung... Tapi aku ase bukan aku sorang yang ada simptom-simptom sebelum coti nih...

Ingatkan berhenti sampai di u je. Rupanya bersambung lagi bila dah tua ni... Tak sabar nak habiskan hari terakhir esok. Nasib baik esok tak payah mengajar. Bila tak payah mengajar maknanya tak payah buat Lesson Plan.. Hoho.. Femalash punya cekgu.

Esok sekolah akan adakan Hari Terbuka. Ala-ala Majlis Temu Murni masa aku di SMK Tengku Mahmud dulu. Time ni la parents akan datang jumpa guru untuk tanya perkembangan anakanda-anakanda trsayang. Tapi menurut kata cekgu-cekgu di sini yang mana anakanda yang berciri anakonda tu, biasanya parents tak banyak cakap. Amek result anak, terus balik. Tak ada tanya pun macam mana anakonda-anakonda mereka di sekolah. Paling-paling pun akan cakap dengan cekgu, "Memang dorang ni malas kat rumah, cekgu. Tak boleh nak buat apa dah." So, kalau parents dah cakap camtu, cekgu pun malas la nak buat apa...

Apa aku melalut nih.. Off topic....

Ok, kesimpulannya aku nak balik kampung.

Tapi malam ni kena la stay up untuk siapkan soalan exam. Lagi 40 soalan.. Harap-harap sempat siap. Amin..

No comments: