.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, March 13, 2011

My baby you...


My bad day... My baby cedera parah... 



Ya, aku accident semasa dalam perjalanan pulang ke kampung pada 12 Mac 2011. Namun syukur alhamdulillah, kami tak de pape kecuali my friend yang duduk di seat belakang pecah bibir, melecet di kepala dan bahu. Lebam di betis. Mungkin sebab tak pakai seatbelt. Mujur kami di seat depan memakai seatbelt. Tapi my friend yang duduk sebelah aku sakit badan jugak. Mungkin sebab ditarik oleh seatbelt semasa kemalangan berlaku.





Cemana boleh jadi camtu?





Ntah, aku nak cerita pun tak pandai. Sebab aku rasa aku tengah drive, then aku berkelip sekali je, pastu terus accident. Mungkin ada juga salah aku. Mungkin tak cukup berhati-hati. Namun, mungkin juga sudah tertulis kami akan mengalami pengalaman sebegini di pagi 12 Mac 2011.





Sebenarnya aku memang rasa tak sedap hati. Kawan-kawan pun tak sedap hati sebelum memulakan perjalanan. Tapi masing-masing tak menyuarakannya sebab hati bersemangat nak balik kampung.





3 buah kereta yang terlibat. Aku paling last. Depan aku Wira, depan Wira, Kembara. Nasib baik myVi depan kembara tak terlibat. Masa tu di Muadzam Shah, di kawasan Dara Teh. Kalau tak slaah aku, camtu la nama tempat tu, kot. 5 minit sebelum accident tu, memang aku rasa tak sedap hati. So, tengah hangat-hangat berborak tentang sekolah masing-masing, aku terdiam. Berselawat dalam hati. Masa tu aku tengah cuak takut timing belt putus sebab timing belt kereta memang dah patut tukar, tapi masa aku servis kereta hari tu, aku bincang dengan uncle and dia suruh tukar kat kampung je. Then dia pesan jangan drive laju-laju.





Pastu lima minit kemudian, my friend cakap, "Ehh, dorang tanam teh ke kat bawah kelapa sawit ni?"





Pastu aku cakap, "Ya ke?" Pastu aku berkelip, then accident.





Nasib baik tak speeding masa tu. And memang aku tak lebih 100 kmh pun hari tu. Paling laju pun 90. Tapi lepas tu, terus aku slower to 60-70 kmh.... Dah cukup berhati-hati dah. Tapi dah takdir.... Syukur alhamdulillah, semua tak cedera teruk.





Masa mula-mula accident tu, aku tak tahu apa yang berlaku. Aku ingat, it was totally my fault. Tapi lepas tu, my friend yang duduk di seat belakang pergi jumpa tuan-tuan kereta yang accident dan yang berhenti untuk tolong kami. Pak cik kereta myvi yang kat depan kembara cakap, dorang slow down tiba-tiba sebab ada Alphard putih yang memotong and terus masuk libne secara tiba-tiba. Tapi kami yang kat belakang tak sempat brek. Lepas dengar cerita tu baru aku teringat, Alphard tu memang dari belakang kereta aku.... Apapun, ada jugak salah aku sebab mengekor terlalu rapat kot. Entah lah, aku pun kurang ingat apa yang berlaku.





Takpelah, yang berlaku dah pun berlaku. Semoga lepas ni lebih berhati-hati. Minta perlindungan ALLAH sebelum memulakan perjalanan.. Bukan tak berdoa sebelum bertolak hati tu, tapi dah takdir kami....





Memang aku rasa tak sedap hati masa nak bertolak, call umi, umi tak jawab. Call abah pun, abah tak jawab. So, aku cuma hantar sms to my prince bagitau aku nak bertolak sebab masa tu dia tengah kerja. Then, bila lepas accident, aku bagitau my friends, memang rasa tak sedap hati sebab sebelum bertolak tak dapat call umi and abah. Then dorang balas, dorang pun lupa nak bagitau parents masing-masing sebelum bertolak. Padahal sebelum ni, sebelum bertolak memang bagitau parents.


My mom pulak bagitau, patut la abah tak dapat tidur malam tu. Kejap-kejap tersedar, pastu tak mengantuk. Aku pun camtu. Pukul 1 pagi aku tersedar. Pastu sedar lagi pukul 4 pagi, terus tak dapat tidur. Tapi peram jugak dalam selimut sebab my Prince suruh tidur cukup-cukup sebelum drive sebab aku bakal drive selama 10 jam.


Hmm, dah tersurat. Syukur alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan kami. Semoga diampunkan segala dosa-dosa kami. Aminnnn...

No comments: