.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Saturday, March 5, 2011

Pengalaman pertama...



Selesai sudah akhirnya... Walau dalam dada kebimbangan, namun alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Alah, tak ada apa pun. Aku gi service keta je pun. Tapi itu pengalaman pertama. Satu yang tokey tu cakap, terus consult dengan my uncle by phone. Pastu, dia cakap lagi apa yang nak kena ganti, call my uncle lagi.... Tapi aku tengok tokey tu muka ikhlas je walaupun berlainan bangsa. Nanti boleh la ke sana lagi. Kalau ada part yang aku tak nak tukar pun, dia takde la psiko yang bukan-bukan. Dia explain elok2 je. Aku je yang paranoid takut kena tipu lebih-lebih sebab tak ada lelaki yang temankan. Tapi kalau ada pun, tapi tak tahu pape pasal keta, baik tak payahkan...

Tu pun sebab tadi ajak my student teman. Dia yang recommend bengkel tu. Kira ok la. Harap-harap tak ada apa yang berlaku semasa perjalanan balik ke kampung nanti...

Lepas service kereta, singgah pasar malam. Dekat dengan rumah my student tu. Tapi cam tak ada nafsu nak beli makanan. Aku beli kerepek pisang and buah mangga je dua biji. Untuk student tu pulak, puas aku suruh dia pilihkan makanan untuk family dia, tapi tak nak. Aku nak memandai-mandai pilih, takut tak kena dengan selera. Lepas dipaksa-paksa, akhirnya dia beli jugak la putu mayam.

Thank you tau sebab temankan cikgu...

Balik umah, tetiba baru aku perasan, something that i've been waiting for 13 days has come... Weeheee!

Mood sudah ok...

Sekian.

No comments: