.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, March 4, 2011

Sebelum dan selepas....

Pernah tak anda terfikir, manusia ni kan, kalau dia dah suka, dah sayang, setiap pertolongan yang dihulur dinamakan 'bantuan'.

Kalau dah sayang, kalau dah suka, tiap perkara yang diminta tolong itu dikatakan 'What are friends for...'

Tapi kalau dah tak suka...

Setiap bantuan yang dihulur dulu dikatakan 'ambil kesempatan'

Tiap pertolongan dikatakan 'dipergunakan'

Kemana perginya lafaz 'ikhlas' dulu?

Hilang bersama kenangan...

Bukankah bila ikhlas segalanya dibuat tanpa mengharapkan balasan?

Hmmm... aku juga muhasabah diri...

Ya, aku pun terkadang begitu.

Sebab itu aku tak salahkan mereka.

Kerana setiap perkara itu, kenalah merasa sekali seorang.

Buat pengalaman, bekalan hidup.

Sebagai panduan supaya lebih berhati-hati kelak.

Ya, aku tahu. Buat baik pun ada hadnya.

Biar berpada.

Kerna, bila dah sampai limitnya nanti, kita yang tersepit seorang.

Buat yang pernah merasa sakit dan siksa mengenali aku, maafkan aku.

Kerana aku ini insan biasa. Masih perlu membaiki diri.

Dunia, berikan aku peluang sekali lagi.

Tapi bukan bersamamu...

No comments: