.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Friday, March 18, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Miss Polaris...



Pejam celik, pejam celik, dah pun 25 tahun umur aku. Cepatnya masa berlalu... Cepatnya saat berdetik. Hari ini, genaplah aku 25. Rasa macam tua pulak... Ya la, kawan-kawan dah ramai yang kawin, dah ada anak, dah berkerjaya tetap. Tapi aku masih di sini. Masih dalam proses membaiki diri. InsyaALLAH, bila semuanya sudah selesai, masa aku akan sampai jua... Allah tahu bila masanya untuk Dia mengkabulkan segala permintaan aku.... Yang penting, sabar dan sentiasa muhasabah..

Hari ini, seribu syukur kuucapkan kepada ALLAH kerana menganugerahkan aku insan-insan kesayangan yang tak pernah putus-putus menyintai, menyayangi, menyokong, memberi semangat, galakan kepadaku... Juga kerana menganugerahkan insan-insan yang banyak membantu aku menjadi lebih kuat, lebih tabah, lebih kenal erti hidup walaupun dengan cara yang unik dan sakit untuk ditelan. Namun, kerana aku tahu ALLAH tahu yang terbaik untukku, aku hanya memandang mereka dengan senyuman.

Semoga di usia yang lebih matang ini, aku akan menjadi muslimah yang lebih baik, lebih taat akan suruhanNya, lebih tabah, lebih matang, lebih kuat semangat, lebih cekal, lebih baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai anak, cucu, kakak, adik, ibu saudara, tunang, sahabat dan juga sebagai hamba ALLAH...

Semoga ALLAH murahkan rezekiku untuk menyenangkan umi abah, keluarga, dan bakal keluarga, insyaALLAH.

Semoga ALLAH semubuhkan penyakit umi dan diringankan beban deritanya kerana umi terlalu baik untuk menanggung derita itu...

Semoga umi, abah, My Prince and I, tok wan, ayah tok, mak dan seluruh kaum keluarga dianugerahkan kesihatan yang cemerlang dan umur yang panjang. Dijauhkan segala musibah. Dan Dipermudahkan segala urusan...

Semoga dipermudahkan perjalanan hidupku seiring dengan tuntutan agama.

Semoga dilembutkan hati untuk memaafkan salah orang dan melupakan setiap kebaikan yang ditaburkan dengan ikhlas.

Semoga dimurahkan rezeki dan dipercepatkan perkahwinan dengan my only one Prince Charming dalam situasi yang diredhai ALLAH....

Semoga tiada hati yang terluka dengan kebahagiaanku, semoga mereka yang rasa tidak senang dengan kebahagiaanku akan lebih bahagia dan gembira hendaknya.

Semoga diperbaikkan tingkahlaku terhadap orang sekeliling.

Semoga lebih kuat mengawal diri saat emosi tidak stabil.

Semoga semua sahabat-sahabat sentiasa bahagia, dapat apa yang diimpikan dan hidup baik-baik.

Semoga tiap doa mereka pada hari ulang tahun kelahiranku ini akan diperkenankan ALLAH dan jua kembali kepada mereka sebagai berkat mendoakan aku dengan ikhlas... Terima kasih semua..

Aminnn...

Buat semua yang kenal aku, ketahuilah aku sangat sayang korang... Even i cant express my feelings physically...

No comments: