.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, March 21, 2011

Sign of flu

Hari ni sangat mengantuk di sekolah. Sikit pun tak ada motivasi nak menyumbang bakti kepada sekolah. Nasib baik minggu ni sekolah dah tukar jadual, so waktu aku mengajar bagi hari Isnin dah ditukarkan ke hari lain. Maka, bergembiralah aku bermalas-malasan di sekolah.

Balik dari sekolah tadi, niat nak ke Econsave, tapi sebab mengantuk yang terlampau my Prince suruh tidur puas-puas dulu dan postpone aktiviti hari ni ke hari esok. Dan baru aku perasan, i goT some signs of flu. Ahh, sudahhh! Banyak lagi kerja tak siap ni.. Kalau flu mesti paling kurang pun seminggu....

Ni mesti sebab badan penat sangat sebab 48 hr without any sleep.... Ye la, aku bertolak ke Muar petang Sabtu. Maknanya, last aku tidur adalah malam sebelum tu. Lepas tu, sampai ke Kemaman pukul 10 malam, rehat kat rumah my aunt jap then gerak ke Muar pukul 1 pagi. Aku ni jenis bangsa degil nak tidur kalau temankan orang drive. So, masa adik aku drive dari pukul 1 pagi sampai 4.30 pagi, aku memang tak tidur walaupun mengantuk yang amat. Nasib baik masa aku tukar turn drive mata terus segar...

Lepas tu, sampai kat Muar pukul 6.00 pagi. Lepas solat subuh, rehat jap, tapi dah tak boleh tidur sebab biological clock dalam badan ni dah tertukar setting kot. Lepas tu pukul 8 pagi bangun bersiap untuk ke bandar carikan adik aku tiket. Bas malam la pulak.... Bas siang tak ada.

Balik tu, tak leh tidur jugak sebab aku bimbang tak sedar sebab pukul 2 aku kena bertugas di sekolah untuk program motivasi. Alarm clock handset aku pulak rosak. So, nak tidur dalam keadaan berjaga-jaga tu, menyebabkan aku langsung tak boleh tidur.

Badan aku dah shivering habis dah masa tu. Plus seram sejuk pulak. Ingat nak minta tolong kawan aku tumpangkan adik aku kat rumah dia sebab aku takut hosmet aku tak selesa. Memang tak selesa pun kan sebab adik aku tu kan lelaki. Then, bila dah tumpangkan kat rumah dia, nak minta tolong dia hantarkan ke stesen bas. Sebab aku agak silau bila memandu malam. Lagipun rumah dia lagi dekat dengan stesen bas. Tambah pulak dengan badan shivering camtu, lagi aku tak berani. Tapi nan adooo sebab banyak pulak alasan dia. So, terpaksa la aku gagahkan diri drive malam tu. Tapi siyes macam orang mabuk aku drive. Hosmet yang teman aku malam tu pun cakap aku drive macam tengah belajar drive. Gila bahaya. Dia pulak tak biasa drive manual. Tapi sebab takde sape nak mintak tolong, usahakan la sendiri...

Nasib baik, malam tu dapat tidur..

Dan kesannya, aku dapat voucher sign of flu...

Terima kasih la KAWAN. Aku akan sentiasa ingat JASA-JASA kau...

No comments: