Friday, April 29, 2011

Memori tercipta


Pemandangan indah di SMKBN di pagi hari





Memori Tercipta
**************************** 
Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pon terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya








Miss Polaris,
SMK Bukit Naning
24 Jan-22 April 2010

Lontong pertama di bumi Muar



Malam tadi merupakan nightmare bagi aku dan dua orang hosmet ku. Memula hosmet aku tido dalam bilik masing-masing, aku pulak selalunya tido dengan one of them, i.e Kak Nora. Tapi minggu last ni aku lagi suka tido kat ruang tamu sebab lepas subuh aku nak tido balik. Hehe... So tak nak menyusahkan rumet aku yang nak bersiap ke sekolah.

Tapi dinihari tadi aku tersedar pukul 4 pagi sebab tetiba bunyi ketuk-ketak, ketuk-ketak yang halus je.. Bila sedar aku tengok kelkatu dah mula masuk dalam rumah. Aku agak, bunyi ketuk-ketak tu sebab dia accident dengan dinding kot... Cepat-cepat aku tutup lampu ruang tamu, bukak lampu luar rumah kat dapur dan tidur dalam bilik. Tapi sumpah ak dapat tido. Kelkatu masih masuk ke dalam rumah which aku tak tahu dari celah mana dia masuk. Dan buat aku rasa nak histeria bila dia mula merayap-rayap dalam baju macamkan dalam baju aku ada lampu. Huih, geram. Pastu rumet aku and another hosmet pun dah mula tak leh tido.

Then we ended up dengan bangun and duduk mengadap kat ruang tamu dalam gelap membincangkan masalah yang xde penyelesaiannya ini...

Hosmet aku mandi cepat-cepat and pukul 6.30 dah masuk dalam kereta sambung tido sebelum bertolak ke sekolah. Pastu bila aku buka pintu nak tinjau keadaan di luar rumah sebab hari dah mula cerah, terkejut besar aku tengok mereka mengerumuni rumah secara banyak gilerrr... Cepat-cepat aku panggil my rumet suruh tengok. Dia pun terkejut. Tak pernah-pernah dilanda serangan kelkatu sebegini. Pastu aku turut sama masuk sambung tido dalam kereta sebab dalam rumah takde tempat nak duduk.

Dalam pukul 8 pagi, baru aku keluar dari kereta. Masuk dalam rumah, mengucap panjang aku tengok... Sayap kelkatu bersepah-sepah. Ulat kelkatu merayap-rayap. Sangat rasa nak menjerit stresss! 3 kali aku sapu dalam rumah tapi benda alah tu masih bersepah-sepah.

Sebenarnya aku nak pergi sekolah lewat-lewat sikit. Sebab hari last ke sekolah sebelum balik,kan.. Lagipun nak gi salam-salam dengan cikgu kat situ aje. Pastu Kak Sue suruh ambil ukuran badan dia sebab nak umi jahitkan blouse untuk dia. Dia berkenan tengok blouse aku pakai. Takpe la, rezeki umi.

Lagi satu reason nak ke sekolah, ada cikgu nak bagi hadiah lagi untuk aku... Hikhikhik.. I loike..
Dan hadiah itu sangat cantik. Jam dinding berupa jam tangan dari material kayu. Aku hagak la kannnz, cikgu tu beli kat Ayer Hitam sebab rumah dia di Ayer Hitam. Hehe.. Apappun, sangat cantik cikgu. Terima kasih.

Pastu Kak Masinah and Kak Siti ajak gi makan nasik ambeng buat kali terakhir sebab diorang tahu that is my fav. Tapi tak pergi pun. Aku kirim aje. Sebab rasa segan nak jumpa student dengan pakai jeans slim fit and tshirt muslimah. Sebab baju dah packing dah sikit-sikit.

Ehhhhh!!! Mana cerita lontong????

Ok, pukul 8 pagi tu, aku keluar dari kereta dan masuk dalam rumah. Pastu lapar. Pastu tengok Prawn Olio baki semalam dalam kuali dah jadi Kelkatu Olio, terus aku salin baju dan gi cari breakfast. Niat nak cari nasi ambeng, tapi nasik dah habis. Dua kedai aku berenti. Pastu teruskan pencarian dan jumpa 1 gerai tepi jalan. Ada lontong. Wahhh, my fav. Memula ambik 1 bungkus. Ambik cucur pisang 2 bijik dan juga begedil seringgit. 5 keping. Saiz dia besar duit 50 sen aje.

Uiiiihh, sedap. Tapi tahan nafsu nak bukak 1 bungkus lontong lagi. Hehe.. Tapi bagi seorang anak, lontong umi lagi best. Hehehe... Motip lontong orang Besut lagi best dari lontong orang Jawa??? Heheh... Umi, kita Jawa pure kannnnz???

Tapi kuih dia failed. Eceh, pandai je kritik-kritik rezeki orang. Bukan teruk sangat, cuma tak kena dengan selera aku.

Dan inilah kali pertama aku makan lontong di bumi Muar.

Balik nanti nak suruh umi buat lontong la.. Uihhh, sedapnya~

Reversed parking



Reversed parking ni, parking kereta secara mengundur ke, eh??? Entah aku tak pasti the rite term. Sebelum ni, aku sangat respect giler kalau ada orang boleh park kereta dia secara bontot keta yang masuk dulu. Bagi aku sangat hebat.

Dan hari ini, aku tergolong dalam golongan yang hebat itu.

Hahahaha~

Pathetic giler kan????
5 tahun dapat lesen, hari ni baru aku berani parking secara reverse.
Dan berjaya pulak tu..
Ala, konsep dia senang aje rupanya.
Trial and error...
Cuma pliz jangan suruh aku buat side parking. Mampus aku tak reti... Hehehe~

Thursday, April 28, 2011

Simple


18 keping langsir


Ok, ni je yang aku berjaya siapkan semalam. 18 keping langsir... Ingatkan dah siap, tetiba kak azida cakap sebenarnya ada lagi 10. Huahuahua~ Sorry akak, esok iaitu hari ni saya nak siapkan bengkel KH and projek Galeri Nenas pulak. Sebab Jumaat saya dah tak datang sekolah. Nak packing barang. Lusa dah Selamat Tinggal Muar...




Semalam keluar dengan student... Nora aka Ika





.:US:.





Di Pizza Hut yang tak ada Garden Salad (mode penulis:kecewa)






To Nora,
~Study leklok ok~








Yang aku bengangnya, ada another pelajar yang tetiba sms aku tanya aku keluar dengan siapa, ke mana.... Then bajet merajuk dengan menaip mesej berbunyi,
"Dengan dia cikgu keluar, kalau kitorang ajak, tak nak."

Masalahnya, bukan aku tak nak.
Tapi aku tak tahu jalan, and dia pun tak tahu jalan.
Camno?

Khairon, Khairon....
Student kau la ni~~~~

.:Huhu:.


~~~~~~~~

Eh, apa kaitan dengan tajuk Simple pulak, kan???

Sebenarnya semalam aku baru beli trial pack skincare product tajuk dia SIMPLE. Promoted by my hosmet. Heheh. Best gak pakai. Tak berminyak kulit. Lagipun dia ada various range of product. Yang lagi penting, there is no harsh chemical substances and no colors and no perfumes.

Wahhh, tetiba jadi jurucakap produk. Tak sedar muka itu tak flawless.. Hehe...

Sila la dapatkan produk Simple di pasaran sekarang.

Wednesday, April 27, 2011

Itu keputusannya.... Aku terima sahaja...



Do you still remember my previous entry?

After asking for permission from that boy, and the final answer is 'TO GIVE'.

Herannya aku sebab ada orang yang begitu dalam cinta sampai sanggup memberi peluang sekali lagi kepada that girl. Atau mungkin dikaburi dengan kecantikan perempuan secara luarannya... Kesiannya kat his present girlfriend...

Manis sangat ke derita apabila bersama dengan orang yang dicintai sedangkan belum tentu orang yang dicintai itu mencintai dia...

Kalau itu jalan yang dipilihnya, aku terima sahaja... Bahagia atau derita, aku tetap doakan kebahagiannya. Dunia dan akhirat... Kalau itu jodoh dia, semoga sentiasa dalam rahmat Allah...

Amin~

Tuesday, April 26, 2011

To give or not to give



Peningnya..

Nak bagi ke tak nak bagi?

Cane kalau aku bagi, there will be bad effects on him?

Cane kalau aku tak bagi, mana tahu dia nak.....

Apa pendapat korang kalau ada sorang boy ni suka sangat kepada seorang girl sampai sanggup tunggu 5 tahun, sampai sanggup tinggalkan his first love for this girl even tough they had been together for 3 years ++ but at the end, the girl that he wanted so much didnt accept his love.

Then after 8 years, that boy is happily in love with new girl. But suddenly the girl that he loved so much 8 years ago appears. She wants to contact him again and ask for his cellphone number from his bestfriend aka his first love that still in touch with him even though 8 years had passed by without any pauses....

So, kalau korang jadi THAT BESTFRIEND, do you wanna give her the cellphone number of this boy????


Pelindung Vs Perosak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pelindung Vs Perosak | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Panjang kaki...



Wah, sejak dah abis praktikal ni, tiap petang aku keluar.. Gi Wetex la, teman kak miza beli laptop la, gi econsave la..

Pagi-pagi boleh meringkuk dalam selimut menyaksikan hosmet-hosmet ku ke sekolah... Ohhh, sungguh heaven. Heheh.. Tapi lepas tu kena bersiap ke sekolah jugak.. Dalam pukul 9 camtu...

Ingat esok nak keluar lagi...

Lusa niat nak belanja hosmets dinner... Alah, kat batu 6 jer..

Ehh, bila aku nak belanja sorang lagi student aku?

Aduih, kena susun jadual betul2 nih...


Hari ni dah berjaya siapkan 11 keping langsir.. jahit tepi and bawah je... Tape belum jahit lagi. Esok sambung... Tinggal balance 5 keping kalau tak salah. Pastu nak settle kan projek galeri nenas..

InsyaALLAH, segalanya berjalan lancar.. Amin..

Monday, April 25, 2011

Tailor-to-be



Eiii, geli paru-paru aku taip tajuk tu. Baru menjahit langsir library aje dah bajet tailot-to-be.... Kalau umi ada ni, dah kena sekeh ni...



Hehehe....





Hari ni, operasi menjahit langsir perpustakaan. Kali pertama menjahit from zero to hero... Ecece... Tak de la, sebenarnya ni kali pertama aku menjahit sampai siap sesuatu produk tu. Cehh, produk kononnya... Kalau kat rumah, tolong jahitkan seluar adik koyak and etc tu.. Tak pernah lagi la siapkan baju kurung ke, siapkan langsir ke apa... So, ini kira percubaan pertama la.... Dan, rasanya macam lulus la... Tak cemerlang pun... Alah, jahit tegak-tegak aje. Bukan buat scallop bagai.



Pastu tadi, mintak tolong Ustaz Izul tengokkan printer bilik Teknik Vokasional. Sebab hari tu aku refilled katrij printer tu, tapi bila print separuh paper je ada ink. Separuh lagi blank. So, mintak la tolong si ustaz tu sebab dia kan baru habis belajar. Mesti skil-skil merefill katrij tu ada lagi. Dan hasilnya, yess! Berjaya! Printer dah boleh diguna semula.... Lega sikit nak tinggalkan printer tu kepada cikgu Teknik Vokasional tu. Kalau tak, rasa tak tenang je bila mengingatkan aku ni macam tikus membaiki labu. So, dah settle tentang printer.



Tinggal lagi;



  1. Tampal label alatan tangan dan juga 'UTAMAKAN KESELAMATAN' kat bengkel KH.
  2. Siapkan langsir.
  3. Siapkan poster pemprosesan nenas untuk Galeri Nenas sekolah.




Sempat la kot siapkan sebelum hari Khamis. Jumaat dah tak nak pergi sekolah dah. Nak settlekan packing barang kat rumah sebab pagi Sabtu dah nak bertolak tinggalkan bumi Muar terchentaa ini... Huhu~ Sedihhhh!!!




Gambar langsir willbe uploaded later okies~

Saturday, April 23, 2011

Love her and her mom







Semalam kan main lagi menghadiri majlis perpisahan, tup-tup hari ni students terkejut tengok aku muncul lagi kat sekolah... Banyak lagi projek terbengkalai.. Kihkihkih~ Biasala kan, dah nama Miss Polaris, haruslah buat kerja last minute..

Nanti lepas dah siap buat labeling bengkel, aku kena siapkan projek galeri nenas dan jugak jahit langsir perpustakaan. Tak tau la ada bakat menjahit tak ni.. Mesti malu kan umi sebab umi cekgu jahitan tapi anak tak reti menjahit... Try aje la.. Kalau tak cuba, tak tahu kan???

Hari ni, memula sekali aku ke bilik teknik n vokasional untuk siapkan huruf-huruf untuk labeling bengkel kayu. Pastu laminate..

Sekali cikgu-cikgu kat situ suruh demo kan cara pakai shawl... Comel betul la cikgu-cikgu tu.




Balik rumah, panas ya amat... Bertahan jugak la sampai Asar pastu sms my student ajak gi pasar malam. LAgi pun memang niat nk jumpa dengan her mom sebelum balik kampung. Best sangat borak dengan her mom.... Tetiba rasa jatuh cinta... Hihi~ Tapi betul, rasa tak nak balik. Tapi dah 6.30 petang, mintak diri balik jugak la.

Harap-harap silatulrahim ini berpanjangan... Amin.


And i can pun 1 more reason to love Muar.

Friday, April 22, 2011

Majlis Perpisahan Edisi 2


Hadiah dari Kelab Guru, panitia Teknik &Vokasional dan juga from student. Homemade coklat okek!

Guru pembimbing major





Guru pembimbing minor




The best colleagues ever~





Kenal tak apakah iniiii?? Yang hijau tu yang tak cukup fruit cocktail and crystal jelly semalam

.



Nampak tak nasik apakah iniiii??? Ce teka.... Ye betul! Nasi ambeng my fav~





Breakfast dengan tempe goreng for the last time






Hari ni, 22 April 2011.... I was officially free from being a training teacher..

Dan hari ni, tepat jam 11 pagi, sekolah mengadakan majlis perpisahan buat kami berdua...

Banyak pengalaman berharga yang aku dapat di bumi Muar ini.... Pengalaman yang sukar dicari ganti di tempat lain... Pengalaman yang menjadi titik permulaan untuk bergelar seorang guru, insyaALLAH...

Terima kasih buat guru pembimbing yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman... Masa minggu pertama di sini, serius aku rasa macam orang bodoh. Masuk kelas, keluar kelas... Ntah apa yang aku buat... Tapi berkat tunjuk ajar guru-guru pembimbing, nasihat dan komen membina dari PK 1, suntikan semangat, kongsian pengalaman dan juga hiburan di kala suka duka, sangat membantu perjalanan aku di sini...

Serius, cikgu-cikgu sekolah ni yang terbaik.... Kalau sedang jemu ataupun tension, duduk aje di sofa di bilik guru.... InsyaALLAH, lepas tu perut rasa nak pecah dengar lawak mereka.... Setiap mereka ada ragam tersendiri.... Kalau pun mereka tak buat lawak, tapi mereka sendiri yang menjadi bahan usikan... Ada yang pening-pening, kuat mengusik, blur, dan berbagai lagi... Hosmet yang rajin masak, sedap pulak tu... Hihi.. Rumet yang sanggup berkorban memberi ruang aku menumpang di biliknya untuk 3 bulan.... Rumet yang banyak memberi tip-tip kecantikan, hehe... Dan juga rumet yang memperkenalkan shopping complexes di Melaka dan BP.. Tq rumet...

Terima kasih yang teramat sangat...

Thursday, April 21, 2011

Majlis Perpisahan Edisi 1


Potong kek dengan Khairon







Sayonara (Kek Mangga Secret Recipe)




Kak Sue, Kak Ad, Ustaz Izul, Kak Liza and Tuan Haji Azman (PK1)





Sedappp





Roti jala plus kari ayam yang super sedap....





Pagi-pagi lagi dah dihidangkan dengan Kek Mangga Secret Recipe and roti jala dengan kari ayam super sedap... Majlis perpisahan pertama yang dianjurkan di bilik guru....



Hmmm, terharu... Tapi segan... Ehhh, gedix pulakkk... Heheh.


Majlis Perpisahan sebenar yang dianjurkan oleh Kelab Guru akan diadakan esok. Majlis hari ni ehsan guru-guru hasil dari duit lebihan beli saham bank Rakyat... Kaya-kaya ok cekgu-cekgu kat Muar nihh.. Heheh.. Terima kasih semua... Kek dan roti jala sangat sedap.. Tapi yang paling penting mesti la ingatan ikhlas korang semua tu.. Thanks again~

Tapi tak best sebab tak dapat berkumpul semua masa makan sebab tuntutan tanggungjawab seorang guru. Sape yang free, makan dulu... InsyaALLAH, untuk majis esok semua guru akan berkumpul di bilik ERT. Harap-harap tak nangis esok~

Tadi aku buat demo cara membuat Puding Trifle. Segan okay nak masak depan cikgu-cikgu otai baking, buat kuih sume nih... Dah la resipi aku ni tak de sukatan yang tetap. Main campak-campak je... Then ended up dengan tak cukup bahan. Hehehe. Tadi nak buat puding trifle 4 bekas, tapi tak cukup jeli kristal and fruit cocktail. Malu i taw~ Tapi yang dua bekas lagi tu, ok dah kot...




Yang tak cukup fruit coctail and jeli kristal





Final products (Quite ok la kan.. Sedapkan hati sendirik)



Wednesday, April 20, 2011

Nostalgia...

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah




Rindu ----> Norie, Kakzu, KakPizah, Mizah, Bell.... Wa, Lin, Ijea, Effa, Dayang, Nilam, Isma... 

Tuesday, April 19, 2011

Sisa-sisa memori....



Tadi keluar ke bandar muar lagi dengan Kak Miza and Kak Nora.. Kali ni hunting for Swiss roll and printer ink... Tapi terbeli sekali Majalah Solusi, frame gambar 10R dua ketul sebab less 50%.... Lalalala~ Selalu je TERbeli barang yang luar dari senarai... Hihi...

Tapi tadi dah pergi dua bakeries, tapi tak jumpa pun swiss roll. Pastu beli la kek biasa aje... Ingat tak hari tu aku ada cakap Kak Liza ada tempah puding trifle dengan aku? Ingatkan untuk majlis apa la... Sekali hari ni dapat surat jemputan ke majlis perpisahan aku... Kuikuikui~ Comel kan aku dapat tempahan buat puding untuk majlis perpisahan sendirik... Hihi.. Comel la kak Liza... Siap request suruh aku buat demo kat bilik masakan lagi sebab dia nak belajar... Segan lak sebab kak liza tu otai buat fondant kek... Comel dowh kek-kek yang kak liza buat... Siap ambil tempahan untuk kenduri kahwin lagi... Kerdilnya diri sebab kena demo buat trifle yang senang yang amat tu.. Geram je nak cakap, alah kak, trifle ni, kalau akak buat pejam mata pun bolehhh.. Tapi sebab saya tak otai cam akak, saya kena la buat sambil bukak mata... Hehehe~~~

Dan hari ni tetiba Kak Azida, cikgu PSS mintak tolong aku jahitkan langsir PSS... Erkk! Terserdak seketika... Akak, saya ni, nama je anak cikgu jahitan. Tapi nak jahit baju kurung pun failed akakkkkk...

Pastu call umi. Mintak pendapat. Takat jahit seluar koyak tu, pass la.. Hehehe~

"Cane ni umi, boleh tak kak eg jahit?"

"Boleh je kot... Jahit lurus je kan."

Ok, permission received...

Terus balas sms kak Azida.

'InsyaALLAH boleh kak kalau jahit lurus aje..'

Ooooh, banyaknya talent TERcungkil di bumi Muar ini.. Hehehe.. Terima kasih S-M-K-Bie-En...

Monday, April 18, 2011

PiTis-Pitis-Negara

Tadi tolong bayarkan PTPTN my prince guna cimb clicks dia la... Then dia suruh cek kan balance....

Baki awal tahun: RM xx250.00
Baki akhir pada April 2010: RM xx330.00

Ada rasa nak naik angin tak bila kita tiap bulan tak pernah miss bayar tapi baki makin naik????? What The Dot Dot Dot~ Kesian my prince... Dia tak pernah missed buat bayaran balik pitis pitis negara... Tapi bila dia dengar aku cakap berapa balance yang tinggal, terus suara dia down.... Ye aku tahu dia kecewa. Dalam dok gigih kumpul duit nak kawen, dia ketepikan sikit duit gaji yang tak seberapa tu untuk bayar pitis pitis negara... Tapi sape tak kecewa kalau kita bayar ikut jadual yang ditetapkan, dan ikut bayaran yang ditetapkan, balance makin meninggi....

Nasib baik aku tak bayar langsung. Kuikuikui~ Dulu, dah pernah bayar RM100 sebulan... Tapi dah lama stop. Sebab rasa malas nak bayar. Hehehe... Tapi aku rasa, sekarang balance pun dah lebih dari dulu jugk sebab kos perkhidmatan tetap berjalan.... Kannn??? So, apa penyelesaiannya nih???? Kerajaan tak bimbang ke bila orang-orang yang tak berapa nak gaji besar ni rasa demotivated untuk bayar bila mengenangkan perkara sebegini yang berlaku???? Ntah, aku tak nak jawab... Nanti aku tanya Incik Abroar yang kije kat pitis pitis negara...

Sunday, April 17, 2011

Weekend di Muar..


Kak Miza sebok dok fokus sebab jalan jem, aku menggedik dengan kamera pulak...






Subhanallah, sangat cantik...






My jogging path ~ Walaupun bukan kamera DSLR, aku tetap nak rasa gambar ni cantik, bolehhh????




Ok, sebelum tu sape yang tengok Daisy Path aku kat belah kiri ni, tulun la jangan kutuk dalam hati sebab aku eja engaged jadi enganged... Dah siap sume baru terperasan typing error...

Huhuuh.. Dua hari memerap di rumah buat aku jadi sakit kepala. Series.... Tak pun sebab badan dah terbiasa aerobik (ceh, dan dan cakap terbiasa aerobik, padahal baru dua kali pergi aerobik minggu lepas), sekali kena melepek je kat rumah, terus angin naik ke kepala... Dalam tengah-tengah fikir nak ajak kak miza jogging di Tanjung Ketapang, sekali dapat sms dari kak miza ajak kuar gi jogging... Yuuuuhhuuuu!!! Sampai je kat sana, stretching sket, pastu terus jogging..... Malangnya, baru 2 minit jogging, aku pun semput.... Kuikuikui~ Tadi gedik sangat kau nak jongging kan, nahhhhh rasakannnn.. Hehe... Lalu aku pun berlenggang kangkung... Kak Miza dah pun jauh meninggalkan aku... Hehehe...

Tiba-tiba..... Jengjengjeng~ Ada sorang mamat motor slowkan motor bajet nak seiring dengan aku la... 'Assalamualaikum awak... Boleh tak saya nak teman awak....' Aku jawab salam dalam hati je.... Tak jawab kang dosa... Kikiki.... Pastu buat-buat tak tahu je... Bila dah sampai tempat orang ramai balik, aku pun dah tak berani nak buat second round... Pastu jogging-jogging, plus jalan-jalan kat tepi laut je sambil tunggu kak miza siap jogging. Tapi aku ada juga exercise guna alat senaman kat situ... nak cukup kan 1 jam sbb aerobik pun 1 jam... Cantik sangat pemandangan kat situ..




Lepas tu kami ke Tanjung Emas pulak.... Jalan-jalan sambil main batu refleksologi.... Baru rasa ringan sikit badan.





Dataran Tanjung Emas (time ni bilal tengah azan maghrib, hehehe)








Nampak tak sign board apa ni???





Saya tak sentuh ye, saya duduk aje~





Sekarang ni tengah gigih khatamkan blog kak didi yang tajuk My Secret Garden... Blog baru kak didi yang tajuk Our Secret Garden dah lama dah khatam... Comel sangat kak didi tulis blog... Dan dan tu ase nak kawen semakin menggigit tangkai hati... Cehh~ Ayat mintak lempang dengan abang.. Hehehe... Pastu bila baca blog My Secret Garden kak didi, lagi-lagi la ase nak kawen.... Ngeeee~ Suwit sangat Kak Didi and Abang Kuku dia tu...




Tapi membuatkan aku ingat kawan baik lama aku... Buat kawan baik lama aku, "Awak, nanti awak kawen, mesti awak pun sama dengan Abg Kuku and Kak Didi.... Saya doakan awak bahagia... Lebih dari saya... Sama macam Kak Didi and Abang Kuku..."




Hmmmm, "Awak, betul la... kalau ikut pandangan mata rabun saya, dia sama macam awak.... dia punya body figure and the concern thing tu....."





Blog owner


("_") Sekian.

Saturday, April 16, 2011

Posmen...



Pagi tadi pejabat pos call... Tanya rumah aku kat mana sebab nak deliver parcel... Alamat di parcel adalah sekolah, tapi sebab sekolah cuti, dia nak hantar ke rumah... So aku bagi la directionnya...

Pastu dah pukul 11 pagi kot, ada call lagi..

Ooohh, posmen rupanya....

"Rumah awak warna kuning kan? Rumah batu ke?"

"Ya, rumah batu, tapi dinding kayu...."

Tetiba posmen tu gelak... Ehhh, lawak ke....

Sebenarnya aku nak cakap, rumah kat bawah dinding batu, tapi atas dia guna kayu... Tapi nasib baik dia jumpa rumah aku...

Yeay, baju baru dah sampai. Satu baju kurung, satu blouse... Umi pos kan... Hari last nanti nak pakai baju baru la.... Nanti nak ambil gambar dengan students... Hikhikhik... Pastu lagi, umi poskan jugak charger LUMIX.. Yeay sekali lagi sebab tak yah beli charger baru......

Gambar akan di upload later.. Till then~

Friday, April 15, 2011

Lawak my prince..



Tadi baru balik dari aerobik, sms2 my prince..

Then aku ada cakap, "Best la gi sane.. sbb peRASAn sayang yang paling kurus walaupun berat sekarang XX kg. Gile kan yang????"

Then my prince balas, "Apa yang gile?"

Aku: "Berat sayang la..."

My prince: "Jangan cakap camtu... Kesian orang lain yang gi aerobik tu.. Sebab dorang laaaaggiiiii gile."


Oooo, pandai ye yang wat lawak sekarang..... Ehhh, ke tak lawak???? Apasal aku gelak sampai tergolek???? Ngehehehe..

Tuesday, April 12, 2011

Belog shomel



Malam ni, tak jadi kerja aku....

Sebenarnya tadi masuk blog kak marina hunny, pastu sekali terbuka link ke satu blog ni....

alahai kakak, nape comel sangat kakak nulis blog nihhhh... dan dan tu jugak aku rasa nak kawen.. ehh, tetiba mood gedix datang.. hehehe...

ni, pun aku tak tau lagi cane nak stop nih.. patutnya tido awal, sebab aku kena kejut lecturer aku pukul 5 pagi..

jom la same2 baca blog kak diana ni... http://dudusecret.blogspot.com/

Prof terchennnta~



Ni, aku baru lepas kena observe dengan Dr. Azahari. Dah la datang ambush je. Nasib baik semua dah ready. Tapi menggelupur jugak la aku balik rumah tukar kasut sebab dah lama giler aku tak pakai kasut kat sekolah. Tapi sebab hari ni aku nak masuk bengkel buat kerja kayu, memang sengaja cari nahas la kalau tak pakai covered shoes. Nasib baik rumah depan sekolah je. Aku di observe untuk waktu ke 4, iaitu waktu lepas rehat. Nasib baik Tingkatan 2 Cekal.

Pagi tu aku dah buat amali untuk 2 Dedikasi. Tapi yang menjadikan masalah tu, aku nak buat proses mencantum, tapi aku tak jumpa kat mana budak 2 D tu simpan paku panel. Gam PVC pulak, last tin dah dihabiskan oleh budak 2 D. Haru betullll!!!! Nasib baik satu waktu je. Puas la aku suruh budak-budak 2 Cekal tu gosok kayu dorang dengan kertas las/pasir sebelum mencantum sebab pakunya tak ada. Gilerrr laaa!!! Lepas tu dah habis masa. Alhamdulillah, observer bagitau everything is better than before and this time i got 98%. Lepas ni dah lega dah. Dah tak ada penyeliaan lagi dah. Kecuali satu sesi penyeliaan oleh guru pembimbing untuk teori. Amali dah lepas....

Hmmm, aku sebenarnya kannn, sakit ati ni. Sebab kena update blog guna Internet Explorer. Apa la masalahnya dengan Mozilla aku tu. Dia suruh clearkan cache and cookies. Bila aku dah clearkan pun still xleh guna. Dah IE ni memang selalu bermasalah. AKu dah buat paragraph cantik-cantik, tapi bila publish, dia jadi esei summary form 5 pulak. Hampeshhhh! Ok la, sampai jumpa lagi....


P/S: ni edisi re-edited by using Mozilla Firefox...

Monday, April 11, 2011

Heran~


Sebenarnya kannn, aku rasa hairan jugak bila sesekali memikirkan manusia-manusia unik yang pernah aku hadapi dalam hidup... Dulu, masa aku sibuk buat persiapan pertunangan, mereka yang aku anggap sahabat kata aku nak show off. Ehh, show off ke bila kita mintak pendapat dorang pape yang dorang lebih tahu? Kata kawan kannn????? 

Pastu memula aku tak nak upload gambar majlis pertunangan dalam FB sebab takut mereka kata aku nak show off lagi. Tapi bila memikirkan mereka tu sape dalam hidup aku? Kawan? Kawan makan kawan ada lahhh.. Ramai lagi kawan aku yang nak tengok gambar aku.... Bila bagitahu my prince, dia kata, antara dua je mereka ni? 

Pertama, sebab dah tak suka. Bila kita tak suka orang, automatik la kan everything yang orang tu buat kita rasa annoying. Kannn?? Kau dah tak suka aku, sebab tu everything yang aku buat kau rasa macam nak show off. Cuba kalau bestfriend kau yang nak bertunang, for sure kau yang gedik terlebih tanya preparation dorang, mekap tempah kat mana, pelamin tema apa, baju color apa.. kannn??? 

Kedua, kau dengki. Kau takde boyfriend, tapi pretend ada boyfriend then sume boyfriend kau yang lebih dari boyfriend orang lain. At least, kalau aku nak show off pun, aku jaja everything dengan IKHLAS. Ngehngehngehhhh~ Daripada niat kau yang nak show off sebenarnya, tapi bajet nak berahsia.. Ek eleh, macam aku tak tau..... Baiklahhh, boyfriend kau memang yang terbaik lahhh... 

Lagi, heran sungguh kat orang-orang yang sibuk nak kata aku SHOW OFF tapi tak sedar yang dia pun sibuk duk jaja cerita bahagia diri sendiri kat FB... Kau ingat FB kau tu invisible keee???? Tapi herannya tu, aku sikit pun tak rasa pape. Kau bahagia, ok, fine, alhamdulillah.. Takde kaitan pun dengan aku. Itu jalan kau. Tapi tolong cermin sikit diri sendiri tu sebelum kata orang SHOW OFF... Kau pun same la derrr! Baiklah, ini memang entry berciri negatif. Tapi aku tetap nak publish... Biasanya kalau entry negatif, aku suka taip, save dalam draft. Then bila dah sejuk aku delete. Hehehe... 

Normalnya manusia bila suka berkongsi bahagia dengan kawan. Bukan nak show off... Tapi kalau kau pun buat, aku buat, itu NORMAL. Ok. So dari kau letak aku dalam ruang hati kau, sibuk nak create rasa annoying dengan apa yang aku buat, rentikan laaaa.... Tenangkan hati, hiasi peribadi. Ok, till then~

Muar - Kota Tinggi - Ayer Hitam - Batu Pahat



Semalam menempuh satu perjalanan yang panjang... Dari Muar ke Kota Tinggi, singgah di Ayer Hitam dan dropped by BP Mall untuk dinner yang membawa kepada pembelian face mosturizer and Big Apple untuk students yang tak datang masa aku belanja donut J Co hari tu... Rezeki dorang~

Sebenarnya semalam kak miza ajak teman ke kenduri kawan dia di Kota Tinggi... Merasa la tengok signboard Felda Taib Andak... Hehehe.. Tak dapat tengok orangnya, tengok signboard pun jadilahhhh.... Hehe.. Macam la aku minat sangat. Aku wakilkan kawan aku je.... Delaila... Ingat lagi kami pernah buat kerja gila masa upper 6, tahun 2005 dulu. Kebetulan Mawi datang ke KB untuk perasmian KB Bandaraya Islam. So, kawan aku ni ajak la teman. Ada konsert islamik katanyaaa... So, aku pergi la. Kami balik dalam pukul 2 pagi kot. Tak sedar diri yang pagi tu ada test Chemistry.... Merasalah terkebil-kebil pandang soalan sebab nak jawab, tak de idea. Sebab langsung tak study. Bawak buku rujukan ke KB, tapi haramm aku nak belek.... Hehehe..

Ok, back to de story.

Lepas balik dari kenduri, singgah Ayer Hitam pulak. Nak cari hadiah untuk bilik guru dan jugak kawan-kawan yang dah kawen tapi xsempat attend and yang bakal kahwin nanti. Habis jugak 100.... Kalau boleh, sume aku nak rembat. Tapi kerepek kat situ macam tak fresh sangat. Ada yang tengik. Tapi sebab dalam plastik, mana aku tau... Rezeki untuk hari itu....

Lepas tu, dah penat shopping di hujung minggu dengan berkurung moden dan ber'hi heels', terus gastrik. Hehehe... Pastu kak miza singgah BP Mall. Asenya aku n kak miza je kot yang berbaju kurung kat BP Mall tu.. Ngehngehngehhh~ Pastu pelahap KFC. Pastu nyesal sebab high calories intake. Padahal sebelum tu kak miza dah tanya, nak makan tom yam kat Juara Tom Yam Parit Sulong ke, nak makan fastfud. Tapi sebab nafsu dah mengaburi perut, terus laju je aku cakap nak makan kepsi.. Hehehee.. Cane nak kurus nihhh????

Panjang betul perjalanan hari tu. Sampai rumah pukul 9.30 kalau tak salah. Tapi kira ok la... Bila lagi aku nak kenal Kota Tinggi and Ayer Hitam kannn... Lagipun dah tak lama nak tinggalkan Muar ni... Serius aku cakap, aku jatuh cinta dengan Johor... Urrrggghhh, berat hati~ Gambar tak leh ambil lagi dah. Sebab bateri tinggal satu bar je lagi. Charger pulak aku tak tahu letak kat mana. Tapi aku rasa aku tertinggal kat kampungg.. Adussshhh, dah la dah tak lama nak duduk Muar ni. Spoil betul la bateri kamera ni... Mahal tak eh charger untuk kamera Panasonic model Lumix DMC-FS6????

By the way, hari ni ada cekgu order Puding Trifle dengan aku sebab dia rasa masa potluck hari tu... Hehehe.... Rezeki, rezeki~

Wednesday, April 6, 2011

Melaka Again....





Kereta yang penuh dengan barang tangkapan sampaikan aku kena bersila
(btw, i am in new jacket ~ bday present from my lurvely Prince)






With Kak Miza and Kak Sue
With Kak Nora and Kak Sue







Treat for my students (Sebab tak dapat A, so x jadi belanja KFC... for those who got 60 and above)






Semalam ke Melaka again.

Kali ni with Kak Nora, Kak Miza and Kak Su....

Banyak jugak la hasil tangkapannya.. Hehe...

Shopping is the best therapy. Ngehngehngeh~

Betul la, kalau bab shopping, tak pikir panjang dah. Tau tau duit sekelepuk habis... Tapi jiwa tenang yang amat....

UNLESSSSS!!!!!

Aku shopping dengan My Prince merangkap pegawai kewangan peribadi haku...

Kalau shopping dengan dia, pegang baju aje ~ "Minggu lepas kan baru beli baju."

Kalau pegang mekap ~ "Bukan ke baru beli je."

Sabar je lahhhh... Tapi ok apa, at least aku kenal erti jimat....

Tu la, walaupun baju beli tiap minggu, tapi time nak dating mesti setengah jam tercongok depan wardrobe tak tau nak pilih baju mana. Last-last, "Yang, xde baju la nak pakai...."

Then, the reply will be, "Tak de baju apa nya, kan tiap-tiap minggu beli...."


Ehhh, melalut... Ok, hasil tangkapan semalam adalah:


  1. Contact lens
  2. ZA Energy Water (Skin Lotion)
  3. Tudung ARIANI 6 helai
  4. J.Co. (belanja student yang dapat 60 and above in de first test)
  5. Stage Eyeshadow


Ehhh, macam sikit je kannn....

Tapi ada lagi yang tak beli ni... Sebab tak tau nak pilih yang mana satu yang terbaik.


Hadiah bestday untuk one of my student's mom. Yang ni tak tau nak beli apa...

Face moisturizer... Tapi Kak Miza recommend beli Nite Cream. Tak tau nak pilih brand apa...

Ok, yang ni kita reserve untuk next therapy session. Ngehehehe~~~

Ok, till then.