.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, April 11, 2011

Heran~


Sebenarnya kannn, aku rasa hairan jugak bila sesekali memikirkan manusia-manusia unik yang pernah aku hadapi dalam hidup... Dulu, masa aku sibuk buat persiapan pertunangan, mereka yang aku anggap sahabat kata aku nak show off. Ehh, show off ke bila kita mintak pendapat dorang pape yang dorang lebih tahu? Kata kawan kannn????? 

Pastu memula aku tak nak upload gambar majlis pertunangan dalam FB sebab takut mereka kata aku nak show off lagi. Tapi bila memikirkan mereka tu sape dalam hidup aku? Kawan? Kawan makan kawan ada lahhh.. Ramai lagi kawan aku yang nak tengok gambar aku.... Bila bagitahu my prince, dia kata, antara dua je mereka ni? 

Pertama, sebab dah tak suka. Bila kita tak suka orang, automatik la kan everything yang orang tu buat kita rasa annoying. Kannn?? Kau dah tak suka aku, sebab tu everything yang aku buat kau rasa macam nak show off. Cuba kalau bestfriend kau yang nak bertunang, for sure kau yang gedik terlebih tanya preparation dorang, mekap tempah kat mana, pelamin tema apa, baju color apa.. kannn??? 

Kedua, kau dengki. Kau takde boyfriend, tapi pretend ada boyfriend then sume boyfriend kau yang lebih dari boyfriend orang lain. At least, kalau aku nak show off pun, aku jaja everything dengan IKHLAS. Ngehngehngehhhh~ Daripada niat kau yang nak show off sebenarnya, tapi bajet nak berahsia.. Ek eleh, macam aku tak tau..... Baiklahhh, boyfriend kau memang yang terbaik lahhh... 

Lagi, heran sungguh kat orang-orang yang sibuk nak kata aku SHOW OFF tapi tak sedar yang dia pun sibuk duk jaja cerita bahagia diri sendiri kat FB... Kau ingat FB kau tu invisible keee???? Tapi herannya tu, aku sikit pun tak rasa pape. Kau bahagia, ok, fine, alhamdulillah.. Takde kaitan pun dengan aku. Itu jalan kau. Tapi tolong cermin sikit diri sendiri tu sebelum kata orang SHOW OFF... Kau pun same la derrr! Baiklah, ini memang entry berciri negatif. Tapi aku tetap nak publish... Biasanya kalau entry negatif, aku suka taip, save dalam draft. Then bila dah sejuk aku delete. Hehehe... 

Normalnya manusia bila suka berkongsi bahagia dengan kawan. Bukan nak show off... Tapi kalau kau pun buat, aku buat, itu NORMAL. Ok. So dari kau letak aku dalam ruang hati kau, sibuk nak create rasa annoying dengan apa yang aku buat, rentikan laaaa.... Tenangkan hati, hiasi peribadi. Ok, till then~

No comments: