Friday, April 29, 2011

Lontong pertama di bumi Muar



Malam tadi merupakan nightmare bagi aku dan dua orang hosmet ku. Memula hosmet aku tido dalam bilik masing-masing, aku pulak selalunya tido dengan one of them, i.e Kak Nora. Tapi minggu last ni aku lagi suka tido kat ruang tamu sebab lepas subuh aku nak tido balik. Hehe... So tak nak menyusahkan rumet aku yang nak bersiap ke sekolah.

Tapi dinihari tadi aku tersedar pukul 4 pagi sebab tetiba bunyi ketuk-ketak, ketuk-ketak yang halus je.. Bila sedar aku tengok kelkatu dah mula masuk dalam rumah. Aku agak, bunyi ketuk-ketak tu sebab dia accident dengan dinding kot... Cepat-cepat aku tutup lampu ruang tamu, bukak lampu luar rumah kat dapur dan tidur dalam bilik. Tapi sumpah ak dapat tido. Kelkatu masih masuk ke dalam rumah which aku tak tahu dari celah mana dia masuk. Dan buat aku rasa nak histeria bila dia mula merayap-rayap dalam baju macamkan dalam baju aku ada lampu. Huih, geram. Pastu rumet aku and another hosmet pun dah mula tak leh tido.

Then we ended up dengan bangun and duduk mengadap kat ruang tamu dalam gelap membincangkan masalah yang xde penyelesaiannya ini...

Hosmet aku mandi cepat-cepat and pukul 6.30 dah masuk dalam kereta sambung tido sebelum bertolak ke sekolah. Pastu bila aku buka pintu nak tinjau keadaan di luar rumah sebab hari dah mula cerah, terkejut besar aku tengok mereka mengerumuni rumah secara banyak gilerrr... Cepat-cepat aku panggil my rumet suruh tengok. Dia pun terkejut. Tak pernah-pernah dilanda serangan kelkatu sebegini. Pastu aku turut sama masuk sambung tido dalam kereta sebab dalam rumah takde tempat nak duduk.

Dalam pukul 8 pagi, baru aku keluar dari kereta. Masuk dalam rumah, mengucap panjang aku tengok... Sayap kelkatu bersepah-sepah. Ulat kelkatu merayap-rayap. Sangat rasa nak menjerit stresss! 3 kali aku sapu dalam rumah tapi benda alah tu masih bersepah-sepah.

Sebenarnya aku nak pergi sekolah lewat-lewat sikit. Sebab hari last ke sekolah sebelum balik,kan.. Lagipun nak gi salam-salam dengan cikgu kat situ aje. Pastu Kak Sue suruh ambil ukuran badan dia sebab nak umi jahitkan blouse untuk dia. Dia berkenan tengok blouse aku pakai. Takpe la, rezeki umi.

Lagi satu reason nak ke sekolah, ada cikgu nak bagi hadiah lagi untuk aku... Hikhikhik.. I loike..
Dan hadiah itu sangat cantik. Jam dinding berupa jam tangan dari material kayu. Aku hagak la kannnz, cikgu tu beli kat Ayer Hitam sebab rumah dia di Ayer Hitam. Hehe.. Apappun, sangat cantik cikgu. Terima kasih.

Pastu Kak Masinah and Kak Siti ajak gi makan nasik ambeng buat kali terakhir sebab diorang tahu that is my fav. Tapi tak pergi pun. Aku kirim aje. Sebab rasa segan nak jumpa student dengan pakai jeans slim fit and tshirt muslimah. Sebab baju dah packing dah sikit-sikit.

Ehhhhh!!! Mana cerita lontong????

Ok, pukul 8 pagi tu, aku keluar dari kereta dan masuk dalam rumah. Pastu lapar. Pastu tengok Prawn Olio baki semalam dalam kuali dah jadi Kelkatu Olio, terus aku salin baju dan gi cari breakfast. Niat nak cari nasi ambeng, tapi nasik dah habis. Dua kedai aku berenti. Pastu teruskan pencarian dan jumpa 1 gerai tepi jalan. Ada lontong. Wahhh, my fav. Memula ambik 1 bungkus. Ambik cucur pisang 2 bijik dan juga begedil seringgit. 5 keping. Saiz dia besar duit 50 sen aje.

Uiiiihh, sedap. Tapi tahan nafsu nak bukak 1 bungkus lontong lagi. Hehe.. Tapi bagi seorang anak, lontong umi lagi best. Hehehe... Motip lontong orang Besut lagi best dari lontong orang Jawa??? Heheh... Umi, kita Jawa pure kannnnz???

Tapi kuih dia failed. Eceh, pandai je kritik-kritik rezeki orang. Bukan teruk sangat, cuma tak kena dengan selera aku.

Dan inilah kali pertama aku makan lontong di bumi Muar.

Balik nanti nak suruh umi buat lontong la.. Uihhh, sedapnya~

1 comment:

nieja said...

buatkan nieja lontong plsss!
lama x mkn