Saturday, April 23, 2011

Love her and her mom







Semalam kan main lagi menghadiri majlis perpisahan, tup-tup hari ni students terkejut tengok aku muncul lagi kat sekolah... Banyak lagi projek terbengkalai.. Kihkihkih~ Biasala kan, dah nama Miss Polaris, haruslah buat kerja last minute..

Nanti lepas dah siap buat labeling bengkel, aku kena siapkan projek galeri nenas dan jugak jahit langsir perpustakaan. Tak tau la ada bakat menjahit tak ni.. Mesti malu kan umi sebab umi cekgu jahitan tapi anak tak reti menjahit... Try aje la.. Kalau tak cuba, tak tahu kan???

Hari ni, memula sekali aku ke bilik teknik n vokasional untuk siapkan huruf-huruf untuk labeling bengkel kayu. Pastu laminate..

Sekali cikgu-cikgu kat situ suruh demo kan cara pakai shawl... Comel betul la cikgu-cikgu tu.




Balik rumah, panas ya amat... Bertahan jugak la sampai Asar pastu sms my student ajak gi pasar malam. LAgi pun memang niat nk jumpa dengan her mom sebelum balik kampung. Best sangat borak dengan her mom.... Tetiba rasa jatuh cinta... Hihi~ Tapi betul, rasa tak nak balik. Tapi dah 6.30 petang, mintak diri balik jugak la.

Harap-harap silatulrahim ini berpanjangan... Amin.


And i can pun 1 more reason to love Muar.

No comments: