.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Monday, April 11, 2011

Muar - Kota Tinggi - Ayer Hitam - Batu Pahat



Semalam menempuh satu perjalanan yang panjang... Dari Muar ke Kota Tinggi, singgah di Ayer Hitam dan dropped by BP Mall untuk dinner yang membawa kepada pembelian face mosturizer and Big Apple untuk students yang tak datang masa aku belanja donut J Co hari tu... Rezeki dorang~

Sebenarnya semalam kak miza ajak teman ke kenduri kawan dia di Kota Tinggi... Merasa la tengok signboard Felda Taib Andak... Hehehe.. Tak dapat tengok orangnya, tengok signboard pun jadilahhhh.... Hehe.. Macam la aku minat sangat. Aku wakilkan kawan aku je.... Delaila... Ingat lagi kami pernah buat kerja gila masa upper 6, tahun 2005 dulu. Kebetulan Mawi datang ke KB untuk perasmian KB Bandaraya Islam. So, kawan aku ni ajak la teman. Ada konsert islamik katanyaaa... So, aku pergi la. Kami balik dalam pukul 2 pagi kot. Tak sedar diri yang pagi tu ada test Chemistry.... Merasalah terkebil-kebil pandang soalan sebab nak jawab, tak de idea. Sebab langsung tak study. Bawak buku rujukan ke KB, tapi haramm aku nak belek.... Hehehe..

Ok, back to de story.

Lepas balik dari kenduri, singgah Ayer Hitam pulak. Nak cari hadiah untuk bilik guru dan jugak kawan-kawan yang dah kawen tapi xsempat attend and yang bakal kahwin nanti. Habis jugak 100.... Kalau boleh, sume aku nak rembat. Tapi kerepek kat situ macam tak fresh sangat. Ada yang tengik. Tapi sebab dalam plastik, mana aku tau... Rezeki untuk hari itu....

Lepas tu, dah penat shopping di hujung minggu dengan berkurung moden dan ber'hi heels', terus gastrik. Hehehe... Pastu kak miza singgah BP Mall. Asenya aku n kak miza je kot yang berbaju kurung kat BP Mall tu.. Ngehngehngehhh~ Pastu pelahap KFC. Pastu nyesal sebab high calories intake. Padahal sebelum tu kak miza dah tanya, nak makan tom yam kat Juara Tom Yam Parit Sulong ke, nak makan fastfud. Tapi sebab nafsu dah mengaburi perut, terus laju je aku cakap nak makan kepsi.. Hehehee.. Cane nak kurus nihhh????

Panjang betul perjalanan hari tu. Sampai rumah pukul 9.30 kalau tak salah. Tapi kira ok la... Bila lagi aku nak kenal Kota Tinggi and Ayer Hitam kannn... Lagipun dah tak lama nak tinggalkan Muar ni... Serius aku cakap, aku jatuh cinta dengan Johor... Urrrggghhh, berat hati~ Gambar tak leh ambil lagi dah. Sebab bateri tinggal satu bar je lagi. Charger pulak aku tak tahu letak kat mana. Tapi aku rasa aku tertinggal kat kampungg.. Adussshhh, dah la dah tak lama nak duduk Muar ni. Spoil betul la bateri kamera ni... Mahal tak eh charger untuk kamera Panasonic model Lumix DMC-FS6????

By the way, hari ni ada cekgu order Puding Trifle dengan aku sebab dia rasa masa potluck hari tu... Hehehe.... Rezeki, rezeki~

2 comments:

nieja said...

i pon jatuh cinta ngan
johorrrrr.. rendu johorrr!

Miss Polaris said...

rindu johor ke? rindu makhluk Allah dari Johor nieja??? Hehehe..