.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, April 12, 2011

Prof terchennnta~



Ni, aku baru lepas kena observe dengan Dr. Azahari. Dah la datang ambush je. Nasib baik semua dah ready. Tapi menggelupur jugak la aku balik rumah tukar kasut sebab dah lama giler aku tak pakai kasut kat sekolah. Tapi sebab hari ni aku nak masuk bengkel buat kerja kayu, memang sengaja cari nahas la kalau tak pakai covered shoes. Nasib baik rumah depan sekolah je. Aku di observe untuk waktu ke 4, iaitu waktu lepas rehat. Nasib baik Tingkatan 2 Cekal.

Pagi tu aku dah buat amali untuk 2 Dedikasi. Tapi yang menjadikan masalah tu, aku nak buat proses mencantum, tapi aku tak jumpa kat mana budak 2 D tu simpan paku panel. Gam PVC pulak, last tin dah dihabiskan oleh budak 2 D. Haru betullll!!!! Nasib baik satu waktu je. Puas la aku suruh budak-budak 2 Cekal tu gosok kayu dorang dengan kertas las/pasir sebelum mencantum sebab pakunya tak ada. Gilerrr laaa!!! Lepas tu dah habis masa. Alhamdulillah, observer bagitau everything is better than before and this time i got 98%. Lepas ni dah lega dah. Dah tak ada penyeliaan lagi dah. Kecuali satu sesi penyeliaan oleh guru pembimbing untuk teori. Amali dah lepas....

Hmmm, aku sebenarnya kannn, sakit ati ni. Sebab kena update blog guna Internet Explorer. Apa la masalahnya dengan Mozilla aku tu. Dia suruh clearkan cache and cookies. Bila aku dah clearkan pun still xleh guna. Dah IE ni memang selalu bermasalah. AKu dah buat paragraph cantik-cantik, tapi bila publish, dia jadi esei summary form 5 pulak. Hampeshhhh! Ok la, sampai jumpa lagi....


P/S: ni edisi re-edited by using Mozilla Firefox...

No comments: