.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Tuesday, April 19, 2011

Sisa-sisa memori....



Tadi keluar ke bandar muar lagi dengan Kak Miza and Kak Nora.. Kali ni hunting for Swiss roll and printer ink... Tapi terbeli sekali Majalah Solusi, frame gambar 10R dua ketul sebab less 50%.... Lalalala~ Selalu je TERbeli barang yang luar dari senarai... Hihi...

Tapi tadi dah pergi dua bakeries, tapi tak jumpa pun swiss roll. Pastu beli la kek biasa aje... Ingat tak hari tu aku ada cakap Kak Liza ada tempah puding trifle dengan aku? Ingatkan untuk majlis apa la... Sekali hari ni dapat surat jemputan ke majlis perpisahan aku... Kuikuikui~ Comel kan aku dapat tempahan buat puding untuk majlis perpisahan sendirik... Hihi.. Comel la kak Liza... Siap request suruh aku buat demo kat bilik masakan lagi sebab dia nak belajar... Segan lak sebab kak liza tu otai buat fondant kek... Comel dowh kek-kek yang kak liza buat... Siap ambil tempahan untuk kenduri kahwin lagi... Kerdilnya diri sebab kena demo buat trifle yang senang yang amat tu.. Geram je nak cakap, alah kak, trifle ni, kalau akak buat pejam mata pun bolehhh.. Tapi sebab saya tak otai cam akak, saya kena la buat sambil bukak mata... Hehehe~~~

Dan hari ni tetiba Kak Azida, cikgu PSS mintak tolong aku jahitkan langsir PSS... Erkk! Terserdak seketika... Akak, saya ni, nama je anak cikgu jahitan. Tapi nak jahit baju kurung pun failed akakkkkk...

Pastu call umi. Mintak pendapat. Takat jahit seluar koyak tu, pass la.. Hehehe~

"Cane ni umi, boleh tak kak eg jahit?"

"Boleh je kot... Jahit lurus je kan."

Ok, permission received...

Terus balas sms kak Azida.

'InsyaALLAH boleh kak kalau jahit lurus aje..'

Ooooh, banyaknya talent TERcungkil di bumi Muar ini.. Hehehe.. Terima kasih S-M-K-Bie-En...

No comments: