Monday, April 25, 2011

Tailor-to-be



Eiii, geli paru-paru aku taip tajuk tu. Baru menjahit langsir library aje dah bajet tailot-to-be.... Kalau umi ada ni, dah kena sekeh ni...



Hehehe....





Hari ni, operasi menjahit langsir perpustakaan. Kali pertama menjahit from zero to hero... Ecece... Tak de la, sebenarnya ni kali pertama aku menjahit sampai siap sesuatu produk tu. Cehh, produk kononnya... Kalau kat rumah, tolong jahitkan seluar adik koyak and etc tu.. Tak pernah lagi la siapkan baju kurung ke, siapkan langsir ke apa... So, ini kira percubaan pertama la.... Dan, rasanya macam lulus la... Tak cemerlang pun... Alah, jahit tegak-tegak aje. Bukan buat scallop bagai.



Pastu tadi, mintak tolong Ustaz Izul tengokkan printer bilik Teknik Vokasional. Sebab hari tu aku refilled katrij printer tu, tapi bila print separuh paper je ada ink. Separuh lagi blank. So, mintak la tolong si ustaz tu sebab dia kan baru habis belajar. Mesti skil-skil merefill katrij tu ada lagi. Dan hasilnya, yess! Berjaya! Printer dah boleh diguna semula.... Lega sikit nak tinggalkan printer tu kepada cikgu Teknik Vokasional tu. Kalau tak, rasa tak tenang je bila mengingatkan aku ni macam tikus membaiki labu. So, dah settle tentang printer.



Tinggal lagi;



  1. Tampal label alatan tangan dan juga 'UTAMAKAN KESELAMATAN' kat bengkel KH.
  2. Siapkan langsir.
  3. Siapkan poster pemprosesan nenas untuk Galeri Nenas sekolah.




Sempat la kot siapkan sebelum hari Khamis. Jumaat dah tak nak pergi sekolah dah. Nak settlekan packing barang kat rumah sebab pagi Sabtu dah nak bertolak tinggalkan bumi Muar terchentaa ini... Huhu~ Sedihhhh!!!




Gambar langsir willbe uploaded later okies~

No comments: