.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, May 22, 2011

Di setiap doaku...


Di setiap doaku, tak pernah sekali aku lupa untuk mendoakan semoga ALLAH memanjangkan usia kedua ibu bapaku, mengampunkan segala dosa mereka. Bermohon agar aku sempat berbakti kepada mereka. Masih terlalu banyak impian yang aku ingin hadiahkan kepada mereka.


  1. Aku masih belum menghantar mereka menunaikan ibadah haji atau umrah di Mekah.
  2. Aku masih belum membuat potongan gaji ke akaun Tabung Haji mereka kerana masih belum bekerja.
  3. Aku masih belum membawa mereka dan ahli keluargaku ke majlis konvokesyen diploma pendidikan aku.
  4. Aku masih belum membawa mereka dan ahli keluargaku bercuti di Cameron Highland dengan setiap belanja ditaja oleh aku dan suami tersayang.
  5. Aku masih belum kahwin.
  6. Aku mahu baju akad nikahku dijahit oleh umi.
  7. Aku mahu ibu bapaku melihat anak-anakku nanti.
  8. Aku mahu ibu bapaku datang bermalam di rumahku.
  9. Aku masih belum membawa ibu bapaku menaiki kereta Viosku idaman umi.
  10. Aku masih tidak dapat menandingi kesedapan masakan umi.



Kalau nak disenaraikan, sehari semalam pun belum tentu habis senarai yang ingin aku lakukan buat ibubapa tersayang.





Kini, terbuka sahaja mata di subuh hari, aku terus mencari kelibat umi. Memandang wajahnya, membuahkan lega dihati. Ya ALLAH, aku sayangkan umi. Sembuhkanlah umi, panjangkanlah umurnya, permudahkanlah urusan perubatannya, kuatkanlah iman dan semangat umi....




Amin...







Kawan-kawan, tolong doakan umi cepat sembuh, panjaang umur, dan segala yang terbaik untuknya.





Hanya ALLAH yang mampu membalas kebaikan kalian...

Kuatkan iman hambaMu ini....



Many things to share,

Many feelings to express,

But i just can sit still and do nothing,

For now i am looking for the strength,

To face this....

Doakan kami sekeluarga..

Terima kasih semua..

Friday, May 20, 2011

Tahap 5



Semalam ke HUSM, temankan umi.



In last February, umi ke HUSM for mamogram test. Then the next appointment should be on 15 March if i'm not mistaken. Masa tu memang umi dah rasa she got breast cancer. Tapi umi tak attend pun that appointment sebab nak berubat cara lain.



Tapi bila aku balik kampung akhir April lepas, aku berusaha call Surgery Unit HUSM to fix another appointment sebab masa kat Muar aku ada la mintak perkongsian pengalaman dari my student's mom. Dulu dia pun ada breast cancer, second stage. Tapi lepas operate, kemo segala, alhamdulillah, dia dah sembuh. So, mak cik ni la yang nasihatkan aku suruh umi berubat di hospital jugak.



So, balik je kampung lepas aku habis praktikal, aku call la bahagian Surgery tu untuk fix kan appointment, tapi malangnya tarikh yang aku dapat sangat la lambat lagi that is 28 June. So bila bagitau kakak yang jawab call tum dia nasihatkan suruh bawak umi gi Unit Pesakit Luar. Nanti pegawai perubatn yang attend umi tu akan refer kepada rekod rawatan yang doktor dah sediakan.



Dan lepas jumpa pegawai perubatan tu, dia sahkan umi menghidap Kanser Payudara Tahap 5.



Ya ALLAH, tabahkan hati kami sekeluarga. Umi terutamanya....



Ya ALLAH, kuatkanlah iman kami sekeluarga. Umi terutamanya...



Ya ALLAH, permudahkanlah kami melalui dugaanMu ini...



Semoga umi cepat sembuh.



Sesungguhnya ketetapanMu adalah yang terbaik.



Janganlah KAU pesongkan hati kami setelah KAU berikan hidayah kepada kami.... Dekatkanlah hati-hati kami denganMU ya ALLAH...



Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk umi...





Kata Athirah; If ALLAH brings it to us, HE will make us through it... InsyaALLAH, amin...




Friday, May 13, 2011

Dapat nyawa



Haku yang demokz... 




With de one and only Awisy


Luv dis pic walaupun my Prince moncong je.. hehe..
konsentret kononnya.. hihi..








Ni gambar pekasam.... With blogger Nieja

With blogger Nieja..





Sorry nieja.. lambat upload.





Huh, setelah sekian lama, hari ni baru dapat online dengan berlapang dada sebab my bro baru balik. Dan yang paling penting dia bawak balik sekali Stramyx portable tu.... I loikeee... Hehehe...

So, marilah kita mengupload gambarajah dengan lahapnya....

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Umi

Umi yang dah kurus


Hari ni Mother's Day kan? Tapi kitorang celebrate malam tadi.




Aku prepare Spaghetti Bolognaise resipi kak Peeja, chocolate cake served with vanilla ice cream with raspberry syrup and agar-agar pandan. Kak l0ng tolong wat air jeee.. huhu~



Resipi spag kak peeja memang terbaik ahhh!!! Sedap. Semalam rebus 2 paket spag, habis ok... Tapi, instead of guna minced beef, aku guna chicken sebab umi kan sakit, tak boleh makan daging. So aku campurkan minced chicken dengan chicken ball. Pastu guna 2 biji bawang besar, 6 biji cili padi, blck pepper, 2 tin prego mushroom spag sauce, 1 tin kecik tomato puree, 2 biji tomato, 2 batang saderi, 1 biji lada benggala, 1 tin buttom mushroom, and baked bean. Pertama kali campurkan baked bean dalam spag sauce. Hasilnya, wallahh! Sedap.... Rasa lemak-lemak kacang tu. Sape nak resipi, refer blog kak peeja ya..



Sebenarnya nak celebrate mother's day dengan family je, sekali my uncle datang.... Takpe la, rezeki dorang. Tapi tak rasa la aura-aura celebrate mother's day sebab umi pun sibuk dok melayan tetamu makan. Tak pe la umi, next time ok.... Kita celebrate kita-kita ajeee... Hihi...



Gambo? Tunggu aku cukup sabar nak tunggu digi broadband ni uploading pictures ya... Sekarang, adalah sangat histeria sebab coverage sangat la sadis... Tak sabar tunggu dis weekend sebab my bro akan bawak balik streamyx yang portable nye tu..



Btw, rempah mi rebus Adami tu memang rasa pelik cam tu ke kat lidah lepas makan???
Or sebab aku dah biasa makan mi rebus muar yang fresh????





Buat umi, Kak Eg sayang umi sangatttt! Tq umi..

Friday, May 6, 2011

Internet connection yang sangat .........



Fuhhh, dah 6 hari aku balik kampung, tapi satu entry pun tak buat untuk blog cayang nehhh.

Reason pertama; tak de apa sangat aktiviti best yang dilakukan di rumah melainkan masak, tido dan tengok tv.

Reason kedua: Tak sempat pun nak update pasal pertemuan pertama dengan blogger otai Cik Nieja.... Sebab internet connection sangat la mencabar iman. Sebelum aku menjerit histeria sebab page tak loading2, baiklah aku batalkan niat nak update blog... Ni pun menumpang kasih menggunakan streamyx my uncle... Urggghhh, sadis~ Aku pakai broadband Digi.... Serius berchentaaa~

Reason ketiga: Rindu my Prince.... Huahuahua~


Ok, buat Nieja yang nak makan lontong, nanti cuti sekolah la, bolehhh??? Hehehe....

Cam orang yang takde hajat nak hidup je aku update blog kannn; 

Belasah jeeerrr...

Till then.

Sunday, May 1, 2011