Sunday, May 22, 2011

Di setiap doaku...


Di setiap doaku, tak pernah sekali aku lupa untuk mendoakan semoga ALLAH memanjangkan usia kedua ibu bapaku, mengampunkan segala dosa mereka. Bermohon agar aku sempat berbakti kepada mereka. Masih terlalu banyak impian yang aku ingin hadiahkan kepada mereka.


  1. Aku masih belum menghantar mereka menunaikan ibadah haji atau umrah di Mekah.
  2. Aku masih belum membuat potongan gaji ke akaun Tabung Haji mereka kerana masih belum bekerja.
  3. Aku masih belum membawa mereka dan ahli keluargaku ke majlis konvokesyen diploma pendidikan aku.
  4. Aku masih belum membawa mereka dan ahli keluargaku bercuti di Cameron Highland dengan setiap belanja ditaja oleh aku dan suami tersayang.
  5. Aku masih belum kahwin.
  6. Aku mahu baju akad nikahku dijahit oleh umi.
  7. Aku mahu ibu bapaku melihat anak-anakku nanti.
  8. Aku mahu ibu bapaku datang bermalam di rumahku.
  9. Aku masih belum membawa ibu bapaku menaiki kereta Viosku idaman umi.
  10. Aku masih tidak dapat menandingi kesedapan masakan umi.



Kalau nak disenaraikan, sehari semalam pun belum tentu habis senarai yang ingin aku lakukan buat ibubapa tersayang.





Kini, terbuka sahaja mata di subuh hari, aku terus mencari kelibat umi. Memandang wajahnya, membuahkan lega dihati. Ya ALLAH, aku sayangkan umi. Sembuhkanlah umi, panjangkanlah umurnya, permudahkanlah urusan perubatannya, kuatkanlah iman dan semangat umi....




Amin...







Kawan-kawan, tolong doakan umi cepat sembuh, panjaang umur, dan segala yang terbaik untuknya.





Hanya ALLAH yang mampu membalas kebaikan kalian...

1 comment:

nieja said...

i baca pon sebak :(