Friday, June 10, 2011

Mak Cik rupanya aku...


Errr, vogue ke baju ijau??? Huhu.. (btw, the baju pengantin is tailored by my mom, cehh, promote)



Semalam ke Kuala Terengganu for friend wedding again. Ini sebenarnya majlis resepsi sebelah pengantin lelaki. Majlis di rumah Kak Zurai di Temerloh tak dapat aku hadiri kerana kekangan masa, kewangan, jarak dan juga peneman...

Cantik sangat kak zurai semalam. Tak puas pandang muka dia... Seri pengantin gitu...


Sorang dah lepas, 5 lagi, bila????


Tapi kan, semalam.... Aku duduk la sebelah Kak Zurai. Borak-borak. Lepas tu ada sorang mak cik tu, the real mak cik datang dengan anak dia yang umur lebih kurang 5 tahun camtu bersalam dengan pengantin. Then dia suruh anak dia bersalam dengan aku dengan ayat berbunyi, "Salam dengan mak cik tu pulak.... "

Ohhh, luka ati i tau... Punya la vogue aku dressing and make up semalam, boleh dia cakap aku mak cik... Padahal dah umur 25 ni, memang dah tahap mak cik pun.. Diri sendiri je yang tak sedar lagi. Huahuahua~

Tapi tak puas hati tengok kualiti gambar sebab lupa nak cek setting kamera. Tak pe la, nanti mintak dengan kak Zurai.

Ok la kak Zurai dan abang Limi, semoga bahagia dunia akhirat. Amin...

No comments: