Friday, June 17, 2011

Siapa kata kanser tiada penawar?

Kalau dulu, aku ignore je bila mendengar perkataan KANSER. Bagi aku, buat apa nak fikir sebab penyakit-penyakit macam tu macam jauh dari kehidupan aku dan keluarga. Bukan sahaja kerana tiada keturunan yang menghidap kanser, tapi juga serasa penyakit sebegitu takkan menyerang kami.

Tapi kini, setelah umi disahkan menghidap kanser payudara tahap 5 (tapi setelah consult dengan doktor lain, dia kata my umi just got 3rd stage of breast cancer), aku mula aware dengan simptom, penyebab kanser dan mula rajin meng'google' info-info berkaitan kanser.

Siapa kata hati ini akan tenang kiranya ibu sendiri disahkan sebagai cancer's fighter. Dahlah sentiasa dimomokkan dengan cerita-cerita doktor bahawasanya kanser ini penyakit berbahaya dan tiada ubatnya melainkan melalui pembedahan pembuangan the whole infected breast dan juga melalui proses kemoterapi dan audioterapi yang maha perit itu.

Alhamdulillah, dengan berkat doa sahabat-sahabat dan kaum keluarga, kami banyak diperkenalkan dengan perubatan kampung, perubatan cara islam dan juga perubatan dengan sumber semulajadi seperti daun-daun herba, ubatan HPA, dan juga biji aprikot yang merupakan penawar kanser yang dirahsiakan.

Mujurlah blog Rawatan Alternatif Kanser milik En. Rafee bin Ailiah banyak membuka mata aku tentang maklumat sebenar penyakit kanser. Dan melalui blog inilah aku membelikan umi kapsul biji aprikot yang sangat berkhasiat, bukan sahaja untuk menyembuhkan kanser, tetapi juga pelbagai penyakit lain lagi.

Hari ini, genap 2 minggu umi menggunakan kapsul biji aprikot. TIdak banyak perkembangan yang kami boleh nampak lagi setakat ini. Tapi aku sangat yakin dengan anugerah alam yang satu ini. Cuma setelah 2 hari mengambil 3 biji kapsul setiap jam sewaktu jaga (tidak tidur), umi mengalami sakit yang amat sangat sehingga lengan pun tidak mampu diangkat. Namun aku tetap yakin, itulah kesan tindakbalas vitamin B17 yang terkandung dalam biji aprikot.

Dan setelah merujuk kepada En. Rafee, hati aku benar-benar lega. Banyak kata-katanya yang boleh membuatkan kami berfikiran positif dan bertenang jiwa.

Sedikit sedutan perbualan kami:

Aku: Kat mana saya boleh dapatkan biji aprikot ni di Terengganu?

En. Rafee: Teganung kat anerrr?

Aku: (Ehhh, ini loghat Terengganu- dalam hati) Besut. Ehh, encik orang maner? (Tetiba tukar slang terengganu jugak)

En.Rafee: Besut kat anerr?

Aku: Jerteh.

En. Rafee: Tok tue (mertua) orang Pasir Akar.

Aku: Laaaa, dekat ajer. Doh tu, buleh gi beli kat Pasir Akar ke?

En. Rafee: Eh, xdok. Kat teganung, kiter xdop pengedar lagi.. Nok jadi stokis ko?

Aku: Eh, xsir eh. Dok kijo lagi ni..

Blalalala (Sekian kisah suaikenal)

Aku: Dah tu mak saya ni kalau makan kapsul biji aprikot ni, tak payah operate ke?

En. Rafee: Nok operate wat mendernye..

Serius hati aku percaya dengan kata-katanya.

Aku: Ubat tu, kalau makan, sakit ke?

En. Rafee: Sakit la masa dia mula-mula bertindak balas dengan sel kanser tu.

Aku: Pastukan sebelum ni, xde keluar discharge pape dari nip*le, tapi lepas makan ubat tu dia ada discharge sikit2.

En. Rafee: Oooo, tu air bisa nak keluar la tu. Tak ada pape.

Ok, end.



So, sekarang aku nak share pulak beberapa jenis sumber semulajadi yang kaya dengan vitamin b17 yang berfingsi sebagai pelawan kanser. Antara yang paling kaya dengan B17 adalah buah durian belanda atau pun di panggil sour soup (ehh, gini ke eja?), tapai ubi, alfalfa, semua jenis nuts atau kekacang.

Buah durian belanda ni, kuasanya 1000 kali lebih kuat dari rawatan kemoterapi dalam merawat kanser. Info ni aku dapat dari blog En. Rafee tu jugak.

Ok, kanser ni bukan 100% datangnya dari keturunan. So, kalaupun keturunan kita tak ada yang menghidap kanser, jangan sesekali bersenang hati tak kawal pemakanan dan juga persekitaran kita kerana makanan penyumbang terbesar ke arah pengaktifan sel kanser. Namun begitu, kanser juga boleh terjadi akibat tindak balas penuaan dalam badan kita. So, be careful.

Sedikit yang dapat aku kongsikan, sesiapa sahaja yang memakan 7 biji kernel aprikot (biji) sehari insyaALLAH akan terhindar dari kanser seumur hidupnya.

Dan sekarang kami sekeluarga lebih bertenang dalam menghadapi ujian-Nya ini. Tidak lagi rasa sesak dada apabila salah seorang doktor yang merawat umi berkata;

"Kalau tahap macam awak ni, dah kena buang semua breast and bahagian bawah ketiak ni. Tu pun belum tentu boleh sembuh."

Eii, teringat aje kata-kata doktor wanita ni, aku rasa nak tampar aje muka dia. Rasa panas je dalam hati. Tapi takpela, mungkin takat tu aje yang dia sempat belajar tentnagkanser dan ubatannya. Mungkin dia tak sempat lagi belajar tentang eksperimen tentang B17 dalam merawat kanser. Bukan aku marah kalau pun betul penyakit itu di tahap kritikal, tapi marah kerana dia langsung tidak tahu menjaga perasaan pesakitnya sedangkan dia sbagai doktor tahu dalam setiap penyakit, the strongest key point to fight any disease is, 'the positive minded' of the patient.

Ok la, setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan. Mohon dipanjangkan info ini supaya dapat membantu lebih ramai lagi cancer figther di muka bumi ini.

Ingat, setiap penyakit ada ubatnya. Dan jangan cepat mengalah berikhtiar.

Sedikit petikan dari filem "The Pursuit of Happyness"

'Pada suatu hari, terdapat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut. Dia amat percaya yang Tuhan akan membantunya. Apabila sebuah kapal datang untuk membantu, dia menolak kerana masih yakin yang Tuhan akan membantunya. Begitu juga dengan kapal yang kedua. Kemudiannya, lelaki itu mati lemas. Dan kemudiannya dia berjumpa dengan Tuhannya lalu bertanya "Kenapakah Engkau tidak membantu aku?"

Lalu Tuhannya menjawab, " Aku telah menghantar dua kapal untuk membantumu, tapi kamu menolak bantuan itu."

Wallahuallam.


Sekian, wassalam.


No comments: