.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, July 28, 2011

Bila mak cik- mak cik hangout....



2 hari lepas aku berdating-dating dengan Mak Cik Wawa comel sorang nih.. Bakal dokter okek! Jangan memain.. Dah lama tak jumpa Wawa. Last jumpa masa aku bertunang 25 Disember tahun lepas. Gilerr lama kan.. Tapi xpe Wa, kita jauh di mata dekat di hati, kannn.. Hehehe. ..

Dah nak kawen dah kawan aku tuh.. Dah mula merancang untuk hari-hari bahagia. Kadang-kadang, bila dok sorang-sorang, fikir tentang diri, rasa tak sangka aku dah tua. Terkadang, jadi terkedu bila menyedari aku dah sampai ke fasa hidup yang mana mula diterjah dengan soalan berupa, " Tunang orang mana?" Wahh, dah tua rupanya aku. Baru sedar rupanya, dah jadi tunang orang aku ni... Cepat betul masa berlalu.



Mak Cik Polaris with Mak Cik Wawa






Mak Cik Wawa tengah belajar riba-riba baby




Kita belajar-belajar la drive bertemankan baby car seat di sisi ye...

Walaupun perjalanan balik baby akan berada diribaan.. Geram betul dengan Amani nih. Tak pasal-pasal aku beranikan drive dengan meriba baby... Mujur ALLAH masih sayangkan aku. Alhamdulillah, tak jadi pape walaupun hampir tersasar 2 x. Bahaya betul. Tapi tak bagitau umi takut kena bebel.. Huhu.. Tobat tak nak buat lagi dah!!!!




Ini cara baru mandikan baby.. hehe.. (abaikan washing machine yang berkeladak tu, huhuhu!)



Been in Penang for 2nd time in my life


Aku ke Penang hari tu jap. Jap je.. Less than 24 hours. Saja release tension. Stress rupanya ada anak kecik nih dan kita tak langsung diberi peluang untuk memberi reward kepada diri sendiri... Buat my Prince, 'Yang, ada anak seksok, kalau tak nak i stress, pakat-pakat jaga ye... Kalau i stress, u lagi stesss. Huhuhu!'


Thursday, July 21, 2011

Otromen ku~




Hari tu de only one anak sedara aku tengah tengok gambar My Prince di laptop ku.

Tetiba dia kata: "Ayah ngah macam Ultraman."





Mana tah gaya Otromen nye???







Nak kena budak Darwisy nihhh!!!

Tetiba ada baby girl


Fuh! Fuh! Fuh! Berhabuk-habuk blog haku. Sangat takde masa rupanya bila dah ada baby nih. Dah la si kecik tu tak berenggang dengan aku. Macam la dia tu anak aku, kann... Tapi penat macam mana pun, bila pandang je muka si kecik tu, sejuk hati. Sedar tak sedar, dah 2 minggu rupanya aku menjaga Amani Nasuha.

Entry ni sebenarnya adalah cubaan ketiga baru aku berjaya menyiapkannya. Kali pertama dan kedua menaip entry ni, aku diganggu oleh tangisan Amani. Urghhh.

Pastu bila mengadu kat Yunie yang dah ada sorang baby boy tu, dia kata, "Padan muka, rasakan... Baru kau tahu. Aku ada yang sorang nih pun, seksa. Kau sedap2 je suruh aku pregnant lagi."

Hahaha! Tapi aku rasa, anak sendiri nanti, lain. Sebab boleh sama-sama jaga dengan My Prince. Chewaahhhh, berangan. Ni siang malam aku sorang hadap Amani, rasa la jugak sesak dada.

Dah la si kecik ni memilih. Imagine je la kalau aku tengah pegang botol susu dia, then aku suruh orang lain pegangkan kejap sebab aku nak gi toilet, boleh dia berenti menyusu and sanggup hisap puting kosong tuh. Geram tak????

Pagi tadi pun, aku hantar umi ke tempat kerja dalam pukul 9 pagi, dalam hati dah plan macam-macam. Nak gi cc kejap sambil tunggu Guardian bukak, pastu dah lepas shopping sikit, nak breakfast kat KFC. Sedap aku punya berangan, alih-alih nenek aku call. "Kat mana? Amani menangis dari tadi lagi ni. Bagi makan tak nak, bagi susu tak nak. Tak boleh nak buat kerja langsung ni!" Aku rasa aku drive tadi tayar tak jejak jalan. Sampai-sampai je kat rumah, tengok si kecik tu diam di riba Kak Long aku sambil hisap puting tapi masih ada lagi sisa sedu-sedannya. Sayu hati i, ok! Terus aku bawak masuk bilik, bagi susu, selamat tido.

Tapi ada baby ni, rasa best jugak. Walaupun banyak aktiviti yang selalu aku buat, tak dapat dibuat lagi. Macam tido selepas subuh, peram sampai tengahari. Sekarang ni, haramm aku dapat tido sealgi si kecik tuh tak tido. Dah la nak melekat aje dengan aku. Si kecik ni pulak bangun subuh. 6.30 pagi dah kena mandikan. Kalau tak dia merengek serba tak kena. Pastu dah siap mandikan, kena susukan. Pastu kena main-main dengan dia sampai kul 8.00 atau 9.00 pagi camtu, baru la dia nampak tanda nak tido lagi. So, bagi susu. Boleh la aku mandi, basuh baju, ampai baju and kemas rumah sikit.

Malam pulak pukul 9.00 malam dia dah tido dah. Tapi aku kena get ready la if dia ok-ek, ok-ek malam-malam. Macam tido kita tak berapa lena gitu. Baru aku tahu, penat umi jaga aku dulu. Huhuhu!

Takpe la, belajar erti tanggungjawab. Jarang anak dara dapat peluang macam ni, kan? Syukur alhamdulillah.

Tapi bimbang jugak, aku kerja nanti, cane? Kalau dapat area Besut ni, tak pe la. Kalau dapat jauh, Amani cane?? Aduhhh, sesak dada nak pikir...

InsyaALLAH, Allah permudahkan jalan kami. Amin...

Asyik cerita pasal Amani je mana aci, kan... Nak jugak selit cerita aku. Hmm, result Latihan Mengajar dah keluar. Alhamdulillah, aku dapat A. Terima kasih Prof. Madya Dr. Azahari, cikgu Ahmad Lazim dan juga para penyumbang markah. Alhamdulillah, merasa la dapat CGPA 3.831 kali ni. Alhamdulillah. Banyak yang aku belajar sepanjang menyempurnakan diploma pendidikan di UPM dan juga SMK Bukit Naning. Alhamdulillah, again.



Aku with umi

 ~ masih sempat jadi driver umi ke kenduri adik kawannya. Tapi aku dressing macam cikgu nak gi sekolah je... Malas nak belit-belit tudung sejak ada anak kecik nih. Huhu!

By the way, umi semakin sihat, insyaALLAH, alhamdulillah.



Amani with our granny




Amani with her parent masa di Cameron sebelum ke UPSI





Amani dengan mak baru dia, haha!




Ok, till then~

Saturday, July 9, 2011

Roti



Sejak abah beli bread maker, asyik la aku ni menderhaka resipi-resipi yang aku jumpa dalam blog-blog masak-masak. Dorang guna bread flour, aku bantai tepung gandum sudeyyyy.. Jadi jugak roti... Tapi a bit keras la kot. Tapi habis je adik-adik aku makan.. Hehehe~

Satu je yang belum try lagi, roti yang guna water roux. Kalau guna water roux, confrm roti lembut-lembut ayu gitu tekstur roti. Resipi dah ada, cuma malas lagi nak buat sebab volume adunan banyak sangat..... Biar je la dulu... Hai la roti~

Dan hasilnya, aku sekarang macam dah tak berapa suka pakai shorts kat rumah. Pants lagi la haremmmm kannnn? Korang nampak tak apa kaitan meroti dengan ketidaksukaan aku memakai shorts kat rumah???

Aku rasa la kannnn, aku dah tak suka pakai camtu sebab aku rasa tak selesa. Aku hagakkk la kannnn, sel-sel lemak sedang berkembang-biak dalam badan aku sekarang. Sebab tu lagi suka pakai kain batik aje kat rumah. Tak de la mencengkam isi perut haku ke hapa.. Uhuks uhuks.. Ahhhh, sudaahhhh! Sampai laaaaa niii aku tak berani timbang pencapaian aku sejak berhibernasi kat rumah 2,3 bulan nihhh...

Nasib baik jeans aku sume jenis yang stretchable.... Boleh la aku sarung dengan rasa longgar-longgar sket. Tu pun jarang keluar. Biasa keluar gi hantar and ambil umi dari kerja je la. Tak tau la cane baju raya aku nanti. Adakah no more kebaya or kurung moden???? Kita sama-sama saksikannya nanti...

Sekarang tengah tunggu mesin roti tu proses roti. Tak tau sempat ke tak bawak gi UPSI... Jap lagi aku nak bertolak ke Perak, hantar my aunt (umur dia sama dengan aku and having a doter yang sat lagi nak kena tinggal di bawah jagaan aku and my granny) ke UPSI for DPLI. Wahhh, ramai la sanak sedara aku yang bergelar cekgu nanti...

Friday, July 8, 2011

Terkena


Semalam My Prince sms; 'Yang, abang dah masuk dalam akaun sayang.'

Pastu aku saje la nak kenakan dia. So aku called.

Aku: Eh, cane abang boleh masuk dalam akaun? Muat ke?

Dia: Ehhh, mesti la muat. Masuk dari bawah atm tu... La, tak tau ke?

Aku: Oooo, iye ke? muat ke?

Dia: Oooo, sayang memang la tak muat. Saiz abang je yang muat...



Okkkk! Fine!!!!!

Aku nak kenakan dia, dia kenakan aku balik..

But, you add one more reason for me to love you then.. Ecehhhh.