Saturday, July 9, 2011

Roti



Sejak abah beli bread maker, asyik la aku ni menderhaka resipi-resipi yang aku jumpa dalam blog-blog masak-masak. Dorang guna bread flour, aku bantai tepung gandum sudeyyyy.. Jadi jugak roti... Tapi a bit keras la kot. Tapi habis je adik-adik aku makan.. Hehehe~

Satu je yang belum try lagi, roti yang guna water roux. Kalau guna water roux, confrm roti lembut-lembut ayu gitu tekstur roti. Resipi dah ada, cuma malas lagi nak buat sebab volume adunan banyak sangat..... Biar je la dulu... Hai la roti~

Dan hasilnya, aku sekarang macam dah tak berapa suka pakai shorts kat rumah. Pants lagi la haremmmm kannnn? Korang nampak tak apa kaitan meroti dengan ketidaksukaan aku memakai shorts kat rumah???

Aku rasa la kannnn, aku dah tak suka pakai camtu sebab aku rasa tak selesa. Aku hagakkk la kannnn, sel-sel lemak sedang berkembang-biak dalam badan aku sekarang. Sebab tu lagi suka pakai kain batik aje kat rumah. Tak de la mencengkam isi perut haku ke hapa.. Uhuks uhuks.. Ahhhh, sudaahhhh! Sampai laaaaa niii aku tak berani timbang pencapaian aku sejak berhibernasi kat rumah 2,3 bulan nihhh...

Nasib baik jeans aku sume jenis yang stretchable.... Boleh la aku sarung dengan rasa longgar-longgar sket. Tu pun jarang keluar. Biasa keluar gi hantar and ambil umi dari kerja je la. Tak tau la cane baju raya aku nanti. Adakah no more kebaya or kurung moden???? Kita sama-sama saksikannya nanti...

Sekarang tengah tunggu mesin roti tu proses roti. Tak tau sempat ke tak bawak gi UPSI... Jap lagi aku nak bertolak ke Perak, hantar my aunt (umur dia sama dengan aku and having a doter yang sat lagi nak kena tinggal di bawah jagaan aku and my granny) ke UPSI for DPLI. Wahhh, ramai la sanak sedara aku yang bergelar cekgu nanti...

No comments: