Thursday, July 21, 2011

Tetiba ada baby girl


Fuh! Fuh! Fuh! Berhabuk-habuk blog haku. Sangat takde masa rupanya bila dah ada baby nih. Dah la si kecik tu tak berenggang dengan aku. Macam la dia tu anak aku, kann... Tapi penat macam mana pun, bila pandang je muka si kecik tu, sejuk hati. Sedar tak sedar, dah 2 minggu rupanya aku menjaga Amani Nasuha.

Entry ni sebenarnya adalah cubaan ketiga baru aku berjaya menyiapkannya. Kali pertama dan kedua menaip entry ni, aku diganggu oleh tangisan Amani. Urghhh.

Pastu bila mengadu kat Yunie yang dah ada sorang baby boy tu, dia kata, "Padan muka, rasakan... Baru kau tahu. Aku ada yang sorang nih pun, seksa. Kau sedap2 je suruh aku pregnant lagi."

Hahaha! Tapi aku rasa, anak sendiri nanti, lain. Sebab boleh sama-sama jaga dengan My Prince. Chewaahhhh, berangan. Ni siang malam aku sorang hadap Amani, rasa la jugak sesak dada.

Dah la si kecik ni memilih. Imagine je la kalau aku tengah pegang botol susu dia, then aku suruh orang lain pegangkan kejap sebab aku nak gi toilet, boleh dia berenti menyusu and sanggup hisap puting kosong tuh. Geram tak????

Pagi tadi pun, aku hantar umi ke tempat kerja dalam pukul 9 pagi, dalam hati dah plan macam-macam. Nak gi cc kejap sambil tunggu Guardian bukak, pastu dah lepas shopping sikit, nak breakfast kat KFC. Sedap aku punya berangan, alih-alih nenek aku call. "Kat mana? Amani menangis dari tadi lagi ni. Bagi makan tak nak, bagi susu tak nak. Tak boleh nak buat kerja langsung ni!" Aku rasa aku drive tadi tayar tak jejak jalan. Sampai-sampai je kat rumah, tengok si kecik tu diam di riba Kak Long aku sambil hisap puting tapi masih ada lagi sisa sedu-sedannya. Sayu hati i, ok! Terus aku bawak masuk bilik, bagi susu, selamat tido.

Tapi ada baby ni, rasa best jugak. Walaupun banyak aktiviti yang selalu aku buat, tak dapat dibuat lagi. Macam tido selepas subuh, peram sampai tengahari. Sekarang ni, haramm aku dapat tido sealgi si kecik tuh tak tido. Dah la nak melekat aje dengan aku. Si kecik ni pulak bangun subuh. 6.30 pagi dah kena mandikan. Kalau tak dia merengek serba tak kena. Pastu dah siap mandikan, kena susukan. Pastu kena main-main dengan dia sampai kul 8.00 atau 9.00 pagi camtu, baru la dia nampak tanda nak tido lagi. So, bagi susu. Boleh la aku mandi, basuh baju, ampai baju and kemas rumah sikit.

Malam pulak pukul 9.00 malam dia dah tido dah. Tapi aku kena get ready la if dia ok-ek, ok-ek malam-malam. Macam tido kita tak berapa lena gitu. Baru aku tahu, penat umi jaga aku dulu. Huhuhu!

Takpe la, belajar erti tanggungjawab. Jarang anak dara dapat peluang macam ni, kan? Syukur alhamdulillah.

Tapi bimbang jugak, aku kerja nanti, cane? Kalau dapat area Besut ni, tak pe la. Kalau dapat jauh, Amani cane?? Aduhhh, sesak dada nak pikir...

InsyaALLAH, Allah permudahkan jalan kami. Amin...

Asyik cerita pasal Amani je mana aci, kan... Nak jugak selit cerita aku. Hmm, result Latihan Mengajar dah keluar. Alhamdulillah, aku dapat A. Terima kasih Prof. Madya Dr. Azahari, cikgu Ahmad Lazim dan juga para penyumbang markah. Alhamdulillah, merasa la dapat CGPA 3.831 kali ni. Alhamdulillah. Banyak yang aku belajar sepanjang menyempurnakan diploma pendidikan di UPM dan juga SMK Bukit Naning. Alhamdulillah, again.



Aku with umi

 ~ masih sempat jadi driver umi ke kenduri adik kawannya. Tapi aku dressing macam cikgu nak gi sekolah je... Malas nak belit-belit tudung sejak ada anak kecik nih. Huhu!

By the way, umi semakin sihat, insyaALLAH, alhamdulillah.



Amani with our granny




Amani with her parent masa di Cameron sebelum ke UPSI





Amani dengan mak baru dia, haha!




Ok, till then~

1 comment:

nieja said...

parent amani kat mana?
apsal u jaga dia?