Wednesday, August 31, 2011

Sunday, August 28, 2011

Selamat jalan umi...







24 Ogos 2011 bersamaan 24 Ramadhan 1432
umi telah selamat kembali ke rahmatulah dengan penuh ketenangan....
selamat pergi umi...
nanti kita jumpa di syurga, insyaALLAH...


...Al-Fatihah....

Terlalu banyak janji-janjiku pada umi yang belum sempat ditunaikan,
namun apalah sangat janji yang tidak tertunai itu berbanding aku terlalu
amat bersyukur terpilih antara 8 beradik untuk menjadi peneman umi sehingga nafasnya yang terakhir.

Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu ya Allah,
anugerah ini amat bernilai buatku....
Alhamdulillah...

Umi,
tenanglah dipersemadian di sana,
insyaALLAH, kak eg akan cuba menjaga abah dan adik-adik dengan baik.
insyaALLAH..

Monday, August 22, 2011

Gelang baru???



Gelang baruuuu????



Pakej bersama ini... 



Tak!!! Bukan aku... Tapi umi... Umi dimasukkan ke Hospital Besar Jerteh semalam setelah disyaki mempunyai simptom-simptom penyakit Leptospirosis.... (untuk maklumat lanjut boleh klik link leptospirosis..

Kawan-kawan, doakan semoga umi cepat sembuh ya...

Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasa kalian semua.

Terima kasih.


Saturday, August 20, 2011

Confession

Ok, aku nak confess ni...

Sebebenarnya aku tengah bimbangkan umi.

Dah seminggu lebih demam. tapi bukan 24 hours demam, dalam sehari ada waktu-waktu tertentu badan umi akan panas.

Dan seminggu jugak umi tak pergi kerja sebab nak berjalan dalam rumah pun tak larat.

Mula-mula demam, perut jadi keras dan buncit. Muka pun macam sembap. Tapi kalau tekan xde tinggal kesan lekuk.

Lepas tu bila dah balut dengan Barut Herba HPA, and makan ubat untuk keluarkan angin, perut dah jadi lembik balik.

Tapi mata pulak start jadi kuning, and umi kata urin pun kuning. Aku ingat kurang air, tapi bila minum air lebih (aku suruh umi buka puasa), still lagi urin kuning.

Dan 2, 3 hari ni gusi pulak berdarah. Hari ni the worst.. Berdarah sampai ada darah beku tepi gusi. Dan darah keluar banyak jugak la...

Sebenarnya aku dah pujuk umi gi hospital, tapi umi tak nak. Tapi klinik dah pergi masa mula-mula demam. Doktor kata takde pape. Sebenarnya umi bimbang doktor akan kaitkan dengan her breast cancer. Sebab sejak berubat secara alternatif, the swollen breast dah mengecil dengan jayanya. Dah hampir kepada saiz normal, cuma masih lagi keras.

Tapi tadi nasib baik my future sister in law sms. Memula dia sms sebab dia kata dia mimpi aku dapat posting kt Selangor. Pastu, kebetulan she is a nurse, so aku tanya la tentang condition umi ni. Punya la dia terkejut sebab aku tak bawa umi ke hospital for blood test even dah seminggu demam. Padahal hari tu pun my auntie and my cuzzy yang jugak nurse dah suruh aku bawa umi ke hospital for blood test.

So, tadi dah bincang dengan my future sis in law nak bawa umi ke hospital pagi esok. Harap-harap the symptoms not related to cancer. Dan semoga umi cepat sembuh. Sihat sejahtera. I love my umi so much...

Kawan-kawan, tolong doakan kesihatan umi aku. Please... Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa korang...

Postpone boleeeee?????




Kalau korang jadi aku, korang postpone tak misi untuk berbuka puasa dengan cream cracker bila dihadapkan dengan....




Ini...







Fettucine Prawn Olio 



Dan ini...




Italian herbs roasted chicken with potato and carrot



Rasa-rasa macam nak postpone esok la... Hehehe...




Haaaaa!!! Kau!!! Ye, yang baca entry ni dengan kutukan dalam hati.... Jangan nak senyum-senyum sms perli aku yerrrr!!!! Huhu...

Friday, August 19, 2011

1am fever...



Hmm, ni baru lepas siap tukarkan nappy Amani, salinkan baju, suapkan ubat and bagi susu kat Amani. Dah selamat tidur pun dia.

Tadi masa dia tidur pukul 9 tadi, badan dah ok dah. Dah tak demam. Sekali pukul 1 pagi tadi dia ok-ek, ok-ek. Bila aku sentuh je badan dia, mak aii! Panasnya badan...

Pastu suapkan ubat. Nasib baik dia telan jugak ubat tu walaupun nangis-nangis sikit sebab ubat tu memang tak sedap pun. Aku rasa sikit pun, memang tak sedap. Tapi lepas minum air kosong, dia tak nak minum susu.

Lepas salinkan nappy and baju, aku pujuk-pujuk la dia supaya minum susu. "Amani minum la... Penat Kak Eg buat susu ni tau." Pastu baru dia minum. Comelkann...

Pastu sekarang dah tidur dah... Harap2 Amani cepat sembuh. Dah juga umi and ayah tok juga. Semoga cepat sembuh. Aminnnn...

Thursday, August 18, 2011

Dicabar dan tercabar




Wah, baru je aku bisik-bisik kat diri sendiri, "Takpe la bodyshape camni pun, hot jugak." Konon-konon nak sedapkan hati sendiri sebab nafsu suruh melantak macam-macam masa bukak pose, terussssssssss aku DICABAR.

Wahh, terus rasa tercabar. So, esok kena terus siap-siap letak tin biskut cream cracker Jacobs yang kurang lemak tu tepi meja!!! Tinggal lagi 12 hari nih!!!

Dah la hormon asik dok bisik-bisik,

"Spicy Chicken McDeluxe sedap jugak wat buka pose nihhhh...."
"Pizza Super Supreme pun dah lama tak makan nihhh...."
"Kalau dapat Ole' Pocketful Kepsi pun dah kira best dahhhh... "

Hamboihh, hormon ni.. Lagi aku dok tiup-tiup semangat nak dayet, lagi ko bisik-bisik mengidam itu ini... Geram betolll! So, sebab aku tetiba rasa tercabar ni, kita tengook lagi berapa kg turun di malam puasa yang terakhir ye... Semoga impian untuk pakai kebaya kota bharu akan tercapai, aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....



The best ever cream cracker 

(Ayat orang desperate nak dayet.. Hehehe.. Tapi betul la... Sedapppp. Memula dulu pun aku tak caya Farah Fauzana dok kata dalam tv, biskut ni sedap. Maka, bersedialah oleh kamu untuk berbuka dan bersahur dengan biskut super sedap ini wahai tuan blog pantai coklat ini)

Wednesday, August 17, 2011

Tenggiri masak kicap la pulakkkk...



Hari ni, nenek kumpul anak cucu cicit kat rumahnya untuk majlis buka puasa anak beranak. Setiap keluarga diwajibkan memasak satu lauk. Tapi nenek dah decide awal-awal lauk apa nk demand dari anak cucu. (Tak aci tawww!)

So, aku dapat task untuk buat tenggiri masak kicap. Alaaaa, aku baru je berangan nak buat sweet n sour sebab ari tu tak puas makan lagi. Tapi takpe, try je buat dengan resipi campak-campak sesedap anak tekak aku... Sebelum ni buat masak kicap tak tumis buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan errr, lupa apa lagi satu... star anise kot.. lupa la pulak namanya.. Tadi masa masak ingat.. Hehe.. Dan, sedap la pulak hasilnya. Wangi je dengan bau rempah 4 sekawan tu. Pastu aku campak serai sebatang. Tapi macam tak masuk je rasa dia dengan masak kicap tu. Lain kali kena omit serai. Tu la, pepandai sendiri je buat eksperimen. Nasib baik laku je ikan tu.

Tapi gambo maleh nak upload lagi. Malas nak bangun gi ambil kamera dalam bilik. Takut lemak-lemak aku cair. Bolehhhh????

Tadi berbuka ada lauk sup daging, kangkung goreng udang (terer giler kangkung ni pandai masak udang, hehe), tenggiri masak kicap, ayam goreng berempah, budu dan ulam, pastu kuih sikit. Dan aku terpaksa melupakan Iso 3 malam ni sebab dah tahu aku tak cukup kuat iman untuk tunggu sejam lepas minum Iso 3 untuk melantak nasik. Hahaha!

Tinggal lagi 14 hari untuk DAYET.... Berjayakah aku berimej Gabriella Desperate Housewives di pagi raya? Kita tunggu dan lihat.. Huhu!

Sunday, August 14, 2011

Puding tauhu nenas




Ok, yang ni, aku ambil dari blog blogger masakan terkenal, Kak Ummi Zaihadi. Sedappp!!!!

Tetiba jadi favvy Umi and adik bongsu aku.

Tapi aku tukar sikit ingredients dia. Macam santan, aku guna santan fresh. Lepas tu sukatan air aku kurangkan sebab aku tambah syrup dari canned pineapple yang sama dengan jumlah air yang aku kurangkan tadi. Lepas tu, aku tambahkan cubed pineapple. Sedap.... Makan yang dah disimpan dalam peti ais. Lega rasa tekak yang berpuasa. Tapi manis sikit kot.

Sebelum ni dah pernah makan yang uncle aku masak. Tapi dia letak laici. Pun sedap.

Kak Ummi, aci ye kiter kopipes resipi kat sini...

Bahan-Bahan

10 gm agar-agar serbuk
7 cwn air
1/2 cwn gula
1 cwn susu pekat
1 cwn santan (200ml santan kotak+50ml air)
1 tin susu cair

Cara-Cara

  1. Masak agar2 serbuk bersama air dan gula hingga mendidih.
  2. Masukkan susu pekat, kacau rata. Masukkan santan dan susu cair. Kacau lagi.
  3. Setelah siap, tutup api dan biarkan sebentar.
  4. Tuangkan ke dalam acuan mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
  6. Boleh juga di tuang ke dlm loyang, tapi kalau nak makan kenalah sendukkan kedlm mangkuk kecil.
  7. Hidangkan bersama buah laici ataupun bahan2 kuah susu seperti puding koktel tu...


Pop Corn Chicken klon KFC




Hari tu abah ada request nak berbuka dengan bubur nasi, sup ayam, ayam masak merah. Bilis goreng, bawang goreng homemade (aku suka sebab lagi best and wangi). Pastu mengenangkan umi tak berapa suka ayam masak merah, so aku try la gedik-gedik cipta resipi pop corn chicken and pop corn fish.

Wahh, sebijik rasa macam pop corn chicken kepsi... (Kat tekak aku la...)

Ok, meh sini nak share resipi dari chef picisan (Uwekkk! :p)

Bahan:

Isi ayam di potong dadu
Generous amount of blackpepper kisar
Mayonis
Tepung gorengan serbaguna

Cara:

  1. Gaul isi ayam dengan mayonis dan blackpepper, marinate sekejap.
  2. Lepas tu golek dalam tepung gorengan serbaguna.
  3. Pastu goreng.
  4. Pastu rasa la.... Sedap wehh!!!!

Siap adik bongsu aku yang darjah 1 request nak makan pop corn chicken untuk sahur... Try ye.... Tak tahu la kena ke tak dengan tekak korang.

Bawal sweet and sour & sayur campur



Aku cuak sebenarnya. Hari ni ditugaskan memasak tenggiri sweet sour dan juga sayur campur goreng untuk menjamu family mertua mak sedara aku from Gemencheh, Negeri Sembilan. Cuak giler. Sebab kena masak time pose dan kena berserah ke sedap ke tak dan jugak kena masak dalam kuantiti yang banyak. Tajuk bawal kat atas tu untuk family aku. Kuah sama je. Ikan je lain-lain... Lagi satu, cuak takut menu tu tak kena kat tekak orang Gemencheh yang suka pedas, xsuka manis sume tu..

Lepas masak, aku mandi and solat asar. Lepas solat siap berdoa minta dengan Allah supaya masakan aku sedap. Biasa aku doa untuk umi abah, mintak murah rezeki, mintak cepat samapi jodoh, tetiba hari ni mintak masakan jadi sedap. Pathetic giler. Tapi aku pun nak jugak jaga maruah aku. Malu la kena kritik masakan tak sedap. Tak pasal-pasal nenek aku mintak postpone tarikh kawen aku. Wahh, macamkan dah fix tarikh kawen siap2.... Padahalllll!!!!!

Pastu bila mak sedara aku datang ambil lauk, aku siap pesan jangan curah awal-awal sos atas ikan. Takut nak kena alter lepas azan Maghrib. Tapi mak sedara aku cakap, tak kuasa dia nak alter-alter. Telan aje, sudahhh!




Sayur Goreng Cuak (see, amek gambar pun tangan gigil)

Resipi:

Brokoli dipotong dan direbus sebentar
Udang basah
Kubis cina
Lobak merah
Baby corn
Cili merah
Sos tiram
Sedikit garam
Bawang besar dipotong
Bawang putih




Bawal dan tenggiri goreng
 




Resipi:

Bawal dan tenggiri
Garam
Blackpepper
Tepung gorengan serbaguna
Mayonis

Cara:

Bersihkan bawal dan tenggiri, lap kering.
Lumurkan dengan garam dan blackpepper kisar
Lumurkan pula dengan mayonis.
Marinate for 15 minutes.
Salut dengan tepung gorengan serbaguna.
Goreng garing.



Sweet and sour sauce
Resipi:

Secawan sos tomato
Setengah cawan sos cili
2 sudu serbuk cili
7 biji bawang merah dimayang
3 bij bawang putih diketuk
4 sudu sos tiram
1 tin nenas Ayam brand yang tin leper - didadu kecil
1 tin kecil kacang peas Ayam brand
1 bij bawang besar didadu
setengah biji lobak merah didadu
4 sudu besar daun bawang dan daun sup yang telah dipotong
4 sudu besar bawang goreng segera
setengah sudu besar asam jawa Adabi
2 sudu kecil garam
Tak guna gula sebab guna syrup dari canned pineapple
4 biji cili padi
2 biji lada besar merah



Cara:

  1. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan putih hingga perang seperti bawang goreng
  2. Masukkan cili serbuk.
  3. Masukkan sos cili, tomato, tiram.
  4. Masukkan syrup nenas
  5. Masukkan lobak, kacang pea, bawang besar, asam jawa, nenas.
  6. Masukkan cili padi, lada besar, bawang goreng segera dan juga daun sup.

Siap!



Lepas dapat mesej ni, baru aku lega... Alhamdulillah.. Tak sia-sia aku bersilat kat dapur dengan baby Amani...




'Ok, best. licin nampak tu...' 


Saturday, August 13, 2011

Dr. Polaris in the house!!!



Malam tadi bawak umi pergi klinik sebab dah 2,3 hari umi demam.

Sebelum tu consult dulu dengan cuzzy aku yang nurse tu. So, ada la dia bagi pedoman nak demand doctor tu buat test apa.

So, dalam bilik doktor tu, sebok la aku suruh buat test tu la, test ni la...

Sekali doktor tu tanya, "Medical student ke?"

Kih kih kih.. Ada gaya Dokter ke muka haku nihhh????

Hidden sweet banana



Ini final presentation. 
Abaikan je la yang itam-itam tu... tak mengurangkan rasa pun... Hehe...




Ini rupa sebelum diselam dalam minyak yang panas lite-lite je.. 




Ni masa proses menyembunyikan the sweet banana itew.



Ini je rupa banana tu.. 

kita taburkan sikit brown sugar yang dah dicampur cinnamon powder. Pisang aku guna pisang berangan je. Sebab pisang tu my favvy.





Rasa di mabeles ok. Penah tengok resipi ni dalam blog nurulism.com. Tapi aku tukar ingredients dia sket. Hantar kuih ni ke rumah my future sis-in-law, dapat phone call mintak resipi terus... Hehehe...


I

Friday, August 12, 2011

Ibu tunggal menjadi anak gadis kembali...



Ye, hari ini ibu tunggal jadian yang sibuk menjaga Amani sampai tak cukup masa nak tidur and makan and bermanja-manjaan dengan Otromen Hati dapat cuti untuk 2,3 hari sebab mommy and papa dia pulang ke kampung halaman.

Maka ibu tunggal jadian yang diberi peluang untuk transform menjadi anak gadis kembali ini pun meluangkan sepenuh masa dengan tidur, tidur dan tidur. Betapa tak cukupnya tidur berkualiti aku sebelum ni sampaikan bila aku tersedar dari tidur yang lena, terus rasa kagum dengan diri sendiri sambil berbisik dalam hati, "Wahh, aku dapat tidur lena." <<<<<<<< Tetiba ibu tunggal jadian menggunakan kata gantinama AKU. See, sangat kesiankan...

Selain itu, ibu tunggal yang kini menjadi anak gadis buat sementara waktu ini bercuti, maka kita mengadap laptop, melayari internet sambil mengGoogle design langsir, dress and resipi yang BAKAL dicuba bila berkesempatan nanti. Tak tahu la bila, tapi nawaitu itu sudah ada sekian lama.... Dah hampir 4 bulan bernawaitu untuk cuba-cuba menjahit, tapi harrrreeeemmmm... Tapi takpe, at least kite dah set goal. Kerana mereka yang tidak bermatlamat dalam hidup itu bagaikan mayat hidup semata-mata di dunia ini. Tak gitu??? Huhu!

Hari ni hujan. Sejak sahur tadi lagi. Lebat pulak tu. Sejuk je. Tapi sebab aku telah mendapat tidur yang berkualiti malam tadi, makanya aktiviti memeram tidur sehingga tengahari dibatalkan pada hari ini. Aktiviti tersebut mungkin akan ditunda ke hari esok. Lalu aku pun mengadap laptop tanpa bermandi-mandian terlebih dahulu. Tapi muka tetapp jaga. Gigih aku tenyeh toner, pelembab and ubat jerawat di muka. Untuk tatapan tunang di hari raya nanti la katakannnn...

Sebenarnya kannn, aku ada dua misi di hari raya ini.

Pertama: Misi menurunkan berat badan.

Berat badan telah ditimbang pada 31 Julai, sehari sebelum puasa. Erkkkkk, terkejut aku tengok angka di penimbang. Aku ingat giler punya obes sebab badan rasa lemau je. Tapi angka adalah mentennn ok.. Tak mencapai nilai obes seperti yang pernah aku alami sebaik sahaja grad dari UMT. Alhamdulillah.

Dan penurunan berat akan diumumkan di malam hari raya nanti. InsyaAllah. Kalau berat aku turunnnnn... Tapi kalau takde sebarang pengumuman, sape2 yang berminat nak tahu, aku akan sms saje nanti..  Macam la ada orang nak tahu,...Huhu!

Untuk itu, aku telah bersedia dengan sepasang baju kurung dan baju kebaya Kota Bharu. Saje je buat dua baju untuk hari raya pertama sebab in case body shape ala-ala ibu tunggal beranak 5, aku pakai je baju kurung. Kalau bodyshape tiba-tiba transform menjadi bodyshape Gabriella Desperate Housewives, aku akan sarung la kebaya KB tuhhhh....

Kedua: Misi berwajah radiant and glow in the dark di pagi raya.

Untuk misi kedua, aku telah mengamalkan minuman kesihatan ISO.3. Walaupun makan tak cukup syarat sebab usaha mengikis harta sepencarian My Prince tidak mencapai objektif, aku tetap berharap ada la side effect- side effect dari Acai Berry, kolagen marin and serbuk mutiara yang terkandung dalam minuman berkenaan... InsyaAllah.. Daripada tak bagi pape khasiat kat tubuh, baik telan aje. Kannnn... Kalau minuman ni berkesan, nanti baru aku nak promote. Chewahhh.. Patutnya makan 2 sachet sehari, tapi aku yang miskin lagi hina ni mengikat perut semata-mata nak beli sekotak ISO.3. Maka, makan la aku sesachet sehari... Kisah sedih di bulan ramadhan.... Uhukz!

Mode: Menghitung hari menanti detik 26 Ogos....

Tuesday, August 9, 2011

Demam


Anak dara aku demam dah dua hari. Mula-mula cuak jugak. Sebab dia demam malam n pagi. Siang-siang hari dia sihat je. Pastu ada diarrhea.. Sampai 5-6 kali kena tukar pampers. Pastu mula la timbul nappy rashes. Bertambahlah perangai comel dia mintak attention. Nasib baik ada Drapolene.

Memang sangat mencabar iman sebab dia demand attention yang sangat banyak dari aku. Kesian orang takde mak ni... Hehehe... Tapi malam-malam nak tidur dalam pelukan aku. Agaknya lemak-lemak aku yang banyak ni mampu memberi kelesaan yang lebih kot. Hahaha! Dia sangat menolak buaian di malam hari. Tetap pilih aku. Terasa menang di situ... Hehehe... Walaupun my granny cakap Amani suka tidur dalam buai, tapi keselesaan bersama aku lebih lagi kot. Cehh, perasannnn! Padahal pinjam anak orang je pun. Bukan anak sendiri. Hehehe..

Bila dia demam, aku yang bimbang. Macam ni rupanya adanya anak. Tapi tak tau la kalau mak yang paranoid macam aku je kot yang bimbang melebih-lebih bila dia demam. Padahal kak long aku cakap, demam biasa je sebab baby nak beralih bulan ataupun baru nak pandai something new seperti bercakap atau berjalan. Tapi mujur sangat Amani suka dia punya paracetamol syrup. Bila kak long suap guna syringe, she wanted more and more and more. Banyak chantek, ingat raspberry syrup ke sayang oiii!!!

Hmm, sekarang baru lepas tidurkan Amani. Terpaksa la berulang alik dari meja komputer ke tempat tidur Amani bila dia merengek untuk sudahkan entry ni. Hmmm, menjadi ibu menuntut komitmen yang sangat tinggi rupanya. Tambah lagi bila dia demam atau tak selesa. Setiap jam tersedar dan merengek serba tak kena. Bagi susu tak nak, check nappy tak basah pun. Peluk-peluk dan zikir-zikir. Baru diam. Lepas tu sedar balik. Dan sepanjang hari aku rasa mata bagai digam. Huhuhu!

Takpe la, something new to learn. Thank you Allah for the great experience. Alhamdulillah.

Sunday, August 7, 2011

7 Perempuan bertanya, Seorang lelaki menjawab...



Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat ...sebelah pada kaum wanita.





Keluhan remaja perempuan A:


“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”





Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”


Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”



Keluhan isteri B:

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”


Keluhan isteri C:

“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”


Keluhan isteri D:


“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”



Keluhan remaja perempuan C:


“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.





Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”





Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.





Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:



“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”





Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:


“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”





Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:



“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”





Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:



“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”





Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”





Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:


“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”





Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”





Lelaki beriman bertanya:


“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”





Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;



“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”





Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.





Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.





Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.





Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.





Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...



Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya


Dia tersenyum saat tertekan


Tertawa di saat hati sedang menangis


Memberkati di saat terhina..


Dan mempesona kerana memaafkan


Wanita cantik, mengasihi tanpa marah


Dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan


SubhanAllah....


Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup


Adakah lagi subuh esok...


Untuk ku bernafas dan sujud mengabdi pada-Mu


Berikan daku kesempatan menebus kesalahan


Lantaran dosa dan noda krn sengaja melupakan

Mu Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku


Rahmat kasihMu Tuhan ampunan-Mu ku damba..

" "Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika"







Sumber: Aniza Ariffin

Friday, August 5, 2011

Kesiannnn aku...



Tau tak, setelah 25 tahun lebih, baru semalam buat pertama kalinya dalam hidup aku drive kereta auto... Kesiankan... Hehehe... Ehh, ke jakun... Selama ni punya la aku gitau My Prince, nak beli kereta manual sebab dah biasa dengan kereta manual. Tapi lepas semalam, aku akan cuba mempertimbangkan untuk memilih kereta auto... Pathetic gilerrr... Hehe...

Tapi salah sorang antara kami kena la beli kereta manual jugak..

Hmmm, idea block.

Till then.

Bau masham yang paling sedap



Sejak jaga Amani ni, walaupun dia kuat berpeluh dan bau mashammm, aku tetap suka cium dia. Kadang-kadang, bila berjauhan kejap, dah teringat-ingat bau mashamm dia... Kadang-kadang, lepas mandikan dia, dah bau wangi-wangi, rindu nak cium bau masham dia...

Normal ke, abnormal aku ni????

Sejak jaga Amani, aku jadi paranoid. Contohnya aku tidokan dia dalam bilik pastu aku keluar pergi mandi atau answer the nature's call, atau ke dapur whatsoever, mesti aku akan terdengar-dengar suara dia menangis. Pastu mula la aku bergegas ke bilik nak tengokkan dia. Tapi dia sedap-sedap je sleeping soundly...

Normal ke, abnormal aku ni????