Friday, August 19, 2011

1am fever...



Hmm, ni baru lepas siap tukarkan nappy Amani, salinkan baju, suapkan ubat and bagi susu kat Amani. Dah selamat tidur pun dia.

Tadi masa dia tidur pukul 9 tadi, badan dah ok dah. Dah tak demam. Sekali pukul 1 pagi tadi dia ok-ek, ok-ek. Bila aku sentuh je badan dia, mak aii! Panasnya badan...

Pastu suapkan ubat. Nasib baik dia telan jugak ubat tu walaupun nangis-nangis sikit sebab ubat tu memang tak sedap pun. Aku rasa sikit pun, memang tak sedap. Tapi lepas minum air kosong, dia tak nak minum susu.

Lepas salinkan nappy and baju, aku pujuk-pujuk la dia supaya minum susu. "Amani minum la... Penat Kak Eg buat susu ni tau." Pastu baru dia minum. Comelkann...

Pastu sekarang dah tidur dah... Harap2 Amani cepat sembuh. Dah juga umi and ayah tok juga. Semoga cepat sembuh. Aminnnn...

No comments: