.:Our Path of Life::.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers

Sunday, August 14, 2011

Bawal sweet and sour & sayur campur



Aku cuak sebenarnya. Hari ni ditugaskan memasak tenggiri sweet sour dan juga sayur campur goreng untuk menjamu family mertua mak sedara aku from Gemencheh, Negeri Sembilan. Cuak giler. Sebab kena masak time pose dan kena berserah ke sedap ke tak dan jugak kena masak dalam kuantiti yang banyak. Tajuk bawal kat atas tu untuk family aku. Kuah sama je. Ikan je lain-lain... Lagi satu, cuak takut menu tu tak kena kat tekak orang Gemencheh yang suka pedas, xsuka manis sume tu..

Lepas masak, aku mandi and solat asar. Lepas solat siap berdoa minta dengan Allah supaya masakan aku sedap. Biasa aku doa untuk umi abah, mintak murah rezeki, mintak cepat samapi jodoh, tetiba hari ni mintak masakan jadi sedap. Pathetic giler. Tapi aku pun nak jugak jaga maruah aku. Malu la kena kritik masakan tak sedap. Tak pasal-pasal nenek aku mintak postpone tarikh kawen aku. Wahh, macamkan dah fix tarikh kawen siap2.... Padahalllll!!!!!

Pastu bila mak sedara aku datang ambil lauk, aku siap pesan jangan curah awal-awal sos atas ikan. Takut nak kena alter lepas azan Maghrib. Tapi mak sedara aku cakap, tak kuasa dia nak alter-alter. Telan aje, sudahhh!




Sayur Goreng Cuak (see, amek gambar pun tangan gigil)

Resipi:

Brokoli dipotong dan direbus sebentar
Udang basah
Kubis cina
Lobak merah
Baby corn
Cili merah
Sos tiram
Sedikit garam
Bawang besar dipotong
Bawang putih




Bawal dan tenggiri goreng
 




Resipi:

Bawal dan tenggiri
Garam
Blackpepper
Tepung gorengan serbaguna
Mayonis

Cara:

Bersihkan bawal dan tenggiri, lap kering.
Lumurkan dengan garam dan blackpepper kisar
Lumurkan pula dengan mayonis.
Marinate for 15 minutes.
Salut dengan tepung gorengan serbaguna.
Goreng garing.



Sweet and sour sauce
Resipi:

Secawan sos tomato
Setengah cawan sos cili
2 sudu serbuk cili
7 biji bawang merah dimayang
3 bij bawang putih diketuk
4 sudu sos tiram
1 tin nenas Ayam brand yang tin leper - didadu kecil
1 tin kecil kacang peas Ayam brand
1 bij bawang besar didadu
setengah biji lobak merah didadu
4 sudu besar daun bawang dan daun sup yang telah dipotong
4 sudu besar bawang goreng segera
setengah sudu besar asam jawa Adabi
2 sudu kecil garam
Tak guna gula sebab guna syrup dari canned pineapple
4 biji cili padi
2 biji lada besar merah



Cara:

  1. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan putih hingga perang seperti bawang goreng
  2. Masukkan cili serbuk.
  3. Masukkan sos cili, tomato, tiram.
  4. Masukkan syrup nenas
  5. Masukkan lobak, kacang pea, bawang besar, asam jawa, nenas.
  6. Masukkan cili padi, lada besar, bawang goreng segera dan juga daun sup.

Siap!



Lepas dapat mesej ni, baru aku lega... Alhamdulillah.. Tak sia-sia aku bersilat kat dapur dengan baby Amani...




'Ok, best. licin nampak tu...' 


No comments: